KUALA LUMPUR: Kesatuan Sekerja lndustri Elektronik Wilayah Utara Semenanjung Malaysia (KSIEWUSM) hari ini menggesa kerajaan dengan segera melaksanakan tiga langkah pembetulan menangani isu kemerosotan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ekoran pengeluaran besar-besran menerusi pakej rangsangan.
Setiausaha Agungnya, Divid Arulappe berkata, ketiga-tiga langkah itu perlu dilaksanakan dengan segera kerana pihaknya memandang serius kegusaran yang telah dikongsi oleh Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir pada Selasa lalu, mengenai risiko majoriti ahli KWSP berkemungkinan akan menjalani hari tua dalam kemiskinan kerana pengeluaran akibat COVID-l9 yang telah memburukkan keadaan, sekali gus menyebabkan jumlah simpanan yang tidak mencukupi.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Divid menambah, kerajaan perlu dengan segera membatalkan keputusan melanjutkan pelaksanaan pengurangan kadar carurnan ekoran COVID-19 yang dikatakan dilaksanakan untuk mengurangkan beban rnajikan dan pekerja.
Selain itu kata beliau, pihaknya mahu kadar caruman di kedua-dua pihak pekerja dan majikan dinaikkan mulai 1 Januari 2022 bagi meningkatkan kadar simpanan jangka panjang.
“Ketiga, kerajaan perlu memperuntukkan sumbangan pengganti bagi mengisi semula simpanan para ahli KWSP yang telah mengeluarkan lebih RM101 bilion atas nama bantuan kewangan di bawah pakej rangsangan sejak tahun ini,” kata beliau.
Rabu lalu, Ahmad Badri berkata, KWSP gusar mengenai risiko majoriti pencarum berkemungkinan menjalani hari tua dalam kemiskinan kerana pengeluaran akibat COVID-19 memburukkan keadaan menyebabkan jumlah simpanan mereka tidak mencukupi.
Kata Ahmad Badri, perkara ini bukan hanya memudaratkan kehidupan individu, tetapi landskap sosioekonomi negara dan fiskal kesihatannya juga mencabar.
Beliau berkata, pada masa ini 48 peratus pencarum KWSP di bawah 55 tahun mempunyai simpanan KWSP pada tahap kritikal dan ia merupakan satu peningkatan 28 peratus ahli KWSP yang mempunyai simpanan amat kritikal berbanding sebelum pandemik.
Awal minggu ini, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) menggesa kerajaan memulangkan wang dikeluarkan pencarum KWSP B40 dan M40 melalui i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra demi perlindungan ahli selepas persaraan.
Setiausaha Agung NUBE, J Solomon, berkata majoriti 7.4 juta yang mengeluarkan caruman adalah ahli KWSP B40 dan M40 dan meskipun ia memberi manfaat kepada ekonomi dan perniagaan, namun menyebabkan simpanan persaraan ahli yang tidak berkemampuan semakin menyusut.
Sehubungan dengan itu, Divid kenyataan Pengerusi KWSP itu cukup merisaukan dan menggusarkan kepimpinan kesatuan sekerja.
Oleh itu kata beliau, sebagaimana disebutkan oleh Pengerusi KWSP, perlindungan sosial adalah hak asasi manusia untuk semua, yang merangkumi semua bentuk pekerjaan, sama ada sektor formal atau tidak.
Divid berkata, pihaknya menggesa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri lsmail SabriYaakob, yang bersandarkan kepada slogan Keluarga Malaysia, akan memandang serius kegusaran Pengerusi KWSP dan beberapa Kesatuan kebelakangan ini termasuk NUBE baru-baru ini.
Beliau menambah, kesatuannya juga bersetuju bahawa kita perlu mempertahankan hak asasi para pekerja dari segi perlindungan sosial yang lengkap termasuk mempunyai pendapatan yang selesa untuk hidup selepas bersara.
“Kedua-dua pihak kerajaan pusat dan KWSP bertanggungjawab dalam memastikan perkara ini berlaku,” kata beliau.
Tambah beliau, amanah itu telah diletakkan pada KWSP, sebagai salah satu agensiutama berkaitan masa depan pekerja, dan agensi ini berada di penyeliaan dan pemerhatian kerajaan pusat.
Menurut beliau, matlamat utama penubuhan KWSP adalah menyediakan satu skim simpanan untuk waktu persaraan pekerja dan pengurusan simpanan untuk lujuan persaraan dan untuk perkara-perkara berkaitan yang diurus kelola di bawah Akta KWSP 1991.
“Maka, kerajaan dan KWSP tidak wajar lari atau terkeluar dari tanggungjawab berkanun ini,” kata beliau.