Uncategorized – Workers Times https://www.workerstimes.com All About Workers Wed, 05 Feb 2025 02:46:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.7.2 197127691 Effendy bertegas masih Presiden MTUC, dakwa keputusan 19 Januari tidak sah https://www.workerstimes.com/effendy-dakwa-masih-presiden-mtuc-bidas-keputusan-19-januari-tidak-sah/ Tue, 04 Feb 2025 23:48:06 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3579
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) terus berhadapan dengan kemelut kepimpinan dengan terbaru memutuskan untuk melucutkan Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani dan tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pemilihan selama dua penggal.

KUALA LUMPUR: Kemelut kepimpinan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berhadapan dengan ketidaksudahan ekoran tindakan terbaharunya memutuskan untuk melucutkan Presiden Mohd Effendy Abdul Ghani dan tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pemilihan badan induk kesatuan sekerja selama enam tahun.

Dalam kenyataan media, Datuk Dauzkaply Nor Datuk Ghazali yang bertindak sebagai Pemangku Presiden berkata, berikut pelucutan jawatannya, Mohd Effendy tidak dibenarkan untuk mengguna, mewakili atau menghadiri apa-apa mesyuarat atau majlis atas kapasiti MTUC bermula 19 Januari lalu.

“Sebarang kenyataan daripada Mohd Effendy tidak boleh dianggap mewakili suara MTUC danbukan tanggungjawab MTUC.

“Sebarang kenyataan beliau yang mengaitkan nama organisasi MTUC dianggap mencemarkan nama organisasi MTUC,” kata beliau.

Sementara itu, Mohd Effendy  mempersoalkan kenyataan media MTUC yang menggantungnya sebagai presiden kesatuan itu, sambil mendakwa keputusan itu sebagai tidah sah.

Dipetik FMT, Effendy yang juga Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkeranian Pos Semenanjung Malaysia menjelaskan mesyuarat Majlis Am MTUC 19 Januari lalu dibuat secara tidak sah.

Mohd Effendy memaklumkan dalam mesyuarat 19 Jan, mesyuarat tergempar diketuai Setiausaha Agung Kamarul Baharin Mansor turut ‘melucutkan’ jawatan empat naib presiden dan setiausaha kewangan MTUC.

Pada 18 Ogos lalu, Sinar Harian melaporkan bahawa penggantungan Mohd Effendy sebagai Presiden MTUC tidak sah ekoran melanggar syarat-syarat yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Jawatankuasa Kerja MTUC dipetik berkata, perkara tersebut disahkan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (RoS) susulan tindakan penggantungan oleh Majlis Am kongres itu tidak selari dengan peruntukan undang-undang.

“Tindakan itu juga menunjukkan ketidakpatuhan terhadap keputusan mahkamah yang telah dikeluarkan.

“Justeru MTUC telah dimaklumkan oleh RoS untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan semua pihak mematuhi arahan mahkamah,” kata Jawatankuasa Kerja MTUC.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Kerja MTUC turut memaklumkan, status keanggotaan Kamarul Baharin Mansur sebagai Setiausaha Agung juga terbatal berdasarkan pemakluman Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) bertarikh 10 Mei 2024 yang telah dikeluarkan untuk mengesahkan perkara berkenaan.

Justeru menurutnya, tiada komunikasi rasmi menggunakan jawatan tersebut boleh dilakukan kerana terdapat kekosongan pada kedudukan itu ketika itu.

“Selaras dengan pemakluman perintah mahkamah, pengisian kekosongan jawatan yang kini dikosongkan atau telah dibatalkan keahliannya adalah tidak dibenarkan.

“Sebarang usaha untuk mengisi mana-mana jawatan pada waktu ini dianggap sebagai keputusan dasar yang melanggar perintah mahkamah,” kata jawatankuasa itu.

]]>
3579
Gobind: Kementerian Digital dan Sumber Manusia kaji impak teknologi ke atas peluang pekerjaan https://www.workerstimes.com/gobind-kementerian-digital-dan-sumber-manusia-kaji-impak-teknologi-ke-atas-peluang-pekerjaan/ Sun, 02 Feb 2025 05:59:44 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3572
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO), yang dilancarkan Disember lepas, akan memainkan peranan dalam kajian impak dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja. – Foto ihsan Kementerian Digital

KUALA LUMPUR: Kementerian Digital dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji impak teknologi terhadap pekerjaan dan mengenal pasti pekerjaan masa depan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO), yang dilancarkan Disember lepas, akan memainkan peranan dalam kajian tersebut dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja.

