Serbegeth meninggal dunia ketika berbasikal

Legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh meninggal dunia petang tadi.

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh meninggal dunia, petang tadi ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar yang dipetik BERNAMA mengesahkan kejadian itu.

Kata Dzulkhairi, kejadian berlaku lebih kurang 7.30 malam dan beliau dipercayai terbabas ketika berbasikal di lokasi kejadian.

Mendiang berusia 61 tahun.

Beliau pernah beraksi dalam tiga Sukan Asia pada 1982, 1986 dan 1990 selain pernah memenangi pingat emas ketika Sukan SEA 1989.

Di peringkat kelab, beliau yang turut dikenali sebagai Shebby pernah bersama Johor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak.

Selepas bersara sebagai pemain, dia pernah berkhidmat sebagai penasihat global di Blackburn Rovers pada 2012.

Mendiang bersara pada 1996.