PUTRAJAYA: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mengadakan kunjungan hormat solidariti ke atas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud di sini, semalam.
Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal menyampaikan taklimat mengenai aktiviti dan penglibatan majlis itu sebagai pusat pekerja sejak 28 tahun lalu.
Turut hadir Setiausaha Agung UNI-MLC, Mohd Effendy dan Bendahari, V. Mathialaghan Bendahari serta 18 orang pemimpin kanan UNI-MLC.
Majlis ramah mesra ini telah berlangsung selama satu jam.
“Ini satu sesi kunjungan ini sangat berjaya,” kata beliau.