SUKAN – Workers Times https://www.workerstimes.com All About Workers Tue, 17 Dec 2024 22:25:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.7.1 197127691 Persatuan Karate Hayashi-Ha Selangor terima pengiktirafan MBOR, rekod ujian tali pinggang hitam https://www.workerstimes.com/persatuan-karate-hayashi-ha-selangor-terima-pengiktirafan-mbor-rekod-ujian-tali-pinggang-hitam/ Tue, 17 Dec 2024 22:24:41 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3507
Persatuan Hayashi-Ha Karate Selangor melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan  Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menampilkan bilangan pelatih terbanyak dalam ujian penggredan tali pinggang hitam karate.

SHAH ALAM:  Persatuan Hayashi-Ha Karate Selangor melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan  Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menampilkan bilangan pelatih terbanyak dalam ujian penggredan tali pinggang hitam karate.

Acara bersejarah ini berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic di sini dengan melibatkan 429 peserta pelbagai peringkat umur, menandakan satu pencapaian unik dalam komuniti seni mempertahankan diri di Malaysia.

Sesi ujian dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Selangor, Norazreen Sulaiman.

Dalam ucapannya beliau menekankan kepentingan acara ini dalam mempromosikan aktiviti sukan dan seni mempertahankan diri dalam masyarakat.

“Komitmen dan keberanian yang ditunjukkan oleh para pelatih menyerlahkan dedikasi mereka terhadap karate,” kata beliau.

Ketua Jurulatih Persatuan Karate Hayashi-Ha, Thennavan Ponniyah berkata, ini adalah kali pertama acara berskala besar itu dianjurkan.

Menurut beliau, lazimnya, bilangan peserta untuk sesi penggredan tali pinggang hitam tidak lebih 100 orang.

“Penyertaan yang besar kali ini menggambarkan minat yang semakin meningkat terhadap karate sebagai seni mempertahankan diri,” kata beliau lagi.

Thennavan menambah, inisiatif ini bertujuan untuk meraikan pencapaian pelatih yang telah menjalani latihan seni mempertahankan diri.

Sehubungan dengan itu, beliau melahirkan keyakinan bahawa pengiktirafan ini akan menggalakkan lebih ramai golongan muda menyertai karate, memberi manfaat kepada mereka dari segi disiplin, kesihatan dan pembangunan diri.

Usaha untuk mencipta rekod baharu bagi “Percubaan Terbanyak Calon dalam Peperiksaan Penggredan Tali Pinggang Hitam Karate 2024” bermula pada awal Januari tahun ini.

Usaha itu katanya, menekankan komitmen dan dedikasi Persatuan Karate Hayashi-Ha untuk mempromosikan seni mempertahankan diri dalam kalangan generasi muda.

Katanya, acara itu bukan sahaja bertujuan untuk mencipta rekod baru tetapi juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang seni mempertahankan diri.

Tambah beliau, Persatuan Karate Hayashi-Ha berharap kejayaan mencipta rekod ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan penyertaan dalam karate di seluruh Selangor dan seluruh negara.

“Inisiatif ini dilihat sebagai langkah positif ke arah memupuk semangat kesukanan dan persaingan sihat dalam kalangan belia.

“Dengan sokongan pelbagai pihak termasuk Jabatan Belia dan Sukan Selangor, acara ini diharap dapat mengukuhkan lagi kedudukan karate sebagai salah satu sukan utama Malaysia.

“Penglibatan masyarakat amat digalakkan untuk mempertingkatkan majlis berprestij ini,” kata beliau lagi.

Kata beliau, pihaknya juga mempelawa semua orang untuk menyokong usaha mempromosikan karate dan seni mempertahankan diri untuk manfaat generasi akan datang.

“Dengan semangat perpaduan dan kecemerlangan dalam sukan, mereka percaya karate boleh menjadi platform terbaik untuk membina sahsiah dan disiplin dalam kalangan belia Malaysia,”  kata beliau.

