Langkah lindungi pesara akan diumum tidak lama lagi, jamin PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 di Kuala Lumpu. Foto FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah melindungi parapesara sedang dalam usaha susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan pindaan undang-undang pencen.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan sedang mengusahakan butiran mekanisme itu dan akan membuat pengumuman tidak lama lagi.

“Kami akan menanganinya. Kami perlu menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Kami mempunyai mekanisme untuk melindungi pesara dan akan mengumumkannya tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023.