
SUMBANGAN RAIKAN AIDILFITRI… Win Wins Recycling Trading Sdn. Bhd. meneruskan tradisi mengisi kemeriahan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang bakal disambut tidak lama lagi. Semalam merupakan tahun ke-28 syarikat itu mengadakan majlis penyampaian sumbangan sempena Aidilfitri.
Bermula kecil-kecilan lebih sejak lebih dua dekad lalu, semalam Win Wins Recycling Trading Sdn. Bhd. meraikan sekitar 200 orang dari Persatuan Anak Yatim dan Ibu Tunggal Nur Hikmah dan Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Hajah Kamariah di Cheras, Kuala Lumpur.
Bercakap kepada Workers Times, Pengarah Urusan Win Wins Recycling Trading, Dato Ravitheran Eanasegram berkata, syarikatnya lazimnya akan meraikan mereka yang memerlukan keprihatinan semasa sambutan perayaan, tidak kira agama dan kaum setiap tahun.
“Bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara seperti di Indonesia. Ini yang kami lakukan setiap tahun,” kata beliau.
Malah menurut Ravitheran, beliau akan membuat simpanan setiap bulan daripada hasil perniagaannya untuk mengadakan majlis sumbangan setiap tahun.
“Saya sendiri akan membuat tabungan. Saya hendak memastikan golongan seperti ini diraikan menjelang dan semasa musim perayaan. Kita perlu kembali kepada masyarakat dengan membantu mereka. Usaha ini memberikan saya satu kegembiraan,” kata beliau yang kelihatan ceria meraikan setiap penerima bantuan di sebuah hotel di Cheras, Kuala Lumpur malam tadi.
Menghulurkan sokongan ke atas usaha beliau ialah Pengurus Restoran Fatimaa, yang terletak di Cheras, A Jahir Hussein Abd Wahab yang turut menyediakan hamper kepada para penerima bantuan.
“Kami sama-sama memberikan sokongan ke atas usaha yang diambil oleh Win Wins Recyling Trading, sebahagian daripada sumbangan kami untuk membantu mereka yang memerlukan.
“Kami bangga untuk menyokong usaha-usaha murni seperti ini,” kata beliau.


Sebahagian daripada penerima bantuan.