KUALA LUMPUR: DHS Hospitality Academy dan Geniusbrain Worldwide telah memeterai perjanjian perkongsian untuk menawarkan Program Penempatan Singapura.
Program ini adalah untuk tempoh tujuh bulan yang membolehkan para peserta akan menjalani satu bulan teori di Ipoh, Perak dan enam bulan sangkutan bergaji di Singapura.
Kenyataan yang dikeluarkan DHS Hospitality Academy berkata, semasa program peserta akan disediakan dengan penginapan, makanan bertugas dan perlindungan insurans.
Kelulusan penempatan adalah daripada Kementerian Tenaga Manusia Singapura manakala pensijilan program dikeluarkan oleh USAINS Holdings, anak syarikat Universiti Sains Malaysia, kata kentaraan itu.
“Program ini akan membolehkan para peserta membina keyakinan dan menimba pengalaman dalam industri perhotelan dan perkhidmatan makanan di Singapura,” kata kenyataan itu.
Ia menambah, program tersebut akan membolehkan para peserta membantu mencipta nilai kepada industri pelancongan di Perak dengan berkongsi pengetahuan mereka dan meningkatkan standard perkhidmatan Program Penempatan Singapura menawarkan sebahagian penajaan dan direka bentuk untuk mewujudkan pendekatan latihan yang kondusif untuk belia ke arah Industri Hospitaliti.
DHS telah menawarkan program tersebut sejak tujuh tahun lepas dan seramai 3,500 pelajar telah menjalani program tersebut.
Program ini dilakukan dengan kerjasama SG Quest dari Singapura, rakan kongsi DHS dalam program tersebut, kata kenyataan itu lagi.
Katanya, di bawah perkongsian dengan Genuisbrain Worldwide sebanyak 60 tajaan separa diberikan dan Geniusbrain Worldwide akan menjadi rakan kongsi eksklusif DHS di Perak.
DHS ialah akademi terulung untuk program kerjaya hospitaliti di Malaysia.