]]>
3507
430 pelatih ‘naik pangkat’ sekali gus, Persatuan Karate Hayashi-Ha Selangor sasar iktirafan Malaysia Book Records https://www.workerstimes.com/430-pelatih-naik-pangkat-persatuan-karate-hayashi-ha-selangor-sasar-iktirafan-malaysia-book-records/ Sat, 14 Dec 2024 06:04:57 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3501
Sebahagian pelatih kendalian Persatuan Karate Hayashi-Ha Negeri Selangor, yang menyasarkan untuk mencipta Malaysia Book Records esok.

KUALA LUMPUR: Persatuan Karate Hayashi-Ha Negeri Selangor menyasarkan untuk mencipta pengiktirafan Malaysia Book Records kemajuan kategori tali pinggang hotem 430 pelatih karate sekali gus, esok.

Ketua Jurulatihnya, Thennavan Ponniyah berkata, usaha itu yang merupakan julung kali diadakan bagi meraikan pencapaian para pelatih karate negara ini, khususnya mereka mengikuti latihan seni pertahanan diri di Selangor dalam kategori tali pinggang hitam.

“Ini kali pertama usaha ini diadakan, yang akan melibatkan lebih 400 orang pelatih, pelbagai umur, bermula dari enam tahun serentak dan sekali gus,” kata beliau kepada Workers Times, hari ini.

Kata beliau: “Ini merupakan percubaan untuk mencipta satu rekod baharu iaitu ‘attempt most candidates in a karate black belt grading examination 2024 dari Malaysia Book of Records‘,” kata beliau.

Kesemua pelatih akan dianugerahkan tali pinggang gred hitam bagi tahun 2024 di akhir sesi ujian yang bakal berlangsung esok.

Thennavan yakin bahawa usaha untuk memburu pengiktifaran ini akan menarik lebih ramai anak muda untuk menyertai seni mempertahankan diri Karate, yang akan membawa manfaat kepada para peserta dalam pelbagai segi.

]]>
3501
Larian Keluarga Malaysia 2024 di Cyberjaya 29 September ini https://www.workerstimes.com/larian-keluarga-malaysia-2024-di-cyberjaya-29-september-ini/ Mon, 22 Jul 2024 08:00:08 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3370
Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) buat julung kali akan menganjurkan Larian Keluarga Malaysia 2024 (LKM 2024) di Persiaran Flora, Cyberjaya pada 29 September ini.

KUALA LUMPUR: Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) buat julung kali akan menganjurkan Larian Keluarga Malaysia 2024 (LKM 2024) di Persiaran Flora, Cyberjaya pada 29 September ini.

Larian ini diadakan bagi mengumpul dana untuk memastikan anak-anak yatim yang kehilangan ibu, bapa atau ibu bapa atau penjaga akibat Pandemik COVID-19 akan terus mendapat pembelaan.

YKM memerlukan kira-kira RM5 juta setahun untuk meneruskan bantuan kepada hampir 1,000 anak-anak yatim dan yatim piatu melalui Bantuan Kasih YKM, Bantuan Persekolahan, Bantuan Menara Gading dan Hadiah Kecemerlangan Akademik termasuk pengurusan.

Pengerusi YKM, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, LKM 2024 telah mendapat sokongan yang amat baik daripada banyak pihak khususnya mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yang kini secara rasmi adalah Duta LKM 2024.

“Pemilihan Saudara Khairy sebagai Duta LKM 2024 bertepatan dengan penglibatan beliau yang aktif dalam sukan larian dan maraton termasuk pengalaman sebagai Menteri Belia dan Sukan.

“Beliau juga memahami denyut nadi anak-anak ini kerana terlibat secara langsung dalam Kerajaan untuk menyelamatkan nyawa dan memastikan
kehidupan rakyat dapat diteruskan ketika Pandemik COVID-19 melanda,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Dalam masa sama, Podcast Keluar Sekejap yang diterajui oleh Khairy dan Shahril Hamdan juga akan menjadi Podcast rasmi LKM 2024.

Larian ini terbuka kepada semua dan terbahagi kepada tiga kategori dengan Harga promosi RM79 bagi kategori 21km (terbuka dan veteran), RM59 (10km terbuka dan veteran), dan RM39 bagi kategori lima km larian santai.

Pihak YKM menyasarkan penyertaan sebanyak 3,000 peserta khususnya golongan belia yang gemar kepada aktiviti larian dan gaya hidup sihat.

