PORT DICKSON: Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, kepimpinan kesatuan sekerja tidak lagi boleh dianggap sebagai “satu aktiviti masa lapang” sekiranya benar-benar mahu memartabatkan status pekerja.
Kata beliau, kepimpinan kesatuan sekerja harus berperanan sebagai satu aspek bersifat profesional.
“Kepimpinan Kesatuan Sekerja tidak boleh dianggap sebagai aktiviti masa lapang, mereka adalah profesional, dan mereka layak menjalani kehidupan profesional.
“Mereka tidak seharusnya menjauhkan diri mereka daripada profesionalisme. Hanya dengan itu mereka akan ada asas untuk menetapkan taraf hidup yang bermaruah dan prihatin ke atas setiap aspek kehidupan ahli mereka,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan NUBE kali ke-25 di Pusat Latihan NUBE di sini hari ini.
Dalam persekitaran yang semakin mencabar di sebalik meningkatkan usaha untuk melumpuh dan membunuh kesatuan sekerja, Solomon berkata, “kita perlu kukuhkan gandingan untuk mengelakkan kesatuan sekerja menjadi dinasor dan untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran.”
Kata beliau, kesatuan sekerja perlu kekal sebagai pembela hak dan kepentingan pekerja.
TDC kali ini bertemakan “Utamakan Perlindungan Sosial Untuk pekerja-pekerja Di Dalam Sektor Kewangan”.
Solomon berkata, sekiranya bergerak dengan kukuh kesatuan sekerja boleh melakukan “perubahan dan perbezaan.”
Sementara itu, dalam perutusan Laporan Setiausaha Agung TDC, beliau berkata, NUBE terus berkembang pesat di sebalik kejutan, kekal berwaspada dan progresif.
“Terima kasih kepada pekerja-pekerja NUBE, para perwakilan, Jawatankuasa, IRC, Ahli, vendor, pihak berkuasa, dan rakan atas sokongan mereka.
“Di sebalik perbuatan-perbuatan berbaur jahat kesatuan sekerja, NUBE membawa kesedaran dan resolusi, memastikan kehidupan yang bermaruah untuk ahli dan keluarga mereka.
“Walaupun difitnah oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, NUBE membawa kesedaran dan resolusi, memastikan kehidupan yang bermaruah untuk ahli dan keluarga mereka,” kata beliau.
Tambah beliau, NUBE berdiri sebagai suar harapan, kesatria dalam perisai bersinar, dan pembawa bendera keadilan, mendengar tangisan pekerja dalam sektor kewangan.
“Di belakang setiap ahli kesatuan sekerja adalah manusia yang bekerja untuk keharmonian industri, berhadapan dengan perjuangan yang tidak diduga sama sekali,” kata beliau lagi.