Workers Times https://www.workerstimes.com All About Workers Sat, 22 Mar 2025 08:16:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.7.2 197127691 Win Wins Recycling Trading, Restoran Fatimaa KL rai anak yatim dan ibu tunggal sempena Aidilfitri https://www.workerstimes.com/win-wins-recycling-trading-restoran-fatimaa-kl-rai-anak-yatim-dan-ibu-tunggal-sempena-aidilfitri/ Sat, 22 Mar 2025 07:00:27 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3654
Pengarah Urusan Win Wins Recycling Trading, Dato Ravitheran Eanasegram (tengah) dan Pengurus Restoran Fatimaa, A Jahir Hussein Abd Wahab (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Aidilfitri pada majlis berbuka puasa di Cheras, Kuala Lumpur malam tadi.

SUMBANGAN RAIKAN AIDILFITRI… Win Wins Recycling Trading Sdn. Bhd. meneruskan tradisi mengisi kemeriahan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang bakal disambut tidak lama lagi. Semalam merupakan tahun ke-28 syarikat itu mengadakan majlis penyampaian sumbangan sempena Aidilfitri.

Bermula kecil-kecilan lebih sejak lebih dua dekad lalu, semalam Win Wins Recycling Trading Sdn. Bhd. meraikan sekitar 200 orang dari Persatuan Anak Yatim dan Ibu Tunggal Nur Hikmah dan Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Hajah Kamariah di Cheras, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada Workers Times, Pengarah Urusan Win Wins Recycling Trading, Dato Ravitheran Eanasegram berkata, syarikatnya lazimnya akan meraikan mereka yang memerlukan keprihatinan semasa sambutan perayaan, tidak kira agama dan kaum setiap tahun.

“Bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara seperti di Indonesia. Ini yang kami lakukan setiap tahun,” kata beliau.

Malah menurut Ravitheran, beliau akan membuat simpanan setiap bulan daripada hasil perniagaannya untuk mengadakan majlis sumbangan setiap tahun.

“Saya sendiri akan membuat tabungan. Saya hendak memastikan golongan seperti ini diraikan menjelang dan semasa musim perayaan. Kita perlu kembali kepada masyarakat dengan membantu mereka. Usaha ini memberikan saya satu kegembiraan,” kata beliau yang kelihatan ceria meraikan setiap penerima bantuan di sebuah hotel di Cheras, Kuala Lumpur malam tadi.

Menghulurkan sokongan ke atas usaha beliau ialah Pengurus Restoran Fatimaa, yang terletak di Cheras, A Jahir Hussein Abd Wahab yang turut menyediakan hamper kepada para penerima bantuan.

“Kami sama-sama memberikan sokongan ke atas usaha yang diambil oleh Win Wins Recyling Trading, sebahagian daripada sumbangan kami untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Kami bangga untuk menyokong usaha-usaha murni seperti ini,” kata beliau.

Sebahagian daripada penerima bantuan.
Sebahagian daripada penerima bantuan.
Sebahagian daripada penerima bantuan.

Sebahagian daripada penerima bantuan.

]]>
3654
Perbekas, Pejasama sambut baik Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri https://www.workerstimes.com/perbekas-pejasama-sambut-baik-bantuan-khas-kewangan-aidilfitri/ Sat, 22 Mar 2025 02:42:37 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3650
Persatuan Bekas Kastam Malaysia dan Persatuan Bekas Penjawat Awam dan Swasta Malaysia  menyambut baik keputusan kerajaan  memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 RM250 kepada pesara.

KUALA LUMPUR: Persatuan Bekas Kastam Malaysia (Perbekas) dan Persatuan Bekas Penjawat Awam dan Swasta Malaysia (Pejasma) menyambut baik keputusan kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 sebanyak RM250 kepada pesara.

Presiden Perbekas dan Pejasma, Datuk Abdul Rahman Manan berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman yang dibuat itu.

Bagaimanapun kata beliau, Pejasma memohon pertimbangan khas supaya bekas kakitangan Bank SImpanan Nasional (BSN) yang masih belum diberi taraf pencen, turut diberi insentif itu.

“Meskipun kerajaan meluluskan RM250 berbanding RM350, kami menyambut baik keputusan kerajaan,” kata beliau kepada Workers Times.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kakitangan kerajaan akan menerima BKK RM500 manakala RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Insentif itu adalah bagi kakitangan Gred 15 ke bawah (Skim Saraan Perkhidmatan Awam) dan Gred 56 ke bawah (Sistem Saraan Malaysia).

