Susulan keputusan mahkamah, Halim Mansor mahu cabar kesahihan TDC MTUC

Datuk Abdul Halim Mansor

KUALA LUMPUR: Mantan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor akan memfailkan permohonan mengisytiharkan Persidangan Tiga Tahunan (TDC) badan pekerja itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam memutuskan tidak dapat mendengar perintah injunksi.

Sebaliknya menurut Halim, mahkamah telah menasihatkan beliau memohon satu deklarasi bahawa TDC sebagai tidak sah selepas ini.

TDC MTUC dua hari bermula hari ini.

“Saya akan melakukan sebagaimana mahkamah nasihatkan selepas TDC selesai. Saya akan memohon deklarasi bahawa persidangan yang dipanggil oleh kepimpinan semasa bertentangan dengan Perlembagaan MTUC,” kata beliau.

Halim berkata, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa di bawah Peraturan-peraturan Mahkamah 2012 permohonan injunksi satu pihak tidak boleh diberikan untuk menghalang mesyuarat pertubuhan-pertubuhan berdaftar.