Novem ESG lancar perisian AI untuk analisis pintar data ESG

Pengarah Eksekutif Novem-ESG, Murugason R. Thangaratnam.

KUALA LUMPUR: Novem ESG Sdn Bhd melancarkan perisian yang diautomasikan oleh Kecerdasan Buatan (AI) untuk menganalisis data terhadap peraturan dan senarai semak aspek persekitaran, sosial dan tadbir irus (ESG).

Pengarah Eksekutif Novem-ESG, Murugason R. Thangaratnam berkata, perisian Novem ESG ialah Perisian-sebagai-Perkhidmatan (SaaS) yang menyediakan repositori berpusat, membolehkan pelanggan meningkatkan keupayaan mereka dengan ketara untuk memenuhi pengumpulan data ESG, analisis dan pelaporan yang berterusan tanpa kerumitan.

Katanya, “ia juga telah memasukkan pendedahan Bursa Malaysia dalam perisian untuk pasaran Malaysia.”

Jelas beliau, akses kepada semua pendedahan Bursa Malaysia dan penghantaran sebenar kini merupakan sebahagian daripada rangka kerja standard dalam perisian.

Menurut Murugason, perisian ini direka bentuk untuk memenuhi keperluan pengamal ESG dalam organisasi untuk memenuhi piawaian pelaporan dan pendedahan yang digariskan oleh Bursa Malaysia, dan dijangka memberikan rangsangan yang ketara kepada keupayaan pelaporan.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Novem ESG SaaS baharu kami kepada pasaran Malaysia,” kata beliau.

Oleh itu tambah beliau, pihaknya percaya bahawa ia mempunyai potensi untuk merevolusikan cara organisasi beroperasi dan melaporkan ESG di Malaysia, dan teruja untuk berada di barisan hadapan dalam perubahan ini.

Tambah beliau, Novem ESG mengukuhkan dirinya sebagai peneraju dalam ruang ESG yang mengkhusus dalam menyediakan Novem ESG SaaS dan latihan ESG meliputi asas, rangka kerja dan pendedahan ESG serta membina strategi berterusan untuk kemampanan untuk pengamal dalam pasaran Malaysia.

Beliau yakin pelancaran perkhidmatan ini mewakili satu peristiwa penting dalam sejarah syarikat, dan dijangka akan diterima baik oleh pelbagai pihak berkepentingan dalam pasaran.

Novem ESG ialah perniagaan yang memberi tumpuan kepada menyediakan perisian analisis pintar automatik yang dipanggil Novem ESG SaaS, latihan dan khidmat nasihat kepada organisasi yang ingin membina dan mengurus portfolio, keupayaan dan tanggungjawab ESG mereka.

Novem ESG membantu organisasi di Malaysia – sama ada syarikat komersial, kerajaan atau pelabur – untuk membuat keputusan yang lebih mampan yang memacu manfaat ESG untuk masyarakat secara keseluruhan.