Orang ramai boleh melayari laman web rasmi YKM, https://yayasankeluargamalaysia.org.my/ atau laman web rasmi LKM 2024, https://lariankeluargamalaysia.com/ untuk pendaftaran dan hebahan
terbaharu mengenai larian ini.

Tarikh akhir pendaftaran LKM 2024 adalah pada 7 September 2024.

Kata beliau, YKM amat mengalu-alukan tajaan dan sokongan dalam pelbagai bentuk daripada semua pihak khususnya syarikat-syarikat korporat.

Setiap sumbangan yang diberikan kepada YKM dan LKM layak mendapat pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

YKM berharap larian ini dapat mencapai sasaran dalam mengumpul dana seterusnya bantuan kepada anak-anak yatim di bawah tanggungan YKM dapat diteruskan.

]]>
3370
Iyengar Yoga Festival 2024 a resounding success https://www.workerstimes.com/iyengar-yoga-festival-2024-a-resounding-success/ Mon, 01 Jul 2024 08:08:03 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3252

The Iyengar Yoga Festival 2024, held from June 21 to 23, 2024. – Photo by BKS Iyengar Yogashala

VIEW: The Iyengar Yoga Festival 2024, held from June 21 to 23, 2024, was a resounding success.

Participants from various Asian countries gathered at BKS Iyengar Yogashala in Kuala Lumpur to celebrate this meaningful event.

The festival provided a platform not only for seasoned Iyengar Yoga practitioners but also for beginners to experience a wide range of yoga practices tailored to different needs and abilities.

The festival began with introductory sessions on Pranayama breathing techniques, meditation, an introduction to Iyengar Yoga, and specialized sessions like Yoga for Homemakers and Homeworkers, Gentle Yoga for elders and those with limited physical abilities, and more.

These sessions laid a foundational understanding for beginners to gradually acquaint themselves with Iyengar Yoga techniques, catering to diverse body conditions and strengths, thereby building physical fitness over time through consistent practice.

On the second day, sessions included Yoga & Sports for Runners, Intensive Yoga on Backbends, Kids Yoga, Family Yoga, and more. Participants had a rare opportunity to explore diverse yoga practices, inspiring many to potentially integrate yoga into their lifestyles in the future. Athletes from other sports also benefited from Iyengar Yoga methods to enhance their physical and mental recovery, maximizing their athletic performance.

The third day featured sessions introducing yoga postures for spinal health, including Bend Backward – Spinecare, Align the Spine, and Intensive Yoga on Inversions, alongside specialized practices like Yoga for Menstruation and Yoga for Pregnancy. These sessions aimed to support people at different stages of life, showcasing how Iyengar Yoga can be adapted for various life phases and health conditions.

These sessions laid a foundational understanding for beginners to gradually acquaint themselves with Iyengar Yoga techniques. – Photo by BKS Iyengar Yogashala

The festival concluded with a joyful atmosphere, expressing gratitude to the legendary B.K.S. Iyengar, whose revolutionary teaching methods have made yoga accessible to people of all ages, levels, and physical conditions worldwide. His legacy continues through his disciples who are committed to spreading Iyengar Yoga’s transformative benefits to future generations.

Overall, the Iyengar Yoga Festival 2024 not only celebrated the richness of yoga practice but also highlighted its adaptability and universal appeal, ensuring that B.K.S. Iyengar’s vision of yoga reaches and benefits countless individuals worldwide.

At BKS Iyengar Yogashala, we offer classes for all sorts of people, specifically focusing on corporate wellness and designing various programs for them. Whether you’re a beginner or an experienced practitioner, we have something for everyone. Join us in making wellness a part of your daily life through Iyengar Yoga.

For more information, visit our website at www.bksiyengaryogashala.com or contact us at +6012 416 4115, +6012 320 4115, or email: namaste@bksiyengaryogashala.com

]]>
3252
Skuasy: Bintang Malaysia Sivasangari juarai London Classic, sertai kelompok 10 terbaik dunia https://www.workerstimes.com/skuasy-bintang-malaysia-sivasangari-juarai-london-classic-sertai-kelompok-10-terbaik-dunia/ Tue, 02 Apr 2024 00:25:46 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3078
Reaksi Sivasangari selepas merangkul London Classic. Foto ihsan PSA TOUR

LONDON: Sivasangari Subramaniam melengkapkan minggu impian di GillenMarkets London Classic apabila pemain pilihan No. 7 skuasy itu menumbangkan No. 2 Dunia, Hania El Hammamy untuk menjulang gelaran peringkat Emas Jelajah Dunia PSA.