Anwar juga mengumumkan bahawa guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan takmir, imam, bilal, tok siak serta noja dan marbot masjid seluruh negara akan menerima BKK Aidilfitri RM250.

Dua hari lalu, Abdul Rahman memohon agar bantuan Aidilfitri sebanyak RM350 diberikan kepada pesara kerajaan Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilftri.

“Seperti mana kita semua maklum, rata-rata pesara Gred 56 ke bawah khasnya Gred 1- 40, tidak mempunyai pendapatan sampingan selain pencen bulanan.

“Perbekas dan Pejasma yakin bahawa Kerajaan Malaysia Madani di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar yang begitu perihatin terhadap rakyat akan memberi perimbangan yang sewajarnya.

“Semoga Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan membuat penguman tidak berapa lama lagi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran kali ini akan membabitkan implikasi kewangan RM900 juta yang memanfaatkan dua juta penjawat awam dan pesara.

“Kerajaan berharap pemberian bantuan ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam serta pesara dan menjadi pemangkin untuk berkhidmat penuh dedikasi,” kata beliau.

]]>
3650
Anwar umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM250-RM500 https://www.workerstimes.com/anwar-umum-bantuan-khas-kewangan-aidilfitri-rm250-rm500/ Sat, 22 Mar 2025 02:24:30 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3642

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalam dengan orang ramai ketika singgah di bazar Ramadan Masjid Sultan Ahmad di Kemaman, Terengganu semalam. – Foto ihsan FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Kakitangan kerajaan akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri RM500, umum Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Insentif itu adalah bagi kakitangan Gred 15 ke bawah (Skim Saraan Perkhidmatan Awam) dan Gred 56 ke bawah (Sistem Saraan Malaysia).

Dalam pada itu, sebanyak RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran kali ini akan membabitkan implikasi kewangan RM900 juta yang memanfaatkan dua juta penjawat awam dan pesara.

“Kerajaan berharap pemberian bantuan ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam serta pesara dan menjadi pemangkin untuk berkhidmat penuh dedikasi,” kata beliau menerusi kenyataan media.

Pada 13 Mac lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menyalurkan BKK Aidilfitri kepada penjawat awam.

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, pemberian BKK itu bagi meringankan beban perbelanjaan sempena Syawal.

Selain Cuepacs, Persatuan Bekas Kastam Malaysia (Perbekas) dan Persatuan Bekas Penjawat Awam Se-Malaysia (Pejasma) memohon agar Bantuan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 sebanyak RM350 diberikan kepada pesara kerajaan Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilftri.

Presidennya, Datuk Abd Rahman Manan berkata, Perdana Menteri diharap akan mempertimbangkan permohonan itu memandangkan kos harga barang terus mengalami kenaikan.

Sementara itu, guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan takmir, imam, bilal, tok siak serta noja dan marbot masjid seluruh negara turut menerima BKK Aidilfitri berjumlah RM250.

Anwar memberitahu, pemmberian BKK Aidilfitri melibatkan 70,000 orang itu akan dilunaskan pada minggu depan.

“Malam ini saya hendak tambah guru Kafa, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbot juga terima (BKK Aidilfitri) RM250.

“Ia akan dibayar minggu depan sebelum Aidilfitri,” kata beliau pada majlis Berbuka Puasa bersama Rakyat Terengganu.

Dipetik KOSMO!, Anwar berkata, pemberian BKK Aidilftri kepada golongan terbabit melibatkan peruntukan tambahan RM17 juta.

]]>
3642
Presiden: Perbekas, Pejasma mohon Bantuan Sumbangan Aidilfitri RM350 https://www.workerstimes.com/presiden-perbekas-pejasma-mohon-bantuan-sumbangan-aidilfitri-rm350/ Mon, 17 Mar 2025 00:28:48 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3636

KUALA LUMPUR: Persatuan Bekas Kastam Malaysia (Perbekas) dan Persatuan Bekas Penjawat Awam Se-Malaysia (Pejasma) memohon agar Bantuan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 sebanyak RM350 diberikan kepada pesara kerajaan Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilftri

Presidennya, Datuk Abd Rahman Manan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan diharap akan mempertimbangkan permohonan itu memandangkan kos harga barang terus mengalami kenaikan.

