NEW YORK: Seramai 50 pekerja Starbucks di New York memulakan usaha untuk membentuk kesatuan sekerja, akan menjadi yang pertama di AS untuk rangkaian minuman kopi itu jika berjaya.
Minggu lalu, sekumpulan pekerja di kawasan Buffalo secara terbuka mengumumkan hasrat menubuhkan kesatuan mereka dan pembentukan jawatankuasa penganjur mereka, Starbucks Workers United, dalam surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Kevin Johnson.
Terdapat lebih 8,000 lokasi Starbucks di AS tetapi tidak ada yang mempunyai kesatuan sekerja setakat ini.