Tiada siapa yang dapat meneka bahawa Sivasangari akan menewaskan barisan pemain bertaraf dunia untuk merebut mahkota, tetapi dia menentang peluang itu, memuncak dengan kemenangan 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 ke atas 2 dunia Hania dari Mesir dalam perlawanan akhir yang berlangsung selama 81 minit.

Ia adalah kemenangan kedua Sivasangari ke atas Hania dalam enam pertemuan, dan kejuaraan itu mungkin menyaksikan beliau masuk ke dalam kelompok 10 terbaik dunia buat kali pertama dalam kariernya.

Dalam perjalanan ke final, Sivasangari menewaskan No. 1 dunia Nour El Sherbini dari Mesir pada suku akhir dan No. 4 dunia Nele Gilis dari Belgium pada separuh akhir.

Beliau yang berjaya menawan London minggu ini dengan kemenangan mengejut ke atas No. 1 Dunia Nour El Sherbini dalam suku akhir dan No. 4 Dunia Nele Gilis pada separuh akhir, bermain dengan yakin pada perlawanan pertama.

Laman web PSA World Tour berkata, El Hammamy, yang melakukan lima kesilapan dalam set pertama, mengurangkannya kepada hanya satu pada saat kedua dan meningkatkan keagresifan, mengambil bola lebih awal untuk menafikan masa kepada pemain Malaysia itu, dengan seri No.2 Dunia dengan kemenangan 11-5.

Dalam permainan set ketiga yang sengit, Sivasangari memperoleh tiga bola permainan pada 10-7, tetapi tidak dapat menukar, dengan El Hammamy memaksa seri.

Walaupun tewas dalam set keempat, beliau bangkit dalam set kelima, tidak pernah goyah daripada pelan permainan positifnya apabila membuka pendahuluan besar 6-1 sambil menewaskan pergerakan terkenal El Hammamy berkali-kali.

Kali ini, pemain Malaysia itu tidak berminat untuk kembali lagi, dan, walaupun El Hammamy mengancam satu lagi kebangkitan di tengah-tengah permainan, pemain berusia 25 tahun itu bertahan untuk memenangi gelaran Emas pertamanya dengan kemenangan 11-8.

Mengulas kejayaannya, Sivasangari berkata: “Tiada perkataan yang benar-benar untuk diringkaskan. Saya sangat gembira dengan cara saya mengendalikan diri saya minggu ini, menewaskan tiga daripada empat pemain terbaik. Mereka semua pemain yang sangat bagus.”

Kata beliau, Hania adalah saingannya sejak remaja dan mempunyai bola perlawanan dalam set keempat tetapi tidak dapat menukar.

“Dan, pada perlawanan kelima saya cuba untuk kekal tenang. Dia berjuang dan kembali dengan setiap mata tetapi saya gembira dengan cara saya berjaya memenanginya!

“Ia besar. Kali terakhir saya bermain acara Emas, saya tewas di suku akhir. Malah untuk mara ke final adalah satu perasaan yang luar biasa. Kali ini, untuk memenangi kejohanan ini saya sangat gembira dan bangga dengan cara saya berjaya,” katanya.

Sivasangari menambah, beliau tidak akan melakukannya tanpa jurulatih dan penajanya.

“Tanpa mereka saya tidak akan berada di sini sekarang. Saya sangat berbangga dengan perjalanan saya.

“Saya akan menghubungi keluarga dan jurulatih saya sekarang. Kerana mereka saya memenangi kejohanan dan ia adalah satu perjalanan yang sukar dipercayai selepas apa yang berlaku dua tahun lalu,” katanya lagi.

