Vanakkam Malaysia, DHS Hospitality Academy meterai MoU program penempatan pekerjaan

Pengarah Urusan Vanakkam Malaysia, Thiagarajan Muthusamy (kanan) bertukar dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani hari dengan Pengarah Kumpulan DHS Hospitality Academy, Dr Sri Kumar sambil disaksikan Pengurus Besar UPM Education and Training Sdn Bhd, Dr Mohd Kamil Yusoff di Serdang.

SERDANG: Vanakkam Malaysia, portal bahasa Tamil terkemuka di Malaysia dan DHS bekerjasama untuk menawarkan program penempatan pekerjaan di Singapura untuk belia dari Malaysia.

Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani hari ini di antara Vanakkam Malaysia dan Kumpulan DHS Hospitality Academy.

Vanakkam Malaysia diwakili oleh Pengarah Urusannya, Thiagarajan Muthusamy manakala Kumpulan DHS Hospitality Academy oleh Pengarahnya, Dr Sri Kumar sambil disaksikan Pengurus Besar UPM Education and Training Sdn Bhd, Dr Mohd Kamil Yusoff.

Sri Kumar berkata, ia merupakan program tujuh bulan yang membolehkan pelajar menjalani krusus teori satu bulan di Malaysia dan enam bulan sangkutan berbayar di Singapura dengan Industri Perkhidmatan Makanan di Malaysia.

“Program ini adalah program berstruktur yang menyediakan calon untuk memperoleh pendapatan semasa mereka belajar,” kata beliau.

Dalam tempoh enam bulan mereka di Singapura, kata beliau, calon-calon akan disediakan penginapan di flat HDB Singapura dan makanan bertugas. Insurans semasa dan selepas latihan dan elaun bulanan sebanyak SGD$650 (RM2,167).

Kata beliau, yuran program ditaja dan peserta hanya membayar RM980 untuk program tersebut.

“Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada belia India untuk merasai pengalaman industri perhotelan dan perkhidmatan makanan dan membantu dalam meningkatkan kemiskinan,” kata beliau.

Sri Kumar berkata, program ini adalah program berpandu yang memberi peluang kepada calon untuk mengalami industri hospitaliti dan mencari pekerjaan di peringkat global.

Pensijilan program ini dianugerahkan oleh Pendidikan & Latihan UPM Universiti Putra Malaysia.

“Program yang ditawarkan adalah program berasaskan kerjaya yang membolehkan calon memadankan kebolehan, keperluan dan matlamat kerjaya pekerja dengan peluang semasa dan masa hadapan dalam mencari kerjaya.

“Ia adalah satu cara untuk menyediakan belia untuk berjaya dan kemajuan jangka panjang dalam pekerjaan mereka,” kata beliau lagi.