“Seperti mana kita semua maklum, rata-rata pesara Gred 56 ke bawah khasnya Gred 1- 40, tidak mempunyai pendapatan sampingan selain pencen bulanan.

“Perbekas dan Pejasma yakin bahawa Kerajaan Malaysia Madani di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar yang begitu perihatin terhadap rakyat akan memberi perimbangan yang sewajarnya.

“Semoga Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan membuat penguman tidak berapa lama lagi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Minggu lalu,  Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) melahirkan harapan agar kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi meringankan beban perbelanjaan sempena perayaan tersebut.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, bantuan khas tersebut dapat membantu penjawat awam menguruskan keperluan kewangan dengan lebih baik dalam keadaan kos sara hidup yang masih tinggi.

Kata beliau, Aidilfitri sinonim dengan peningkatan perbelanjaan, khususnya bagi mereka yang perlu membuat persiapan pulang ke kampung halaman, menyediakan keperluan asas keluarga serta memenuhi keperluan pendidikan anak-anak.

“Sebagai tulang belakang perkhidmatan kerajaan, penjawat awam sentiasa komited menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara.

“Cuepacs amat menghargai perhatian dan pertimbangan kerajaan terhadap permohonan ini demi kesejahteraan penjawat awam yang terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan serta tanggungjawab,” kata beliau.

Adnan turut menjelaskan bahawa insentif ini bukan sahaja dinantikan oleh penjawat awam, malah turut memberi manfaat kepada peniaga bazar Ramadan dan peruncit yang bergantung kepada peningkatan kuasa beli rakyat untuk meningkatkan hasil jualan.

]]>
3636
UNI-MLC sambut baik kadar dividen KWSP 2024, harap akan terus ditambah baik https://www.workerstimes.com/uni-mlc-sambut-baik-kadar-dividen-kwsp-2024-harap-akan-terus-tambah-baik/ Sun, 02 Mar 2025 03:28:34 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3629

Oleh Mohamed Shafie BP Mammal

PANDANGAN: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyambut baik pengumuman kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2024 sebanyak 6.3%, bagi kedua-dua jenis simpanan, Konvensional dan Shariah. Kadar ini lebih tinggi berbanding tahun 2023, dan dilaporkan paling tinggi sejak tahun 2017.

Pada tahun lalu, KWSP membayar dividen 5.5% untuk simpanan Konvensional, manakala 5.4% untuk simpanan Shariah. Dividen paling tinggi pernah diagihkan KWSP adalah 8.5% iaitu dari 1983 hingga 1987.

Meskipun UNI-MLC meletakkan harapan agar kadar dividen bagi tahun 2024 tidak kurang daripada 7%, tetapi menyambut baik kenaikan lapan mata berbanding bagi tahun 2023.

Meskipun pelbagai ketidaktentuan dalam negara dan luar negara, KWSP yang menjadi nadi simpanan usia tua atau selepas bersara, telah menunaikan fungsinya dengan baik dan efektif dalam menjana pulangan yang baik bagi menjana dividen yang lebih baik berbanding platform simpnan yang lain dalam negara termasuk bank.

Kadar dividen lebih tinggi ini merupakan satu khabar yang baik bagi para pencarum yang dianggarkan 15.9 juta orang.

Sebagai badan yang mewakili pekerja dan dianggotai lebih 100 kesatuan sekerja, UNI-MLC melihat peningkatan kadar dividen ini akan meningkatkan keyakinan para pencarum ke atas KWSP sebagai badan pengurus simpanan para pekerja di Malaysia.

UNI-MLC juga percaya bahawa pertambahan simpanan susulan peningkatan kadar dividen telah dan akan memberi satu berita baik kepada para pencarum. Ini kerana pengumuman terbaharu KWSP akan menambah jumlah simpanan para pencarum dalam jangka panjang. Malah, UNI-MLC juga yakin bahawa perkembangan terbaharu ini juga akan menambah caruman atau simpanan secara sukarela dalam kalangan pencarum KWSP demi manfaat jangka panjang mereka. Kita perlu mengakui bahawa buat masa sekaran KWSP merupakan satu platform kebergantungan bagi para pencarum dalam mengharapkan pulangan yang lebih baik bagi mereka.

UNI-MLC yakin dan percaya bahawa KWSP akan terus mempertingkatkan daya pelaburannya untuk menjana pulangan lebih baik demi manfaat dan kepentingan para pencarum.

KWSP perlu terus mempelbagaikan platform menjana pendapatan dalam memberikan dividen lebih tinggi bagi tahun 2025 dan tahun-tahun seterusnya.