“Saya faham ada pihak yang bimbang tentang penggunaan teknologi dan bagaimana ia bakal memberikan kesan kepada pekerjaan. Saya ingin menegaskan bahawa aspek pekerjaan sangat penting kepada Kerajaan Madani,” kata beliau.

Tambeh beliau, kementeriannya mahu memastikan bahawa sambil negara menggunakan teknologi untuk meningkatkan perniagaan dan ekonomi, “kita perlu memastikan bahawa rakyat mempunyai pekerjaan.”

Kenyataan media dikeluarkan Kementerian Digital mengenai kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dalam mengkaji impak teknologi terhadap pekerjaan dan mengenal pasti pekerjaan masa depan.

Gobind berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lepas telah mengarahkan kementeriannya untuk meneliti pekerjaan yang akan terkesan oleh AI.

“NAIO akan, antaranya, meneliti perkara ini dan memberikan cadangan.

“Saya mahu memberi jaminan kepada semua bahawa walaupun kerajaan menitikberatkan teknologi, kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada landskap pekerjaan yang berubah bagi memastikan rakyat kekal dalam tenaga kerja.

“Jika ada beberapa sektor yang terkesan oleh teknologi digital nanti, kita sudah ada suatu penyelesaian untuk para pekerja dalam sektor tersebut,” katanya.

Katanya, berdasarkan Kajian Impak Kecerdasan Buatan, Digital dan Ekonomi Hijau Ke Atas Tenaga Kerja Malaysia oleh Talent Corp yang dikeluarkan kepada umum pada November 2024, kajian itu menunjukkan jenis-jenis teknologi yang akan berkembang pesat dalam masa lima tahun akan datang dan bagaimana teknologi itu bakal memberikan kesan kepada pekerjaan dan sektor terlibat.

Oleh itu kata beliau: “Kita perlu mengetahui sektor mana yang akan terkesan dan apa yang perlu diperkukuh. Bagi pekerja, siapa yang akan terjejas.”

“Kita harus membuat persediaan yang perlu bagi memastikan mereka mempunyai kemahiran bersesuaian,” kata beliau sambil menambah, “kita akan bantu meningkatkan kemahiran dan memberi pemahiran semula kepada mereka supaya mereka boleh terus berada dalam tenaga kerja.”

Dengan kemahiran baharu katanya, rakyat juga boleh meneroka sektor lain. Teknologi juga boleh mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

NAIO berfungsi sebagai pihak berkuasa pusat yang bertanggungjawab dalam memajukan agenda AI Malaysia.

]]>
3572
Sistem Pengurusan Kuil Berdigital Sepenuhnya dilancar, bukan sahaja tingkat akauntabiliti malah tangani isu kebergantungan pekerja https://www.workerstimes.com/sistem-pengurusan-kuil-berdigital-sepenuhnya-dilancar-bukan-sahaja-tingkat-akauntabiliti-malah-tangani-isu-kebergantungan-pekerja/ Wed, 29 Jan 2025 10:28:52 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3520
Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi India Malaysia (MITRA), P. Prabakaran melancarkan Sistem Pengurusan Kuil Berdigital Sepenuhnya yang dibangunkan untuk Kuil Sree Selva Vinayagar. Bersama beliau Pengarah Urusan Grasp Software Solutions Sdn. Bhd., Dr Govindaraj Selvam (dua dari kanan) dan Presiden Kuil Sree Selva Vinayagar, Subramaniam Munisamy (empat dari kiri).

KLANG: Dr S. Sri Kumar, antara pengunjung tetap Kuil Sree Selva Vinayagar Klang, kini tidak lagi perlu beratur untuk mendapatkan resit bayaran untuk apa jua perkhidmatan dan kemudahan yang diseidakan di kuil.

Kini beliau seperti pengunjung-pengunjung lain boleh berurusan terus di kios atau pun mesin layan diri untuk memenuhi keperluannya.

Beliau menyambut baik langkah pengurusan kuil berusia lebih 100 tahun itu mengorak langkah untuk mengadaptasi dan menerima pakai teknologi terkini bagi meningkatkan keberkesanan kuil, sekali gus memenuhi keperluan dan kehendak semasa para pengunjung.