]]>
3078
Malaysia tolak tawaran anjur Sukan Komanwel 2026, mahu fokus kebajikan rakyat https://www.workerstimes.com/malaysia-tolak-tawaran-anjur-sukan-komanwel-2026-mahu-fokus-kebajikan-rakyat/ Fri, 22 Mar 2024 08:03:20 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3033
Jemaah Menteri hari ini mengambil keputusan tidak menerima tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) agar Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026 selepas meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.

KUALA LUMPUR: Selepas polemik hampir seminggu, Malaysia memutuskan untuk tidak menerima tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.

Perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri hari ini.

Kementerian Belia dan Sukan berkata, mesyuarat Kabinet hari ini mengambil keputusan itu selepas meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Kementerian Belia dan Sukan berkata, delegasi CGF telah bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran untuk Malaysia menjadi tuan rumah pada 5 Februari lalu.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Hasil pertemuan itu dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, antara lain mengutarakan tawaran CGF berjumlah £100 juta (RM603 juta).

Dana berkenaan bagaimanapun dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar, manakala impak ekonomi juga tidak dapat dikenal pasti dalam jangka singkat ini.

“Kerajaan Madani mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026. Namun, pada ketika ini kerajaan mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan itu.

Malaysia ditawarkan menjadi tuan rumah apabila Victoria, Australia mengambil keputusan menarik diri selepas memberikan alasan peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (RM21.78 bilion).

Kerajaan Victoria juga dilaporkan bersetuju membayar AUD380 juta (RM1.17 bilion) kerana melanggar kontrak apabila tidak dapat menganjur temasya itu, yang dijadual diadakan dari 17-29 Mac 2026.

Daripada 74 negara dan wilayah yang menjadi ahli Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) hanya England, Kanada, Australia, Wales, New Zealand, Jamaica, Scotland, India dan Malaysia pernah menganjurkan temasya itu.

Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun 1998.

Pada 11 Mac lalu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata tawaran itu merangkumi pelaburan kewangan yang besar menjangkau 100 juta pound (kira-kira RM601 juta) untuk menyokong perancangan bagi penganjuran edisi 2026 itu.

“Susulan undangan rasmi daripada CGF kepada MOM yang juga dikenali sebagai Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia bulan lepas, MOM telah memulakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai kemungkinan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 selepas pembida yang menang iaitu Victoria, Australia menarik diri tahun lepas,” menurut kenyataan itu.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipetik berkata CGA Malaysia berpandangan kerajaan perlu menimbangkan peluang sekali seumur hidup itu, di samping sokongan serta pelaburan kewangan berkaitan, meneruskan legasi kejayaan Malaysia yang pernah menganjurkan Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, dan mengembalikan kemegahan negara dalam arena sukan dunia.

Menurutnya dengan kemudahan bertaraf dunia sedia ada, Malaysia berupaya menjadi tuan rumah acara antarabangsa seperti Sukan Komanwel yang melibatkan 74 negara dan wilayah Komanwel.

Mohamad Norza berkata, penganjuran berkenaan pasti akan melibatkan perbelanjaan kerajaan yang minimum serta membawa manfaat sosioekonomi yang besar kepada negara.

“Ia juga akan meningkatkan standard sukan Malaysia seperti yang berlaku selepas Sukan Komanwel 1998,” katanya.

Hannah memaklumkan Kabinet akan membuat keputusan sama ada Malaysia berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 dalam masa terdekat.

Kata beliau, KBS sedang menyediakan satu kertas Kabinet yang merangkumi hasil kajian tentang pelbagai aspek penganjuran sukan tersebut.

Malaysia adalah negara Asia pertama menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998. Pada 2010, sukan empat tahun sekali itu kembali ke rantau ini dan berlangsung di India.

]]>
3033
Jurgen Klopp bersara selepas 8 tahun gemilang kemudi Liverpool https://www.workerstimes.com/jurgen-klopp-bersara-selepas-8-tahun-gemilang-kemudi-liverpool/ Sat, 27 Jan 2024 02:46:22 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2852
Jurgen Klopp mengumumkan keputusan, yang mengejutkan banyak pihak, untuk berundur sebagai pengurus Liverpool penghujung musim semasa. – Foto ihsan FB Jurgen Klopp

LONDON: Jurgen Klopp mengumumkan keputusannya untuk berundur sebagai pengurus Liverpool penghujung musim semasa, setelah memaklumkan pemilikan kelab mengenai hasratnya untuk meninggalkan jawatannya apabila kempen 2023-24 akan berakhir.

