KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Jawatankuasa (MJK) Persatuan Bekas Penjawat Awam & Swasta Malaysia (PEJASMA) telah diadakan baru-baru ini bagi membincangkan isu-isu semasa.
Setiausaha Agung PEJASMA, Datuk Abdul Rahman Manan berkata, antara perkara yang dibincangkan termasuklah isu pencen berikutan keputusan Mahkamah Rayuan, perjuangan PEJASMA untuk menjaga kepentingan pesara kerjaan dan swasta dan skim khairat.
“Selain itu, pertemuan dengan YAB Perdana Menteri, kunjungan hormat ke atas Menteri Sumber Manusia dan mesyuarat agung 2023-26 juga telah disentuh,” kata beliau.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Azih Muda.