“Ini satu usaha yang baik… pengalaman baharu bagi kami. Penggunaan kemudahan ICT memasuki langkah baharu,” kata beliau kepada Workers Times. Sri Kumar yang merupakan antara ribuan pengunjung kuil itu juga berkata bahawa “saya kerap kali datang ke kuil ini. Saya dapat lihat pembaharuan yang dibawa oleh pihak pengurusan.”

“Sistem terkini ini selari dengan keperluan semasa. Kita perlu adapatasi invosi dan teknologi terkini. Ini langkah pertama ke arah itu, kita perlu menyediakan kemudahan terkini kepada pengguna dan pengunjung kuil, sebagaimana kita saksikan di sektor dan bidang lain,” tambah beliau.

“Saya percaya kemudahan dan sistem ini akan mengubah wajah pengurusan kuil ini, malah di kuil-kuil lain selepas ini,” kata beliau.

Dalam melakar detik bersejarah, Grasp Software Solutions Sdn Bhd, perintis dalam penyelesaian teknologi Perisian & IT, memperkenalkan Sistem Pengurusan Kuil Berdigital Sepenuhnya bagi kegunaan Kuil Sree Selva Vinayagar.

Inisiatif ini juga memperkenalkan era baharu pendigitalan kepada kuil-kuil di Malaysia, menggabungkan mesin kiosk kendiri yang canggih dan Aplikasi untuk penganut.

Ini adalah sistem pengurusan kuil digital sepenuhnya yang pertama di Malaysia.

Revolusi holistik, total dan bersepadu dalam sistem pengurusan yang akan dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi India Malaysia (MITRA),  P. Prabakaran, merangkap Ahli Parlimen Batu, Sabtu lalu.

Pengarah Urusan Grasp Software Solutions Sdn. Bhd., Dr Govindaraj Selvam berkata, Sistem Pengurusan Kuil Berdigital Sepenuhnya, yang terdiri daripada lebih 50 fungsi bagi merevolusikan perkhidmatan kuil melalui pelaksanaan Aplikasi mudah alih, mesin kiosk sendiri, dan mesin penyediaan vilaku atau pelita.

Menurut beliau, sistem itu membawa pelbagai kelebihan kepada pengurusan kuil kerana akan mengurangkan atau mengatasi isu kebergantungan kepada pekerja asing atau mengurangkan tenaga kerja yang terlibat, menambah baik sistem perakaunan dan kewangan, dan penggunaan masa dengan efektif di pihak pengurusan dan pengunjung dalam menyempurnakan keperluan sembahyang.

Beliau juga berkata, kesedaran pendigitalan, alat digital dan latihan kemahiran untuk pengurusan kuil akan membantu menguruskan kuil dengan lebih cekap dan menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pengunjung kuil.

“Penghargaan harus diberikan kepada Kuil Sree Selva Vinayagar, Klang yang telah mengambil usaha membina untuk menyediakan sistem digital pengurusan kuil yang lengkap,” katanya. Grasp Software Solutions juga merancang untuk membawa sistem ini ke negara lain kerana banyak kuil di luar Malaysia menunjukkan minat mereka.

“Acara hari ini (Sabtu lalu) mmenunjukkan bahawa sebuah syarikat Malaysia sedang menembusi pasaran antarabangsa dalam sistem keagamaan seperti Singapura Australia, UK dan Australia,” kata beliau sambil memambah bahawa “saya yakin lebih banyak kuil akan mengambil tindakan proaktif selepas ini dalam menggunakan teknologi teknologi.”

Sementara itu, Presiden Kuil Sree Selva Vinayagar, Subramaniam Munisamy berkata: “Saya berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran Sistem Pengurusan Kuil Berdigital Sepenuhnya kami sendiri, yang merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.”

“Ini adalah langkah awal ke arah membawa perubahan menyeluruh dan bersepadu dalam menerima pakai inovasi dan teknologi terkini serta membawa muka baharu dalam sistem pengurusan kuil,” katanya.

Beliau menambah, mereka akan mengambil langkah susulan untuk meningkatkan dan menambah baik sistem dalam waktu terdekat.

