WASHINGTON: Susulan tekanan sejak tiga minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengumumkan pendiriannya untuk berundur daripada bertanding semula dalam pemilihan November ini, sebaliknya Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon Demokrat.
Berpuluh-puluh anggota Kongres Demokrat secara terbuka menggesa pemimpin berusia 81 tahun itu untuk tidak bersaing sekali lagi selepas prestasi semasa debat yang goyah bulan lalu menentang pencabar dari Republikan, Donald Trump, 78.
Biden berusia 81 tahun.
Menerusi sepucuk surat yang diterbitkan pada X, beliau yang sebelum ini menolak gesaan untuk menggugurkan tawaran pemilihan semulanya, berkata beliau merancang untuk menamatkan baki penggalnya sebagai presiden pada Januari depan.
Harris mula menyatukan sokongan daripada penggubal undang-undang Demokrat, gabenor dan kumpulan advokasi untuk dipilih sebagai calon Demokrat.