WASHINGTON: Kakitangan Persekutuan Negeri Washington (WFSE) memfailkan saman di mahkamah pada Khamis lalu bagi menghalang dasar mewajibkan suntikan vaksin, yang diputuskan oleh Gabenor Jay Inslee, daripada berkuat kuasa ekoran kerajaan negeri dan kesatuan gagal mencapai kesepakatan tawar-menawar.
Kes yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Daerah Thurston mendakwa kerajaan negeri “gagal memberi tawaran kesan [vaksinasi wajib] dengan niat baik” dengan kesatuan itu, menurut kenyataan dikeluarkan oleh WFSE.
Di bawah keputusan mewajibkan vaksin, yang diumumkan oleh Inslee pada awal bulan ini, ia memerlukan kebanyakan pegawai negeri, pekerja kesihatan dan pekerja K-12 diberi vaksin sepenuhnya pada 18 Oktober atau menghadapi kehilangan pekerjaan.
Tuntutan itu mendakwa bahawa semasa sesi perbincangan dengan kerajaan negeri, perwakilan menolak semua cadangan kesatuan untuk “mengubah atau mengurangkan kesan proklamasi” dan tidak menawarkan cadangan balas dalam usaha mencapai kesepakatan.
Sebagai tindak balas, pejabat Inslee berkata: “Kami dengan hormat tidak setuju dengan tuduhan WFSE. Kami akan mengemukakan respons terhadap aduan tersebut.”