Pada majlis pelancaran tempoh hari, satu memorandum memohon bantuan kewangan daripada MITRA, melibatkan lebih 60 kuil dari seluruh Malaysia, juga diserahkan kepada Prabakaran, bagi tujuan meningkatkan kemahiran kepimpinan kuil, alat digital, dan kemahiran, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Prabakaran juga menyambut baik usaha yang diambil oleh Kuil Sree Selva Vinayagar, Klang dalam berpindah ke platform digital kerana ia akan membawa kelebihan daripada segi ketelusan, profesionalisme dan kecekapan menguruskan kuil di Malaysia.

“Saya berharap lebih banyak kuil akan berpindah ke arah sistem digital. Kami akan cuba membantu sedaya yang boleh dalam memodenkan pengurusan kuil,” kata beliau.

Sistem digital itu juga memaparkan notis atau pemakluman kerajaan, antaranya MITRA untuk perhatian para pengunjung kuil/

“Ini satu usaha yang baik dalam menyebar luas program dan dasar kerajaan yang dilaksanakan, antaranya oleh MITRA, ia menyediakan platform media untuk kegunaan rakyat,” kata beliau.

Majlis penyerahan memorandum khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi India Malaysia (MITRA), P. Prabakaran melancarkan Sistem Pengurusan Kuil Berdigital Sepenuhnya

]]>
3520
UNI-MLC: Mansuh segera kerja lebih 3 jam di sektor awam, langkah terkebelakang https://www.workerstimes.com/uni-mlc-mansuh-segera-kerja-lebih-3-jam-di-sektor-awam-langkah-terkebelakang/ Tue, 26 Nov 2024 10:54:56 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3494
UNI-MLC memohon campur tangan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim membawa isu ini ke mesyuarat Jemaah Menteri, yang dijadual Jumaat ini. Foto ihsan Sinar Harian

Oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal

PANDANGAN: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) dengan tegas meminta Kerajaan tidak  mengambil sebarang tindakan yang bersifat terkebelakang dengan melanjutkan waktu kerja kakitangan kerajaan termasuk lebih 77,000 jururawat di seluruh negara.

Tatkala Kerajaan Madani mahu menitikberatkan kakitangan awam menerusi pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baru-baru ini, langkah melaksanakan tempoh waktu kerja iaitu tambahan tiga jam tidak wajar dilaksanakan sama sekali.

UNI-MLC berpendirian perkembangan ini bertentangan dengan hasrat Kerajaan yang sebelum ini mengatakan bahawa mahu menambah baik kualiti kehidupan pekerja.

Sementara banyak negara telah dan sedang mengkaji untuk membawa pendekatan yang lebih fleksibel dan harmoni dalam usaha menambah baik hak pekerja masing-masing dengan mengurangkan tempoh waktu kerja dan tempoh berada di pejabat, sebarang langkah mahu memanjangkan waktu kerja terutama di sektor kesihatan tidak wajar dipertimbangkan dan dilaksanakan.

UNI-MLC mahu Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam dengan segera menggugurkan langkah memperkenalkan waktu kerja 45 jam seminggu. Sebarang langkah ke arah itu juga bertentangan dengan trend global yang mengurangkan waktu bekerja kepada 40 jam seminggu, seperti yang dinyatakan dalam Konvensyen ILO 47 dan Konvensyen ILO 116.

UNI-MLC bimbang perkembangan terbaharu ini akan membawa kesan buruk atau impak ke atas pekerja, sekali gus dikhuatiri tidak akan membawa manfaat yang disasarkan oleh Kerajaan. Lebih-lebih lagi ketika pekerja-pekerja Malaysia turut berhadapan dengan isu tekanan dan kualiti kehidupan.

Oleh itu, UNI-MLC memohon campur tangan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim membawa isu ini ke mesyuarat Jemaah Menteri, yang dijadual Jumaat ini untuk mencari jalan penyelesaian terbaik iaitu menggugurkan keputusan lanjutan tempoh waktu kerja.

Sebaliknya Kerajaan harus mengkaji langkah-langkah lain termasuk menambah jumlah kakitangan awam sekiranya berhadapan dengan isu kekurangan tenaga kerja dalam menyediakan mutu perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal ialah Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)

]]>
3494
PRK kerusi DUN Sungai Bakap: Kini Pulau Pinang jadi fokus https://www.workerstimes.com/prk-kerusi-dun-sungai-bakap-kini-pulau-pinang-jadi-fokus/ Sun, 26 May 2024 14:31:50 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3217
Tumpuan seluruh negara kini beralih ke arah kerusi Dewan Undangan Negeri Sungkai Bakap, Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR: Selepas Johor, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Selangor, kini tumpuan berfokus ke arah utara – Pulau Pinang apabila satu pilihan raya kecil (PKR) bakal diadakan.

