Vape: Rangka sukatan baharu pelajaran, selamatkan kanak-kanak

Persatuan pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan sukatan pelajaran baharu mengenai bahaya vape di sekolah rendah dan menengah.

Oleh NV Subbarow

PANDANGAN: Persatuan pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan sukatan pelajaran baharu mengenai bahaya vape di sekolah rendah dan menengah.

Ini adalah isu yang mendesak untuk mendidik pelajar.

Hari demi hari bilangan perokok dan vaper di Malaysia dalam kalangan pelajar sekolah semakin meningkat.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seramai 43,000 pelajar sekolah menengah dan 341 pelajar sekolah rendah adalah perokok bukanlah jumlah yang baik untuk Malaysia.

Di Malaysia sudah ada lima juta perokok, 1.5 juta vaper dan kini statistik baharu menunjukkan seramai 43,019 pelajar sekolah menengah dan 341 pelajar sekolah rendah didapati menghisap rokok.

Kini KKM mengecualikan nikotin sebagai bahan terkawal di bawah Akta Racun.

CAP telah menerima aduan daripada ibu bapa dan guru bahawa anak remaja mereka membeli produk vape yang mengandungi nikotin kerana kerajaan mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun mulai 1 April.

Kini kanak-kanak boleh masuk ke mana-mana kedai vape untuk membeli produk vape yang mengandungi racun.

Tiada logik untuk mengeluarkan nikotin daripada senarai racun tetapi tiada cukai ke atas rokok sejak tujuh tahun yang lalu.

Kita mungkin telah meningkatkan bilangan perokok baharu kerana harga yang lebih rendah.

Tinjauan CAP juga menunjukkan bahawa bilangan perokok dan vaper di peringkat menengah, rendah dan universiti adalah membimbangkan.

Jumlahnya semakin meningkat dari hari ke hari kerana mudah didapati di mana-mana sahaja.

Setiap pelosok negara ada kedai menjual produk ini. Sekarang gerai tepi jalan juga menjual produk ini kepada kanak-kanak.

Semasa kempen antimerokok dan bahaya atau ceramah vape kendalian CAP, ramai pelajar mengakui bahawa mereka tidak tahu bahaya nikotin yang terdapat di dalam rokok dan cecair vape.

CAP mencadangkan bahawa kita memerlukan sukatan pelajaran baharu tentang bahaya tembakau dan cecair vape yang mengandungi nikotin.

Ramai pelajar sekolah rendah mengakui bahawa cecair untuk vape adalah perisa buah-buahan.

Tetapi sebenarnya ia adalah perisa nikotin kimia.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terdapat 16,000 perisa kimia yang mengandungi nikotin di pasaran dijual kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Mangsa adalah pelajar sekolah.

Sudah tiba masanya untuk menyelamatkan kanak-kanak yang tidak berdosa ini.

NV Subbarow ialah Pegawai Pendidikan dan Aktivis Antimerokok Persatuan Pengguna PulauĀ PinangĀ (CAP)