KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman yang baharu.
Mohd Kamarudin menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia pada 31 Januari lalu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini, yang turut membabitkan pertukaran jawatan seramai 43 pegawai kanan yang lain.
Pelantikan Mohd Kamarudin dan kesemua pertukaran lain kali ini berkuat kuasa mulai 25 Mac ini.
Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Alzafny Ahmad berkata, kekosongan jawatan Pengarah JSJN Bukit Aman akan diisi oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.
Pertukaran lain membabitkan Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa pula dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.
Beliau akan menggantikan Datuk Allaudeen Abdul Majid akan bersara pada 1 April ini.
Dalam kenyataannya, Alzafny juga berkata, pertukaran kali ini turut membabitkan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan, JSJ Bukit Aman.
Alzafny mengumumkan bahawa Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, Senior Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.
Menurut Alzafny, Ketua Cawangan Khas Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Hairuddin Che Hamid ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.
Sementara itu, Ketua Cawangan Khas Selangor, Senior Asisten Komisioner Hairuddin Che Hamid akan menyandang jawatan Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman.
Penolong Pengarah Siasatan Inteligen & Analisis/Tatacara Perundangan E6, Cawangan Khas Bukit Aman, YBrs Senior Asisten Komisioner Mohd Zahari Sidik dinaikkan pangkat sebagai Senior Asisten Komisioner.
Ketua Penolong Pengarah (D11) Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan dinaikkan pangkat sebagai Senior Asisten Komisioner dengan memegang jawatan sama.
Lain-lain pertukaran termasuklah:
- Senior Asisten Komisioner Institut Keselamatan Awam (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri, Ab Rahaman Arsad (Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner)
- Ketua Cawangan Khas Kelantan, Senior Asisten Komisioner Salim Youb (Ketua Cawangan Khas, Selangor)
- Juruiring Polis Kepada Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir (Ketua Staf Pasukan Khas ESSCOM dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
- Pegawai Turus E3D, Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Ahmad Norisham Maarus (Ketua Cawangan Khas Kelantan dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
- Pegawai Turus E1A2, Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Jeffrei Ahmad (Penolong Pengarah E1C, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
- Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (Operasi/Risik), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Fauzilan Abdul Aziz (Ketua Penolong Pengarah (Krisis dan Bencana) Bahagian Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
- Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling), Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Zakarim Abdullah @ Zakaria (Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Bahagian Integriti, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
- Pensyarah Universiti Gred DS53, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Asisten Komisoner Ahmad Asmadi Abd Hashim @ Muhammat Salim (Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
- Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman (Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
- Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Terengganu, Asisten Komisioner Noor Halim Nordin (Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
- Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Johor, Asisten Komisioner Mohd Zamri Mohd Rowi (Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan)
- Superintenden Pengajian Penyelarasan dan Hubungan Antarabangsa, Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Superintenden Markandan Subramaniam (Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Kedah dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Terengganu, Superintenden Azhari Zakaria (Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Johor dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Selangor, Md Noor Aehawan Mohamad (Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Selangor, Superintenden Mohd Khairi Shafie (Ketua Polis Daerah Tumpat, Kelantan dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Selangor, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar (Ketua Jabatan Pengurusan Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Penolong Pengarah (Perkhidmatan/Sumber Manusia) Cawangan Perkhidmatan/Sumber Manusia, Bahagian Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Superintenden Harlina Masnan (Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Am (Perkhidmatan/Sumber Manusia), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman dengan memangkau pangkat Asisten Kominsioner)
- Penolong Pengarah Narkotik, Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Superintenden Mohamed Salim Gulam Muhammad (Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Bahagian Integriti, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Ketua Unit Kajian/Advokasi/Koordinasi (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Superintenden Wong Pooi Lin (Penolong Pengarah (D11) Siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Pegawai Turus E2, Cawangan Khas, Kedah, Superintenden Mashita Ismail (Pegawai Turus E3D, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Pegawai Turus E7C, Cawangan Khas, Bukit Aman, Superintenden Raja Farul Izwan Raja Ismail (Asisten Komisioner Polis SLO Jakarta, Indonesia dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Saman), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman, Superintenden Fauzi Osman (Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Pegawai Turus E1, Cawangan Khas, Pahang, Superintenden Jalalludin Othman (Pegawai Turus E1A2, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Pegawai Turus E9B, Cawangan Khas, Bukit Aman, Superintenden Azam Aidid Abd Rahman (Pegawai Turus E4C, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Superintenden E4A1, Cawangan Khas, Bukit Aman, Superintenden Azman Abdul Khan (Asisten Komisioner Polis SLO Canberra, Australia dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Komandan PULAPOL Kota Kinabalu, Sabah, Superintenden Ahmad Sahrin Hussain (Ketua Jabatan Pengurusan, Kedah dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Ketua Polis Daerah Lipis, Pahang, Superintenden Azli Mohd Noor (Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Selangor, Superintenden Mohd Noor Firdauz Abdullah (Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik), Johor dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Ketua Polis Daerah Padawan, Sarawak, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad (Ketua Polis Daerah Ipoh, Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Sabah, Superintenden Dzulbaharin Haji Ismail (Ketua Polis Daerah Lahad Datu dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Pegawai Agensi Penguatkuasaan (2) (Bahagian Perisikan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Superintenden Ruzaime Ramli (dilantik sebagai Asisten Komisioner Polis SLO Singapura dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
- Pegawai Turus E8D, Cawangan Khas, Bukit Aman, Superintenden G/11262 Tan Lee Jeng (Asisten Komisioner Koordinasi dan Operasi E8, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)