Kali ini melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap pada 24 Mei lalu.

PRK itu merupakan yang pertama di Pulau Pinang sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan Ogos lalu.

PRK akan diadakan susulan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia selepas lebih tiga minggu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya pada

Pada 1 Mei lalu, media melaporkan Nor Zamri, 56, yang mengalami komplikasi di bahagian perut pergi ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk menerima rawatan sebelum beliau dipindahkan ke HSJ.

Beliau kemudian ditidurkan selepas doktor mendapatkan kebenaran ahli keluarga.

Nor Zamri atau lebih dikenali YB Abang Zam mewakili suara penduduk Sungai Bakap selepas menang pada PRN lalu.

Beliau yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose, selepas meraih 15,433 undi.

Negara baharu sahaja selesai mengadakan PRK bagi kerusi DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei lalu.

Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang akan menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

]]>
3217
Delegasi kuasa kawal selia: SESB kekal komited bekal elektrik mampan di Sabah dan Labuan, jamin CEO https://www.workerstimes.com/delegasi-kuasa-kawal-selia-sesb-kekal-komited-bekal-elektrik-mampan-di-sabah-dan-labuan-jamin-ceo/ Fri, 05 Jan 2024 01:57:45 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2797
Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar (kanan) dan Pengerusinya, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ketika menghadiri majlis pelancaran buku The SESB Story baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih lagi menjadi pemegang saham terbesar dalam Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan kerajaan Sabah belum mengambil alih sepenuhnya syarikat utiliti elektrik Sabah itu.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata, orang ramai perlu faham SESB masih belum diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan Sabah yang ketika ini memiliki 17 peratus saham syarikat berkenaan walaupun telah mengambil alih kawal selia bekalan elektrik di negeri itu.

Kata beliau, pihaknya hanya bertanggungjawab untuk kawal selia ke atas pengurusan industri elektrik di Sabah manakala pemulangan kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada Sabah adalah melalui penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

“SESB akan terus komited untuk memastikan pengguna terus menerima bekalan elektrik yang mampan pada kadar yang munasabah. SESB akan berada di bawah seliaan dua pengawal selia iaitu Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) dan ECoS.

“Tetapi misi dan visi SESB masih tetap sama iaitu memberikan perkhidmatan bekalan yang berdaya harap kepada semua rakyat di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Mohd Yaakob berkata, pengambilalihan kawal selia ke atas bekalan elektrik oleh Sabah adalah selari dengan pelbagai inisiatif berkaitan yang telah dirancang serta dilaksanakan dan membolehkan kerajaan negeri terlibat secara langsung dengan aktiviti industri gas dan minyak bagi manfaat rakyat Sabah.

Kelmarin, sidang khas Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan tiga Rang Undang-Undang (RUU) bagi memberi ruang kepada negeri itu untuk secara rasmi mengambil alih kuasa mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada Kerajaan Persekutuan.

Ia membabitkan RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, RUU Bekalan Elektrik 2024, dan RUU Tenaga Boleh Baharu 2024.

Pada sidang khas DUN, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, kerajaan Sabah kini dalam perancangan untuk mengambil alih SESB dalam tempoh tujuh tahun dari sekarang.

Sehubungan dengan itu katanya, kerajaan Sabah akan mencari satu formula untuk merialisasikan perancangan tersebut.

]]>
2797
Irmohizam, MD WTCKL terima anugerah berprestij CEO Champion SME https://www.workerstimes.com/irmohizam-md-kumpulan-wtckl-terima-anugerah-berprestij-ceo-champion-sme/ Sat, 21 Oct 2023 04:23:33 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2731
Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Sri Dr Irmohizam Ibrahim diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Yusri Junos menerima anugerah daripada Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Datuk Sri Dr Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menerima anugerah berprestij – CEO Champion (SME) sempena Life at Work Awards (LAWA) 2023, inisiatif Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

Anugerah ini adalah pengiktirafan terhadap kepimpinan beliau yang luar biasa dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk mempromosikan kepelbagaian, ekuiti dan rangkuman (DEI) di tempat kerja.

Majlis anugerah tersebut dirasmikan oleh V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia.