Nota: Datuk Mohamed Shafir BP Mammal ialah Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)

]]>
3629
Dividen KWSP lebih tinggi, 6.3% bagi kedua-dua simpanan Konvensional dan Shariah https://www.workerstimes.com/dividen-kwsp-lebih-tinggi-6-3-bagi-kedua-dua-simpanan-konvensional-dan-shariah/ Sat, 01 Mar 2025 08:33:55 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3623
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30% untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah. – Imej ihsan KWSP

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30% untuk Simpanan Konvensional, dengan jumlah pembayaran RM63.05 bilion dan 6.30% untuk Simpanan Shariah, dengan jumlah pembayaran RM10.19 bilion, menjadikan jumlah pembayaran untuk 2024 kepada RM73.24 bilion.

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, 11% lebih tinggi daripada RM66.99 bilion yang dicatatkan pada 2023.

Jumlah tersebut adalah bersih daripada penurunan nilai ekuiti tersenarai yang dicatatkan bagi tahun tersebut.

Aset pelaburan KWSP meningkat kepada RM1,249.71 bilion, meningkat 10% daripada RM1,135.82 bilion pada 2023. Peningkatan ini didorong oleh pendapatan portfolio dan caruman bersih RM108.22 bilion, meningkat 11% daripada RM97.56 bilion pada 2023.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata: “Alhamdulillah, KWSP berbesar hati mengumumkan dividen yang lebih tinggi untuk 2024, didorong oleh pemulihan pasaran global dan domestik, pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan, dan pengurusan portfolio yang kukuh.”

“Strategi pelaburan kami yang pelbagai membolehkan kami memanfaatkan peluang pertumbuhan, mengoptimumkan pulangan dan mengukuhkan keselamatan kewangan jangka panjang ahli kami.”

“Di dalam negeri, pelaburan yang kukuh, pasaran buruh yang sihat dan inflasi yang stabil meningkatkan permintaan, manakala eksport mendapat manfaat daripada kestabilan global dan kitaran teknologi. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, inisiatif kerajaan di bawah Bajet 2024 dan pelan strategik di bawah rangka kerja Ekonomi Madani telah menarik pelaburan asing, mewujudkan persekitaran yang menyokong pertumbuhan ekonomi,” tambahnya.

Ekonomi Malaysia berkembang 5.1% (2023: 3.6%) dengan pasaran saham menunjukkan kekuatan yang ketara. Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan pertumbuhan dua angka +12.9% (2023: -2.7%), dan memuncak pada 1,678.80 mata pada Ogos, paras tertinggi sejak Disember 2020.

Prestasi global pula bercampur-campur, mencerminkan keadaan ekonomi yang pelbagai di seluruh wilayah. Bank pusat di seluruh dunia mengekalkan kadar faedah yang agak tinggi untuk membendung tekanan inflasi daripada tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun kadar yang lebih tinggi biasanya mempengaruhi penilaian ekuiti, mereka juga menyediakan peluang untuk pelaburan pendapatan tetap, yang membawa kepada kesan bercampur-campur ke atas pasaran saham.

 Mohd Zuki menekankan bahawa ketidaktentuan pasaran yang dialami pada 2024 menekankan kepentingan Peruntukan Aset Strategik (SAA) KWSP dalam mengharungi keadaan ekonomi yang mencabar.

“SAA telah menjadi penting dalam mengekalkan prestasi portfolio yang stabil, memastikan daya tahan jangka panjang portfolio pelaburan KWSP. Dengan mengimbangi risiko dan pulangan, pendekatan ini bukan sahaja melindungi dana daripada ketidaktentuan pasaran tetapi juga menyokong pembayaran dividen yang mampan untuk ahli kami,” katanya.

Kelas aset Ekuiti menyumbang RM49.79 bilion selepas dihapuskira bersih, menyumbang 67% daripada jumlah pendapatan pelaburan KWSP dengan ROI sebanyak 9.90%. Peningkatan pendapatan, melepasi RM39.01 bilion yang dicatatkan pada 2023, didorong oleh pendekatan strategik dan tangkas pengurus dana dalam memanfaatkan keuntungan semasa tempoh turun naik pasaran, ditambah dengan prestasi teguh merentas pasaran ekuiti. Pada 2024, penurunan nilai bagi ekuiti tersenarai berjumlah RM0.72 bilion. Pelaburan Ekuiti Persendirian, yang mewakili hampir 10% daripada pelaburan ekuiti, menjana ROI sebanyak 11.33%.

