KUALA LUMPUR: HSBC Bank Malaysia (HSBC) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mengambil langkah bersejarah, di sebalik pertikaian perhubungan sejak lima tahun lalu, dengan menandatangani Perjanjian Kolektif (CA) Customer Service Banker (CS) yang tertunggak sejak 2019.
Ia ditandatangani di Ibu Pejabat HSBC di sini, semalam.
CA ini antara yang lain membawa kepada pelarasan gaji 10 peratus yang sepatutnya telah dimuktamatkan lebih awal lagi.
Penambahbaikan ini serupa dengan Perjanjian Kolektif Nasional (MCBA/NUBE) sebelum ini kerana ia adalah CA CSB yang tertunggak sejak Julai 2019.
Selain itu, CA tersebut juga membawa penambahbaikan lain seperti berikut:
• COLA meningkat sebanyak 5 peratus
• Peruntukan Perubatan Keluarga meningkat sebanyak 5.25 peratus
• Cuti Bersalin bergaji sehingga 120 hari
• Cuti Ibu Bapa selama 10 hari
• Perhatian terhadap hak aktasi
Dalam tulisan di FB NUBE, Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, “hari ini (semalam) adalah hari yang istimewa bagi pengurusan semasa HSBC Bank Malaysia Berhad dan kepimpinan NUBE, terutamanya memandangkan sejarah menunjukkan “kita telah terlibat dalam beberapa pertikaian, termasuk CA yang tertunggak ini.”
“Ia adalah hari yang bersejarah, kerana sejak beberapa minggu lalu, NUBE dan HSBC Bank secara kolektif telah bekerja keras dengan jayanya dalam memuktamadkan untuk menandatangani CA Ke-5 CSB yang telah lama tertunda, yang sebelum ini secara sistematik sengaja ditangguhkan oleh orang yang berkuasa; merupakan punca kemiskinan baru,” kata beliau dalam ucapannya pada majlis menandatangani CA.
Malah menurut Solomon, CA yang ditandatangani itu adalah satu langkah ke hadapan yang wajar.
“Mudah-mudahan, ia adalah satu langkah progresif ke arah menangani dan menyelesaikan isu-isu lain yang melibatkan pekerja CSB sejak lima tahun lalu dan masih menjadi kebimbangan yang serius untuk NUBE dan saya percaya begitu juga dengan HSBC Bank Malaysia Berhad,” kata beliau lagi.
Sebelum ini Solomon dipetik berkata, pihaknya telah memfailkan 300 pertikaian perhubungan perusahaan di tempat kerja di HSBC.
Tahun lalu ia telah mengadakan lima kali piket kebangsaan.
Dalam ucapannya, Solomon juga berkata, CA itu akan membolehkan bayaran tunggakan gaji dan COLA bagi tempoh 42 bulan.
Beliau juga berkata bahawa, “pekerja di skala gaji maksimum tidak akan ketinggalan dalam kenaikan tahunan mereka kerana akan akan dapat manfaat sebahagian daripada kenaikan tahunan sama seperti CA sebelum ini.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank, Datuk Omar Siddiq yakin bahawa CA yang dimeterai mereka akan mewujudkan kembali kerjasama antara HSBC Bank Malaysia dan NUBE demi pembangunan bank dan warga kerja bank.
“Saya percaya usaha hari ini akan membawa manfaat yang sebenar. Kami percaya bahawa akan wujud kerjasama yang lebih kukuh antara HSBC Bank Malaysia dan NUBE selepas ini,” kata beliau.
Bagi pihak HSBC Bank Malaysia, CA ditandatangani oleh Dato’ Omar Siddiq CEO of HSBC Bank Malaysia, Ketua Bahagian Sumber Manusia HSBC Bank Malaysia, Cik V. Sugunah dan Ketua Hubungan Pekerja Bank, En. Gunaa Ramanjulu. Sementara itu, selain Sdra Solomon, NUBE pula diwakili oleh Presidennya, Sdra Tan Eng Hong dan Pengarah Unit Sosioekonomi SPCAAM, Sdra Zuohair Mohd Rosli.
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pertikaian Industri, Jabatan Perhubungan Perushaaan, YBrs Ahmad Badri Jaafar @ Ismail.