LAWA adalah kerjasama antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan TalentCorp.

Ditubuhkan pada 2011, TalentCorp merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (MOHR) yang memacu strategi bakat Malaysia ke arah menjadi hab bakat yang dinamik. LAWA juga adalah rangka kerja anugerah Kepelbagaian, Ekuiti, dan Rangkuman (DEI) yang paling komprehensif di Malaysia, mengiktiraf usaha organisasi yang telah berjaya menerajui agenda DEI.

Pencapaian cemerlang Irmohizam menjadi bukti kepada gaya kepimpinan beliau yang unik, bercirikan komitmen yang mendalam terhadap sifat pembawaan beliau iaitu seorang pemimpin yang berkhidmat dan mengutamakan kesejahteraan dan pertumbuhan pekerja.

Pendekatan berwawasan beliau telah menyumbang dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan memperkasakan tenaga kerja, memupuk suasana pertumbuhan
dan keterangkuman di Malaysia.

Sumbangan beliau melangkaui peringkat nasional, seperti yang dibuktikan oleh peranan penting beliau dalam pelbagai organisasi antarabangsa yang besar.

Irmohizam menerima penghormatan sebagai rakyat Malaysia pertama yang dipilih menganggotai Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA), bukti pengiktirafan dan pengaruh global beliau dalam industri.

Selain itu, jawatannya sebagai Pengerusi Konvensyen & Pameran Majlis Anggota Penasihat (MAC) WTCA menggariskan kepakaran mendalam dan sumbangan meluas beliau dalam industri Acara Perniagaan.

“Saya amat berbesar hati menerima anugerah berprestij ini, yang menekankan kepentingan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang inklusif dan memperkasa
tenaga kerja. Pengiktirafan ini adalah bukti komitmen kami yang tidak berbelah bahagi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) untuk mengutamakan warga WTCKL dan memupuk budaya kepelbagaian dan keterangkuman. Saya komited untuk meneruskan usaha kami dalam memacu perubahan positif dan menyokong kemajuan
kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman di tempat kerja dan di mana-mana sahaja,” kata beliau.

Pencapaian dan sumbangan cemerlang Dato’ Sri Dr Irmohizam Ibrahim bukan sahaja telah meningkatkan kedudukan WTCKL tetapi juga telah meninggalkan kesan yang
ketara dalam industri acara perniagaan global, yang berfungsi sebagai mercu inspirasi bagi organisasi di seluruh dunia.

Irmohizam diwakili oleh Mohd Yusri Junos, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL kerana beliau kini berada di New York, Amerika Syarikat menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah WTCA dan WTCA Member Forum.

]]>
2731
TDC NUBE: ‘Mula tuntut perlindungan sosial lebih besar’ – Presiden Michael Tan https://www.workerstimes.com/tdc-nube-mula-tuntut-perlindungan-sosial-lebih-besar-presiden-michael-tan/ Sat, 19 Aug 2023 04:05:05 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2588
Sebahagian tetamu jemputan dan perwakilan yang hadir pada Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan NUBE kali ke-25 di Pusat Latihan NUBE di Port Dickson, hari ini.

PORT DICKSON: Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), Michael Tan berkata, sudah tiba masanya perlindungan sosial untuk pekerja dalam perkhidmatan kewangan harus diperbaiki dan dinaik taraf.

Kata beliau, walaupun produktiviti pekerja, tanggungjawab dan skop kerja telah berubah dan bergerak ke hadapan, tetapi perlindungan sosial masih ketinggalan.

“Manakala majikan memberi tumpuan dalam mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan setiap tahun perlindungan sosial ketinggalan,” kata beliau dalam ucapan alu-aluan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan NUBE kali ke-25 di Pusat Latihan NUBE di sini, hari ini.

Beliau berkata, perlindungan sosial ditakrifkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai satu set langkah awam yang disediakan oleh masyarakat untuk ahli-ahlinya demi melindungi mereka daripada kesusahan ekonomi dan sosial yang disebabkan oleh ketiadaan atau pengurangan ketara pendapatan.

“Dalam perjanjian kolektif terbaharu NUBE (yang dimeterai April lalu), anda akan dapati bahawa hala tuju NUBE sudah menjurus ke arah perlindungan yang lebih besar untuk ahli kami.