Instrumen Pendapatan Tetap terus menjadi tunjang KWSP dalam mengekalkan pulangan yang stabil dan mengurangkan kesan ketidaktentuan pasaran jangka pendek. Kelas aset, kebanyakannya Sekuriti Kerajaan Malaysia, menyumbang RM21.91 bilion, atau 29% daripada jumlah pendapatan pelaburan KWSP untuk 2024, menghasilkan ROI sebanyak 4.27%. Pendapatan lebih tinggi yang dicatatkan berbanding 2023 sebanyak RM19.74 bilion adalah sejajar dengan saiz aset yang semakin meningkat.

Hartanah dan Infrastruktur mencatatkan pendapatan RM1.64 bilion, mencatatkan ROI sebanyak 5.13% pada asas mata wang tetap. Pendapatan daripada Instrumen Pasaran Wang ialah RM1.12 bilion, memberikan ROI sebanyak 1.89%. Memandangkan sebahagian besar pelaburan ini didenominasikan dalam mata wang bukan Ringgit, prestasi keseluruhan dipengaruhi oleh terjemahan pertukaran asing pada tahun tersebut apabila Ringgit mengukuh berbanding Dolar AS.

Instrumen Pendapatan Tetap merangkumi 46.2% daripada aset pelaburan, manakala Ekuiti merangkumi 43.5%. Hartanah dan Infrastruktur serta Instrumen Pasaran Wang masing-masing membentuk 6.3% dan 4% daripada aset KWSP.

Sehingga Disember 2024, aset pelaburan KWSP berjumlah RM1,249.71 bilion, di mana 63% daripadanya dilaburkan dalam negara. Pelaburan domestik menjana RM37.02 bilion, atau 49.7% daripada jumlah pendapatan pelaburan, yang memberikan kestabilan kepada keseluruhan pendapatan pelaburan KWSP. Aset global menjana pendapatan RM37.44 bilion, atau 50.3%, daripada jumlah pendapatan pelaburan yang direkodkan.

Sejumlah RM63.59 bilion daripada RM74.46 bilion jumlah pendapatan pelaburan dijana untuk Simpanan Konvensional, dan RM10.87 bilion untuk Simpanan Sh

Sejumlah RM63.59 bilion daripada RM74.46 bilion jumlah pendapatan pelaburan dijana untuk Simpanan Konvensional, dan RM10.87 bilion untuk Simpanan Shariah.

Mulai Januari 2024, KWSP telah mengasingkan sepenuhnya portfolio Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah. Ini membolehkan setiap portfolio mengoptimumkan pulangannya dalam jangka panjang melalui peruntukan aset strategik bebas. Pemisahan itu juga meningkatkan kepelbagaian, memastikan aset di bawah Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional diagihkan dengan baik merentas kelas aset, geografi, pasaran dan industri untuk pulangan yang mampan.

Pertumbuhan Keahlian Mantap

KWSP mencatatkan pertumbuhan keahlian yang kukuh, sejajar dengan kekuatan pasaran buruh Malaysia. Pendaftaran ahli baharu mencecah 475,752, menjadikan keahlian KWSP kepada 16.22 juta, di mana 8.78 juta adalah ahli aktif1, mewakili 51% daripada 17.32 juta tenaga buruh Malaysia2. Nisbah ahli aktif kepada tidak aktif juga bertambah baik pada 2024 kepada 54:46.

Pertambahan ahli aktif didorong oleh usaha berterusan KWSP untuk meluaskan perlindungan. Tan Sri Mohd Zuki menekankan bahawa dengan meluaskan jangkauannya, KWSP memperkukuh perlindungan sosial dan keselamatan persaraan, memupuk keterangkuman dan daya tahan yang lebih besar. Tambahan pula, Program Outreach KWSP mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pencarum sukarela kepada 1,193,396, meningkat 32% daripada 902,213 pada 2023.

Program i-Saraan menyaksikan pengambilan kukuh pada 2024, dengan penyertaan meningkat 38% kepada 529,667 daripada 383,082 pada 2023, membolehkan lebih ramai pekerja sektor tidak formal menabung untuk persaraan. Jumlah sumbangan i-Saraan juga menyaksikan pertumbuhan ketara, meningkat 83% daripada RM1.44 bilion pada 2023 kepada RM2.64 bilion pada 2024.