Selepas membimbing The Reds ke satu lagi final Wembley Rabu lalu, pengurus berusia 56 tahun itu akan terus menyelia baki perlawanan Liga Inggeris musim 2023-24 sebelum menutup tirai kepimpinan gemilang selama lapan setengah tahun di Anfield, yang menyaksikan kelab itu memenangi enam trofi utama di bawah bimbingannya sehingga kini.

Penolong pengurus Pepijn Lijnders dan Peter Krawietz, serta jurulatih pembangunan elit Vitor Matos, juga akan mengosongkan jawatan mereka pada penghujung musim, dengan Lijnders berminat untuk meneruskan kerjayanya sendiri dalam pengurusan.

Mengesahkan keputusannya kepada Liverpoolfc.com, Klopp menggariskan sebab di sebaliknya dan masa pengumuman hari ini (semalam), memberikan penekanan khusus kepada keperluan untuk kejelasan pada peluang terawal untuk mewujudkan syarat bagi peralihan yang teratur berlaku dalam masa terdekat.

Beliau berkata: “Saya dapat memahami bahawa ia adalah kejutan untuk ramai orang pada masa ini, apabila anda mendengarnya buat kali pertama, tetapi saya boleh menerangkannya – atau sekurang-kurangnya cuba menjelaskannya.

“Saya benar-benar suka segala-galanya tentang kelab ini, saya suka segala-galanya tentang bandar, saya suka segala-galanya tentang penyokong kami, saya suka pasukan, saya suka kakitangan. Saya suka semuanya. Tetapi saya masih mengambil keputusan ini, menunjukkan kepada anda bahawa saya yakin ia adalah keputusan yang perlu saya ambil.

“Ia adalah saya, bagaimana saya boleh mengatakannya, kehabisan tenaga. Saya tidak mempunyai masalah sekarang, jelas sekali, saya sudah tahu lebih lama bahawa saya perlu mengumumkannya pada satu nanti, tetapi saya benar-benar baik sekarang. Saya tahu bahawa saya tidak boleh melakukan kerja itu lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

“Selepas bertahun-tahun kita bersama dan selepas semua masa yang kita habiskan bersama dan selepas semua perkara yang kita lalui bersama, rasa hormat semakin meningkat untuk anda, cinta semakin bertambah untuk anda dan sekurang-kurangnya saya berhutang kepada anda adalah kebenaran – dan itulah kebenaran.”

Klopp dilantik sebagai pengurus Liverpool pada 8 Oktober 2015. Ia adalah keputusan yang akan merevolusikan kelab dan menjadikannya kembali sebagai pasukan cemerlang di dalam dan luar negara.

Di bawah kendaliannya, Liverpool menjulang Liga Juara-Juara UEFA, Liga Perdana, Piala Dunia Kelab FIFA, Piala FA, Piala Liga dan Piala Super UEFA, serta Perisai Komuniti FA.

Klopp menambah: “Saya sudah memberitahu kelab itu pada bulan November (2023). Saya perlu menjelaskan sedikit bahawa mungkin kerja yang saya lakukan orang lihat dari luar, saya berada di garisan sentuh dan dalam sesi latihan dan perkara seperti ini, tetapi kebanyakan perkara berlaku di sekitar perkara seperti ini. Ini bermakna musim bermula dan anda sudah merancang hampir musim depan.

Jurgen Klopp

“Apabila kami duduk di sana bersama-sama bercakap tentang pemain yang berpotensi, perkhemahan musim panas seterusnya dan bolehkah kita pergi ke mana-mana sahaja, terfikir, saya tidak pasti saya di sini lagi dan saya sendiri terkejut dengan itu. Saya jelas mula memikirkannya.

“Ia tidak bermula [ketika itu], tetapi sudah tentu musim lalu adalah musim yang sangat sukar dan ada saat apabila di kelab lain mungkin keputusannya adalah, ayuh, terima kasih banyak untuk segala-galanya tetapi mungkin kita patut berakhir di sini, atau tamatkan di sini. Jelas sekali itu tidak berlaku di sini.

