WTCKL sambut Hari Integriti sempena pensijilan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah

Para hadirin secara simbolik mengatakan “tidak” kepada rasuah pada majlis sambutan Hari Integriti 2023 WTCKL yang dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

KUALA LUMPUR: World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini menyambut Hari Integriti 2023 sempena penganugerahan pensijilan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah.

Majlis dilangsungkan di Dewan Tun Hussein Onn, WTCKL dan dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Penganugerahan pensijilanISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah berkuat kuasa mulai 4 April lalu.

Pengarah Urusan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, WTCKL adalah antara WTC pertama dalam rangkaian World Trade Centers Association (WTCA) yang menerima dan mengguna pakai ISO 370001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) yang diperakui NIOSH Certification Sdn Bhd.

“WTCKL bukan sahaja berusaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi memupuk etika, integriti dan kecekapan, kami juga memastikan mekanisme dalaman ditetapkan untuk mengurus, menguatkuasa dan menilai langkah pencegahan rasuah dengan berkesan.

“Dengan cara ini kami boleh memberi jaminan kepada pemegang kepentingan dan pelanggan bahawa rasuah tidak mempunyai tempat di WTCKL, disokong oleh aliran proses dan data yang terperinci. Syabas kepada semua yang terlibat, marilah kita maju ke hadapan dan tetapkan standard WTCKL,” kata beliau.

Turut hadir Pengerusi NIOSH Certification Sdn Bhd, Ayop Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif NIOSH Certification Sdn Bhd, Syamsul Zahrin Zainudin.

Pengarah Urusan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.