Jumlah caruman pada 2024 meningkat 11% kepada RM108.22 bilion, mencerminkan peningkatan bilangan ahli, pertumbuhan gaji dan kepercayaan yang mampan dalam KWSP. Pendaftaran majikan baharu berjumlah 71,471, menjadikan jumlah majikan berdaftar seramai 614,563.

Tinjauan 2025

Persekitaran pelaburan menghadapi risiko yang lebih tinggi daripada geopolitik, tarif dan perang perdagangan, halangan bukan tarif, iklim, inflasi dan gangguan teknologi. Keluaran ekonomi global dan dasar bank pusat akan terjejas akibat perubahan corak perdagangan dan perpindahan daripada multilateralisme. Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, pertumbuhan pelaburan dan eksport yang mampan.

Mohd Zuki mengesahkan komitmen KWSP terhadap pertumbuhan mampan, berpandukan Peruntukan Aset Strategik (SAA). Instrumen Pendapatan Tetap akan terus menambat portfolio, menyediakan kestabilan, manakala Ekuiti domestik akan memainkan peranan penting dalam menjana pulangan.

“Komitmen KWSP adalah untuk memberikan pulangan yang kukuh dan konsisten sambil mengekalkan peranannya sebagai institusi simpanan persaraan yang dipercayai. Semasa ekonomi berkembang, kami menguruskan risiko dengan teliti untuk memastikan kedua-dua keuntungan jangka pendek dan kestabilan jangka panjang, membolehkan kami menawarkan dividen yang adil dan kompetitif kepada lebih 16 juta ahli,” katanya.

Pengkreditan dividen untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah akan selesai hari ini.

pada Ahad, 2 Mac 2025.

Ahli boleh menyemak akaun mereka melalui i-Akaun atau mendapatkan penyata mereka daripada Terminal Layan Diri (SST) KWSP di seluruh negara.

]]>
3623
Dividen KWSP 2024 diumum esok lebih baik banding kadar 2023? https://www.workerstimes.com/dividen-kwsp-2024-diumum-esok-lebih-baik-banding-kadar-2023/ Fri, 28 Feb 2025 12:48:23 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3618
Pada 2023, KWSP mengisytiharkan kadar dividen 5.5% untuk simpanan konvensional, meningkat daripada 5.35% pada 2022, dengan pengagihan sehingga RM50.33 bilion dalam menghadapi risiko ekonomi global.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan dividen lebih tinggi bagi tahun 2024, yang akan diisytihar esok, susulan pendapatan kukuh dalam sembilan bulan pertama.

Tinjauan positif kali ini disokong oleh aset pelaburan KWSP, yang mencecah RM1.22 trilion setakat September 2024, dengan 62.2 peratus diperuntukkan kepada pelaburan Malaysia dan 37.8 peratus untuk pasaran antarabangsa.

Pada 2023, KWSP mengisytiharkan kadar dividen 5.5% untuk simpanan konvensional, meningkat daripada 5.35% pada 2022, dengan pengagihan sehingga RM50.33 bilion dalam menghadapi risiko ekonomi global.

Kadar ini menunjukkan peningkatan sederhana daripada 2022, dengan simpanan konvensional meningkat daripada 5.35 peratus dan simpanan Syariah meningkat daripada 4.75 peratus.

Dari segi sejarah, kadar dividen puncak bagi simpanan konvensional direkodkan antara 1983 dan 1987, pada 8.50 peratus yang ketara.

Pembayaran enam peratus diramalkan oleh penganalisis untuk simpanan konvensional dan 5.6% diramalkan untuk dana syariah, dilaporkan disokong oleh prestasi pasaran ekuiti yang teguh dan pelaburan pendapatan tetap yang stabil pada 2024.

Minggu lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan membayangkan bahawa pencarum KWSP boleh menjangkakan pulangan yang lebih baik untuk 2024 berbanding tahun sebelumnya, juga memetik prestasi kukuh organisasi pada tahun itu.

“Kalau kita tengok prestasinya sehingga suku ketiga tahun lepas, ia (prestasi) menggalakkan. Sehingga suku ketiga, ia (KWSP) dah dapat RM57.5 bilion (pendapatan pelaburan). Lebih baik daripada tahun sebelumnya.

“Oleh itu, insya-Allah prestasi berterusan pada suku keempat dan dividen akan memberangsangkan. Namun, saya tak boleh komen apa dividennya. Itu tunggulah. Boleh kata lebih baik. Insya-Allah,” kata beliau.

