Perbekas jalin usaha sama dengan DagangTek bagi kendali projek Transit Seal System

Majlis Persatuan Bekas Kastam Malaysia (Perbekas) menjalin usaha sama perniagaan dengan Syarikat DagangTek dan Lotusarts.

KUALA LUMPUR: Persatuan Bekas Kastam Malaysia (Perbekas) menjalin usaha sama perniagaan dengan Syarikat DagangTek bagi memohon dan menjalankan perojek Transit Seal System melalui Fort Container Seal (FCS) untuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Perjanjian Bersama adalah di antara Perbekas, DagangTek selaku penyedia perkhidmatan dan Lotusarts yang bertindak sebagai konsultan.

Presiden Perbekas, Datuk Abd Rahman Manan berkata, perjanjian bersama itu telah ditandatangani pada 14 September lalu selepas diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kebangsaan Perbekas pada hari yang sama sebelum majlis tersebut.

Bagi pihak Perbekas, dokumen perjanjian ditandatangani oleh Abd Rahman manakala DagangTek diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Hazli Mohamed Hussain dan Lotusarts oleh Pengurusnya, Renutasan Rajan.

Menurut Abd Rahman, sebelum ini Perbekas telah mengadakan usaha sama dengan Bumijez Sdn Bhd bagi menjalankan Skim Khairat Malaysia Madani – Edisi Kastam untuk ditawarkan kepada pegawai dan anggota JKDM yang berminat secara sukarela.

“Sambutan adalah baik, terima kasih,” kata beliau kepada Workers Times.