KUALA LUMPUR: Mantan Presiden CUEPACS, Datuk Mohamad Mat Jid kembali ke rahmatullah pagi semalam.
Setiausaha Agung Persatuan Bekas Penjawat Awam dan Swasta Malaysia (Pejasma), Datuk Abdul Rahman Manan berkata, Allahyarham yang berusia 76 tahun pengsan dua hari lalu dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Setiausaha Persatuan Bekas Penjawat Awam dan Swasta Malaysia (Pejasma), Datuk Abdul Rahman Manan berkata, Allahyarham pengsan dua hari lalu dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
“Difahamkan Datuk koma sejak itu, dan dimaklumkan meninggal dunia pagi tadi (semalam) sekitar 11 pagi,” kata beliau kepada Workers Times.
Allahyarham merupakan Presiden CUEPACS dari tahun 1992 hingga 1998. Mohamad juga merupakan Presiden Pejasma.
Abdul Rahman yang pernah memegang jawatan Setiausaha Agung CUEPACS menambah, pemergian Allahyarham merupakan satu kerugian memandangkan telah terus mencurahkan sumbangan dan bakti bagi kepentingan pekerja-pekerja negara ini, terutama kakitangan sektor awam.
“Sumbangan dan bakti akan tetap dikenang, sama ada ketika CUEPACS mahupun bersama Pejasma,” kata beliau lagi.