KWSP mengisytiharkan dividen lebih tinggi pada 2023 iaitu 5.50 peratus bagi Simpanan Konvensional berbanding 5.35 peratus pada 2022 dengan jumlah agihan sebanyak RM50.33 bilion.

Bagi Simpanan Shariah, 5.40 peratus direkodkan berbanding 4.75 peratus pada 2022 dengan jumlah agihan sebanyak RM7.48 bilion.

KWSP dijangka mengumumkan kadar dividen 2024 pada awal Mac ini.

]]>
3618
Elakkan plastik dan pembaziran makanan semasa Thaipusam https://www.workerstimes.com/elakkan-plastik-dan-pembaziran-makanan-semasa-thaipusam/ Sat, 08 Feb 2025 13:58:00 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3613
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Hindu Sangam Negeri Pulau Pinang menggesa penganut dan pengunjung Thaipusam supaya mengelak daripada menggunakan plastik dan tidak membazirkan makanan. – Foto ihsan CAP

Oleh N. V. Subbarow dan Tharman Anandan

PANDANGAN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Hindu Sangam Negeri Pulau Pinang menggesa penganut dan pengunjung Thaipusam supaya mengelak daripada menggunakan plastik dan tidak membazirkan makanan yang ditawarkan kepada mereka di gerai semasa Thaipusam tahun ini.

Pertubuhan yang mendirikan thaneer panthal atau gerai khas yang menawarkan makanan dan minuman percuma, serta penganut digesa untuk berhenti daripada menggunakan plastik sekali guna, bekas polistirena dan cawan semasa Thaipusam.

Sebagai gantinya, mereka boleh menggunakan pilihan lain seperti pinggan dan cawan boleh guna semula, atau daun yang boleh terurai.

Di mana sahaja Thaipusam disambut di seluruh negara, pinggan, cawan, sudu dan garfu plastik mendominasi gerai minuman. Gerai-gerai dan para peniaga menyatakan ia memudahkan sebagai alasan bagi menggunakan bekas, kutleri dan cawan ini memandangkan mereka terpaksa melayan ramai orang.

Walau bagaimanapun, terdapat cara yang lebih baik untuk menghidangkan makanan yang tidak akan menghasilkan banyak sisa yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar.

Penganut dan pengunjung mestilah ingat bahawa plastik tidak terurai sementara plastik “boleh terurai” dan “boleh dikompos” tidak mudah terurai dan hancur hanya dalam keadaan tertentu.

Pencemaran plastik telah menjadi salah satu ancaman alam sekitar yang paling mendesak kepada manusia dan planet ini. Lebih banyak plastik digunakan dan dibuang dalam perayaan besar seperti semasa Thaipusam ini, lebih banyak sisa plastik akan berada di dalam alam sekitar dan berakhir dengan menjadi pencemaran.

Ancaman daripada pengeluaran dan penggunaan plastik sekali guna amat serius yang membimbangkan kesihatan awam dan alam sekitar.

Alternatif kepada plastik sekali guna ialah peralatan yang boleh diguna semula, membasuh semula perkakas, daun yang digunakan sebagai pinggan makan dan pembungkus makanan, serta membawa bekas sendiri untuk mengisi makanan, botol untuk mengisi semula minuman  dan beg kain untuk membawa barangan anda. Terdapat gerai yang menyajikan minuman dalam cawan keluli tahan karat yang kemudiannya dibasuh dan boleh digunakan semula.

Kita juga perlu mengurangkan pembaziran makanan. Kami menganggarkan sekurang-kurangnya 50 tan sisa makanan dibuang setiap tahun semasa Thaipusam.  Kami menggesa mereka yang menghidangkan makanan untuk mengurangkan saiz hidangan mereka. Kami difahamkan mereka memberi annadanam (makanan percuma) tetapi tidak akan ada kekurangan makanan bagi penganut, jadi kami berharap gerai minuman akan mengurangkan bahagian hidangan dan hanya memberi satu pek makanan bagi setiap orang.

Kami juga menyeru pihak pengurusan semua kuil di Malaysia yang meraikan Thaipusam untuk menghapuskan penggunaan plastik dan bekas makanan polistirena apabila menghidangkan makanan kepada penganut dan pengunjung.

