KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) membantah sekeras-keranya pengambilalihan Akademik KTM (MyRA) oleh Kementerian Pengangkutan (MoT), yang bakal dikenali sebagai National Railway Centre of Excellent (NARCoE).
Resolusi itu dicapai dalam Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali Kali-14 di sini, semalam.
Presiden RUM, Abdul Razak Md Hassan berkata, pengambilaihan itu akan melupuskan Pusat Latihan Kereta Api yang telah wujud puluhan tahun dalam memberi latihan, kursus pendidikan kepada peker-pekerja KTM Berhad (KTMB), bukan sahaja dari sudut operasi dan teknikal, tetapi melahirkan pekerja-pekerja yang berdedikasi dan seterusnya memberi perkhidmatan yang baik kepada pengguna.
“Pengambilalihan ini adalah satu tindakan tidak wajar oleh MoT kerana KTMB akan kehilangan pusat latihannya sendiri,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Malah, kata beliau, tindakan itu akan memberi implikasi kepada KTMB untuk mengeluarkan kos pembayaran kepada pihak yang mengambil alih MyRA dengan kos yang tinggi.
“Tentunya ini akan membebankan KTMB, apatah lagi latihan yang diberikan melibatkan 5,700 pekerja KTMB,” kata beliau.
Sehubungan dengan itu, kata Razak, RUM mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendengar “rintihan dan suara kesatuan” ahli-ahli RUM, sekali gus mengembalikan MyRA untuk kekal berada di bawah KTMB.
“Biarkan MyRA diurus tadbir oleh KTMB sendiri dan jangan biarkan pihak-pihak berkepentingan dalam menghancurkan kepentingan KTMB,” kata beliau.
Razak berkata, kewujudan MARCoE adlaah baik, namun demikian ia perlu dibangunkan di satu lokasi dengan kos tanggungan MoT sendiri, bukannya mengambil alih hak KTMB dalam merencanakan pembanguan latihan dari sudut operasi, teknikal mahupun keselamatan.
“Tindakan KoT mengambil alih MyRA adalah sangat mendukacitakan,” kata beliau.
Razak juga berkata, amat tidak logik apabila dikatakan KTMB membebankan kerajaan dan MyRA diberi kepada syarikat luar.
“Ini juga merupakan satu kisah dongeng yang dicipta oleh pihak yang berkepentingan,” katanya.
Dalam kenyataannya, Razak juga menimbulkan kemungkinan dua situasi yang bakal timbul.
“Dua persoalan yang bermain di benak kesatuan adalah bagaimana dengan kedudukan hampir 40 kakitangan di MyRA?
“Adakah mereka akan kekal atau dipindahkan ke lain-lain jabatan di seluruh KTMB?” kata beliau.
Razak juga berkata, “mereka yang dilihat sebagai pakar dalam bidang masing-masing telah ‘dipaksa’ berpindah ke jabatan-jabatan lain atau mungkin berlaku skim VSS.”