“Ini terbukti dengan lanjutan umur persaraan pilihan, penambahbaikan faedah perubatan kakitangan, peningkatan keselamatan dan kesihatan dan banyak lagi,” kata beliau.

Beliau menegaskan, pekerja terutamanya dalam sektor kewangan harus sedar dan berhenti bersikap terlalu leka.

“Mula tuntut perlindungan sosial yang lebih besar kerana ini adalah hak anda. Lupakan hak anda dan anda boleh lupa tentang mendapatkan sistem atau faedah perlindungan sosial yang lebih baik,” kata beliau lagi.

Katanya, NUBE senantiasa menjadi pelopor dan penentu arah aliran dalam memimpin dan memperjuangkan hak pekerja dalam sektor kewangan.

“Ini terbukti daripada penyelesaian perjanjian kolektif NUBE baru-baru ini di mana beberapa kesatuan kewangan juga mendapat manfaat daripada kesimpulan NUBE CA. Adakah kita bangga? Sudah pasti ya!” kata beliau.

]]>
2588
TDC NUBE: Presiden UNI-MLC saran tuntutan baiki perlindungan sosial diperkukuh https://www.workerstimes.com/tcd-nube-presiden-uni-mlc-saran-tuntutan-baiki-perlindungan-sosial-diperkukuh/ Sat, 19 Aug 2023 03:05:00 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2572
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan NUBE kali ke-25 di Pusat Latihan NUBE di Port Dickson, hari ini. Turut sama Presiden NUBE, Michael Tan dan Setiausaha Agung NUBE, J Solomon serta Presiden ARO-BIFU dan Setiausaha Agung AIBEA, C.H. Venkatachalam (kiri sekali).

PORT DICKSON: Gerakan kesatuan sekerja perlu memainkan peranan secara holistik dalam mempertingkatkan perlindungan sosial yang relevan dengan perkembangan, kata Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), hari ini.

Dengan menjadikan kejayaan Perjanjian Kolektif (CA) yang diusahakan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, sudah tiba masa setiap kesatuan sekerja di Malaysia mengutamakan keperluan perlindungan sosial yang lebih baik.

Menurut beliau, terdapat dua sebab mengapa keperluan ke arah itu belum begitu berkesan di Malaysia.

Pertama, menurut Shafie ialah, kebanyakan kesatuan sekerja masih belum ada pengetahuan yang mendalam mengenai perlindungan sosial.

“Keduanya, kesatuan sekerja sendiri tidak bertindak meluaskan skop perlindungan sosial,” kata beliau ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan NUBE kali ke-25 di Pusat Latihan NUBE di sini.

Dalam ucapannya, Shafie berkata, ramai terkejut bagaimana NUBE boleh berjaya dalam memuktamadkan CA yang begit baik untuk ahli-ahlinya.

“Ramai yang terkejut dengan kejayaan NUBE mencapai CA yang baik, antaranya ialah pinjaman perumahan dengan faedah sifar peratus (sehingga RM300,000 pertama). Ini sebahagian daripada perlindungan sosial yang kita hendak perjuangan,” kata beliau yang merujuk kepada CA yang ditandatangani pada bulan April lalu.

Terdapat lebih 20 skim dan insentif bukan kewangan dan kewangan yang telah dipersetujui melalui rundingan antara kedua-dua pihak NUBE dan MCBA itu, yang sekali gus memberi manfaat serta memartabatkan pekerja sektor perbankan terutamanya ahli NUBE. Antaranya yang dipersetujui adalah melibatkan pelarasan gaji sehingga 18 peratus, bayaran tunggakan gaji sejak 2021 dan bayaran khas sebanyak satu bulan gaji untuk setiap perayaan utama.

Shafie dalam ucapannya juga berkata bahawa “sudah sampai masanya aspek perlindungan sosial menjadi perkara yang penting untuk diperjuangkan, dan ia juga perlu diperluaskan.”

Sebab itu menurut beliau, UNI-MLC telah menyarankan agar faedah sosial keselamatan pekerja dan caruman majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja agar ditambah baik demi kepentingan masa depan para pekerja.

“Saya berharap TCD NUBE kali ini akan tampil dengan usul-usul yang boleh membantu kita dalam aspek ini. UNI-MLC akan mengambil tindakan susulan daripada usul itu nanti,” kata beliau lagi.

Majlis menaikkan bendera sempena Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan NUBE kali ke-25.

]]>
2572