Sharon Graham dipilih Setiausaha Agung Unite, cipta rekod wanita pertama

sharon graham
sharon graham

LONDON: Sharon Graham berjaya dalam saingan sebagai pemimpin baharu UNITE, kesatuan sekerja kedua terbesar di United Kingdom, sekali gus menjadi setiausaha agung wanita pertama kesatuan itu.

Graham yang disokong oleh Parti Pekerja Sosialis menggantikan Len McCluskey.

Beliau menghadapi tentangan daripada pilihan McCluskey sebagai pengganti, iaitu Steve Turner, dan memaksa saingannya Gerard Coyne, yang digemari oleh kepemimpinan Parti Buruh, ke tempat ketiga.

Pemimpin Buruh Sir Keir Starmer menyambut baik pemilihan Graham. Graham memenangi pemilihan kali ini dengan memperoleh 46,696 undi, berbanding 41,833 undi yang dikumpul oleh Steve Turner dan 35,334 untuk Gerard Coyne.