Marilah kita bersama-sama menggunakan perayaan ini sebagai platform untuk menjaga alam sekitar, dengan membebaskan diri kita daripada plastik dan produk sekali guna. Kita mestilah meninggalkan bumi yang lebih bersih dan selamat untuk anak-anak kita.

Nota: N. V. Subbarow ialah Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang manakala Tharman Anandan pula Pengerusi Majlis Malaysia Hindu Sangam Negeri Pulau Pinang

]]>
3613
MTUC: Dasar pencarum Perkeso tidak perlu tanggung kos rawatan di hospital kerajaan pendekatan proaktif https://www.workerstimes.com/mtuc-dasar-pencarum-tidak-perlu-tanggung-kos-rawatan-di-hospital-kerajaan-pendekatan-proaktif/ Sat, 08 Feb 2025 13:46:56 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3606
MTUC melihat keputusan ini sebagai satu langkah progresif ke arah memperkukuhkan sistem perlindungan sosial pekerja Malaysia

Oleh Mohd Effendy Abdul Ghani

PANDANGAN: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman kerajaan bahawa pekerja – pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mengalami bencana kerja tidak lagi perlu menanggung kos rawatan di hospital kerajaan mulai 1 Mac ini.

Langkah ini merupakan satu kejayaan besar dalam usaha meningkatkan perlindungan sosial pekerja serta memastikan kebajikan mereka lebih terjamin.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong semalam, semua pencarum Perkeso tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini. Sim bagaimanapun berkata kemudahan itu hanya melibatkan kes kemalangan bencana pekerjaan serta penyakit khidmat, dan terdapat 1,400 klinik panel di seluruh negara, dengan 129 daripadanya di Pulau Pinang. Sim berkata langkah itu dibuat bagi memudahkan pekerja terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan di klinik panel.

Sebagai organisasi induk yang mewakili suara pekerja Malaysia, MTUC telah lama memperjuangkan akses rawatan perubatan percuma bagi pekerja yang mengalami kecederaan akibat pekerjaan mereka.

Keputusan kerajaan ini selari dengan prinsip keadilan sosial dan tanggungjawab negara dalam memastikan pekerja mendapat perlindungan sewajarnya. Ia juga bertepatan dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang menekankan kepentingan perlindungan menyeluruh terhadap pekerja.

Polisi baharu ini akan memberi manfaat yang besar kepada pekerja, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah, bekerja dalam sektor berisiko tinggi seperti pembinaan, pembuatan, pengangkutan dan logistik.

MTUC melihat keputusan ini sebagai satu langkah progresif ke arah memperkukuhkan sistem perlindungan sosial pekerja Malaysia, setanding dengan negara maju seperti Sweden, Jerman dan Kanada yang telah lama mengamalkan sistem rawatan percuma bagi pekerja yang cedera akibat pekerjaan mereka.

Walaupun menyambut baik inisiatif ini, MTUC menegaskan bahawa pelaksanaannya perlu berjalan lancar tanpa sebarang halangan birokrasi yang boleh menyukarkan pekerja mendapatkan rawatan percuma seperti yang dijanjikan. Kerajaan perlu memastikan semua klinik panel Perkeso, hospital kerajaan dan agensi berkaitan memahami garis panduan yang jelas mengenai pelaksanaan dasar ini. Setiap pekerja yang layak mesti dapat mengakses rawatan dengan mudah tanpa prosedur yang membebankan.

Penyelarasan dengan Perkeso juga harus dipercepatkan agar manfaat ini dapat diberikan kepada pekerja secara menyeluruh.

MTUC juga menekankan bahawa majikan tidak boleh mengambil kesempatan daripada polisi ini dengan mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH). Langkah pencegahan masih perlu diberikan keutamaan bagi mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.

Majikan perlu terus memastikan pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) serta menyediakan persekitaran kerja yang selamat melalui latihan keselamatan berkala dan perlindungan insurans yang mencukupi.

MTUC memuji keputusan kerajaan ini sebagai satu perkembangan positif yang memberi kelegaan kepada pekerja di Malaysia. Kami berharap polisi ini akan terus diperkukuhkan dan diperluaskan agar sistem perlindungan sosial di negara ini menjadi lebih menyeluruh dan berdaya tahan.

MTUC akan terus memantau pelaksanaan dasar ini dan bekerjasama dengan kerajaan serta semua pihak berkepentingan bagi memastikan hak dan kebajikan pekerja terus dilindungi.  

Nota: Mohd Effendy Abdul Ghani ialah Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

]]>
3606