Pemuda UMNO: Kajian tunjuk lebih 97% mahu i-Citra RM10,000, mahu jumpa PM

Pergerakan Pemuda UMNO menegaskan kajian pihaknya menunjukkan seramai 97.12% atau 21,458 rakyat mahu kerajaan meluluskan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra sebanyak RM10,000 secara “one off”.

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO menegaskan kajian pihaknya menunjukkan seramai 97.12% atau 21,458 rakyat mahu kerajaan meluluskan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra sebanyak RM10,000 secara “one off”.

Exco Pemuda UMNO, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit berkata, hasil kajian secara maya melibatkan 21,763 orang itu akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk pertimbangan kelulusan pengeluaran.

Azril Rizal berkata, kajian awam itu membuktikan rakyat memang benar-benar memerlukan pengeluaran i-Citra.

Bercakap pada sidang media hari ini, beliau memberitahu, kajian awam itu juga menunjukkan sebanyak 18,777 orang Melayu mahukan i-Citra dan selebihnya Bumiputera Sabah dan Sarawak, Cina, India dan lain-lain.

Menurut beliau, dapatan kajian juga menunjukkan golongan berumur bawah 50 tahun memerlukan i-Citra, dengan seramai 10,698 membabitkan mereka yang berumur antara 35 hingga 44 tahun menyokong pengeluaran i-Citra.

Bagi umur 25 hingga 34 pula seramai 5,455 menyokong mahukan i-Citra manakala mereka yang berumur 45 hingga 54 seramai 5,150 menyatakan sokongan.

Kajian itu dijalankan antara an dari 11 Jan hingga 12 Feb lal

Beliau berkata, antara alasan yang dinyatakan untuk menyokong pengeluaran i-Citra adalah kelangsungan diri dan keluarga, terkesan dengan banjir, membaiki rumah rosak banjir, pembayaran hutang semasa tertunggak ketika perintah kawalan pergerakan serta membeli buku sekolah anak.

Katanya, hasil kajian itu juga akan dibawa kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO.