WASHINGTON: Permulaan tahun kedua Presiden Joe Biden datang dengan peluang baharu untuk menunaikan komitmennya agar menjadi proburuh. Walaupun ada beberapa kejayaan dan sokongan padu, beliau tidak dapat melaksanakan beberapa perundangan pekerja utama pada tahun pertama pentadbiran beliau.
Biden sering berkata beliau mahu menjadi presiden yang paling proburuh. Beliau mengulangi ikrar itu pada bulan September lalu dengan berkata: “Di Rumah Putih saya, anda akan sentiasa dialu-alukan. Anda akan sentiasa dialu-alukan. Buruh akan sentiasa dialu-alukan. Anda tahu, anda telah mendengar saya berkata banyak kali: ‘Saya berhasrat untuk menjadi presiden paling prokesatuan yang mengetuai pentadbiran paling prokesatuan dalam sejarah Amerika’.”
Tahun pertama Biden bertepatan dengan pergolakan nasional yang sengit dalam kalangan pekerja dalam industri dari hiburan sehingga penjagaan kesihatan dan pembuatan ketika negara terus bergelut dengan kesan pandemik.