UNI-MLC hargai lantikan 71 pemimpinnya sebagai ahli panel Mahkamah Perusahaan

Pemimpin-pemimpin kesatuan gabungan Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) yang menerima surat pelantikan sebagai ahli panel Mahkamah Perusahaan pada majlis yang berlangsung di Kompleks PKNS di Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyifatkan peningkatan bilangan pemimpin kesatuan gabungannya sebagai ahli panel Mahkamah Perusahaan sebagai satu penghargaan dan penghormatan ke atas badan pekerja itu.

Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, pihaknya bangga dengan pertambahan dalam jumlah ahli panel yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia.

“Ini kali ketiga berturut-turut pemimpin-pemimpin kesatuan gabungan UNI-MLC telah dilantik sebagai ahli panel Mahkamah Perusahaan.

“Pada kali kedua, bilangan ahli panel Mahkamah Perusahaan di pihak UNII-MLC adalah seramai 56 orang. Kali ini, penggal ini, iaitu 2024-2026, jumlah ini telah meningkat kepada 71 orang,” kata beliau kepada Workers Times.

Terdahulu beliau menyampaikan surat pelantikan ahli panel kalangan pemimpin kesatuan gabungan UNI-MLC pada Majlis Penyampaian Surat Pelantikan Ahli Panel Mahkamah Perusahaan Mewakili Pekerja di Kompleks PKNS di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan mereka yang dilantik itu berkhidmat dengan komitmen yang tinggi, di samping menitikberatkan profesional dan budaya berintegriti.

“Pelantikan ini telah diuluskan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim. Sebagai ahli panel, menjadi tanggungjawab kita untuk menghargai pengiktirafan yang telah diberikan,” kata beliau.

[VIDEO: SHAFIE MAMMAL ULASAN PRESIDEN UNI MLC MAJLIS SERAH WATIKAH PELATIKAN PANELIS MAHKAMAH PERUSAHAAN]

[VIDEO: UNI MLC MAJLIS SERAH WATIKAH PELATIKAN AHLI PANEL PEKERJA MAHKAMAH PERUSAHAAN PADA 25 MEI 2024]

Kata Shafie: “Saya berharap semua yang telah dilantik sebagai ahli panel Mahkamah Perusahaan akan berpegang kepada kejujuran akan bertanggungjawab serta berintegriti sangat penting.”

“Ini kerana satu tugas yang telah diberikan kepada. Kita mesti menjalankan dengan penuh amanah.

“Jangan sia-siakan harapan mereka yang benar-benar memerlukan pembelaan di Mahkamah Perusahaan,” kata beliau lagi.