Forum Megatrend: Pakar saran industri pelancongan kuasai Metaverse, ChatGPT rancak pertumbuhan

Pengarah Perhubungan Kerajaan & Destinasi aMadeus, Alexander Rayner berkongsi pandangan pada forum “Expert Insights Series – Megatrends Reshaping International Tourism” di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Pemain-pemain industri pelancongan disaran agar menguasai kelebihan Metaverse dan ChatGPT untuk terus memperlihatkan kejayaan dan pulangan lebih membina, sekali gus merancakkan kembali industri.

Bercakap pada forum bertajuk “Expert Insights Series – Megatrends Reshaping International Tourism” di sini hari ini, Pengarah Perhubungan Kerajaan & Destinasi di aMadeus, Alexander Rayner berkata, pendekatan itu amat penting untuk menawan generasi milenial dan Z yang dekat dengan penggunaan teknologi komunikasi terkini.

“Jika anda mahu menguasai generasi milenial dan generasi Z, anda perlu menguasai (penggunaan) Metavers dengan serius… dalam aspek membuat tempahan penerbangan, hotel dan destinasi yang hendak dikunjungi,” kata beliau.

“Kami perlu bertindak dengan pantas,” kata beliau yang turut berkongsi kepentingan dan keberkesanan platform ruang sembang terkini ChatGPT yang dibangunkan oleh OpenAI dan dilancarkan pada November 2022. Metaverse” menjadi sebutan ramai apabila Facebook menjenamakan semula identiti korporatnya kepada Meta pada Oktober 2021.

Kata beliau, kecerdasan buatan (AI) memberi peluang yang terbentas luas kepada pemain-pemain industri pelancongan, terutama bagi syarikat yang tidak cukup pekerja.

“AI sudah muncul sebagai megatrend bagi (sektor) pelancongan dan hospitaliti,” kata beliau lagi.

Program anjuran TIN Media dengan sokongan SkillsPro ini menyediakan kandungan yang merangsang pemikiran dan peluang rangkaian dengan perwakilan peringkat atasan.

Industri pelancongan dan pelancongan telah terjejas teruk oleh pandemik COVID-19, dan dengan sempadan antarabangsa dibuka semula, pandangan berubah. Pakar meramalkan bahawa perjalanan antarabangsa mungkin mengambil masa sehingga 2024 atau lebih baru untuk kembali ke tahap prapandemil.

Dalam sesi perkongsiannya, Rayner berkongsi komponen teknologi, politik, sosial, ekonomi dan alam sekitar yang perlu diambil berat untuk mengembalikan kerancakan sektor pelancongan dan hospitaliti.

Industri perlu mengambil peluang daripada kekurangan yang wujud akibat komponen ini, kata beliau.

“Jika rakyat China tidak mahu ke Korea disebabkan kad kuning akibat COVID-19, Malaysia perlu mengambil peluang untuk membawa pelancong China ke Malaysia,” kata beliau.

Turut berkongsi dalam forum hari ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Smoove Xperience Inc,
Greg Duffell. Forum ini dimudahcarakan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau dan bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Ketua Pegawai Eksekutif Smoove Xperience Inc, Greg Duffell berkongsi pandangan beliau.