Suara Minda fokus perkasa advokasi dan sokongan kesihatan mental

Majlis prapelancaran Suara Minda di Subang Jaya pada 28 Apri lalu.

KUALA LUMPUR: Suara Minda, suara harapan dan pemerkasaan dalam bidang advokasi dan sokongan kesihatan mental, mengadakan majlis prapelancaran baru-baru ini.

Diadakan 28 April lalu di Subang Jaya, usaha itu dilihat sebagai detik penting dalam menanani isu kesihatan mental dan mempromosikan kesejahteraan keseluruhan.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap hadirin yang telah menyumbang dalam menjayakan majlis ini,” kata Pertubuhan Suara Rehabilitasi dan Pendidikan Minda Kuala Lumpur dan Selangor (Suara Minda) dalam satu kenyataan media.

Kata kenyataan media itu, prapelancaran Suara Minda menandakan satu langkah penting ke arah membina komuniti yang lebih inklusif dan menyokong untuk kesejahteraan mental.

“Dengan komitmen terhadap advokasi, sokongan dan kesedaran, organisasi ini berhasrat untuk menerangi jalan menuju kesejahteraan mental untuk semua,” katanya lagi.

Seperti yang dinyatakan oleh Dato Dr. Andrew, Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia dan Persatuan Kesihatan Mental Selangor, Datuk Dr. Andrew, jumlah yang hadir pada majlis prapelancaran dengan sendiri menunjukkan kepentingan kesedaran kesihatan mental dan komitmen kolektif terhadap kepentingannya.

“Terima kasih kerana menunjukkan bahawa kesihatan mental adalah penting. Setiap gerai mempamerkan keistimewaannya, menekankan nilai pendekatan praktikal terhadap kesihatan mental.

“Para hadirin berpeluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti terapeutik, memberikan mereka pengalaman yang membuka mata tentang nilai terapeutik yang mendalam daripada intervensi tersebut,” kata beliau.

Diasaskan dan diketuai oleh Vishalatchi Arunagiri, Suara Minda mahu memupuk persekitaran bebas stigma dan menyediakan perkhidmatan sokongan yang komprehensif untuk individu yang menghadapi cabaran kesihatan mental.

Dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan kesihatan mental seperti Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Persatuan Kesihatan Mental Selangor, dan program MENTARI – Pusat Pemulihan Psikiatri Klang GH, Suara Minda juga mahu memperjuangkan hak individu kurang upaya mental dan memudahkan perjalanan mereka ke arah pemulihan dan pemerkasaan.

Pada majlis itu, Vishalatchi, Presiden Suara Minda, berkongsi perjalanan beliau dan kisah kejayaannya yang tidak berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya mengambil masa 13 tahun ketekunan dan dedikasi.

Tiga belas tahun lalu, Visha menghadapi cabaran yang menjejaskan kestabilan dan fungsinya.

Melalui gabungan terapi, ubat-ubatan, psiko pendidikan, dan penyembuhan, beliau memulakan perjalanan untuk pemulihan, kata kenyataan itu lagi.

“Mantra Visha, ‘jangan biarkan penyakit menghalang anda – mengambil alih hidup anda,” tambah kenyataan tersebut.

Ia menawarkan bengkel terapeutik yang diterajui rakan sebaya, memupuk persekitaran yang menyokong di mana individu boleh memulakan perjalanan mereka ke arah penyembuhan dan pertumbuhan.

Antara wajah-wajah yang menjayakan perjalanan Suara Minda.