“Bagi saya adalah sangat, hebat, sangat penting yang saya boleh membantu untuk membawa pasukan ini kembali ke landasan. Itu semua yang saya fikirkan. Apabila saya menyedari agak awal perkara itu berlaku, ia adalah pasukan yang sangat bagus dengan potensi besar dan kumpulan umur yang hebat, watak super dan semua itu, maka saya boleh mula memikirkan diri saya semula dan itulah hasilnya. Ia bukan apa yang saya mahu [lakukan], ia hanya apa yang saya fikir 100 peratus betul.”

Dengan baki lima bulan untuk bermain dalam kempen semasa, The Reds kekal terlibat dalam empat pertandingan – dan sementara masih ada trofi lagi untuk dikejar, Klopp akan memastikan sebarang ucapan selamat tinggal ditangguhkan sehingga perlawanan terakhirnya mengendalikan Kelab Bola Sepak Liverpool pada bulan Mei.

Beliau berkata: “Kami akan mempunyai seketika, mungkin hari perlawanan terakhir di sini atau di tempat lain – maksud saya di negara lain atau pertandingan lain. Terdapat masa yang cukup untuk melakukan perkara-perkara seperti ini. Sekarang mari kita benar-benar melakukannya. Dunia luar mahu menggunakan keputusan ini, ketawa tentangnya, mahu mengganggu kita.

“Kami adalah Liverpool, kami melalui perkara yang lebih sukar bersama-sama. Dan anda melalui perkara yang lebih sukar sebelum saya. Mari kita jadikan kekuatan daripadanya. Mari kita memerah segala-galanya dari musim ini dan mempunyai perkara lain untuk tersenyum apabila kita melihat ke belakang pada masa hadapan.”

]]>
2852
Gamers Gig Expo satukan komuniti e-sukan, menarik lebih 5,000 penonton https://www.workerstimes.com/gamers-gig-expo-satukan-komuniti-e-sukan-menarik-lebih-5000-penonton/ Mon, 26 Jun 2023 22:45:26 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2248
Sebahagian peserta Gamers Gig Expo (GG EXPO) E-Sukan yang berlangsung Sabtu dan Ahad lalu.

KUALA LUMPUR: Gamers Gig Expo (GG EXPO) E-Sukan yang berlangsung Sabtu dan Ahad lalu telah menarik perhatian lebih 5,000 penonton remaja, peminat tegar e-sukan secara fizikal dan talian.

Kenyataan media dikeluarkan berkata, GG EXPO E-Sukan yang diadakan di Homebois Pitstop, Petaling Jaya merupakan hasil projek akhir Empyrean, sebuah kumpulan pelajar semester lima yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis, Fakulti Pengurusan Perniagaan.

Acara itu disertai oleh sebanyak 72 kumpulan yang terdiri daripada penuntut UiTM, institusi pengajian tinggi awam dan swasta lain, serta peminat-peminat e-sukan, kata kenyataan media itu.

Ia menambah, bekerjasama dengan Team Haq, pasukan e-sukan yang terkenal dalam negara, GG EXPO akan terus membantu membangunkan industri e-sukan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara tumpuan aktiviti sukan berasaskan permainan video.

Selain itu, ia bertujuan memberi pendedahan mengenai industri e-sukan yang mampu memberi impak ekonomi besar.

Kejohanan pertama kali dianjurkan oleh Empyrean yang didukung oleh pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Majlis menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM15,000 bagi Mobile Legend: Bang Bang dan PUBG.

Pada masa yang sama, program dua hari ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik, antaranya pertandingan e-sukan untuk Mobile Legends dan PUBG, sesi GGTalk yang membangkitkan pemikiran, pameran daripada organisasi yang mempunyai hubungan langsung dan tidak langsung dengan dunia e-Sukan.

]]>
2248
Gamers Gig Expo penuntut UiTM berlangsung 24, 25 Jun https://www.workerstimes.com/gamers-gig-expo-penuntut-uitm-berlangsung-24-25-jun/ Fri, 16 Jun 2023 08:57:31 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2240
Gamers Gig Expo (GG Expo), program yang dianjurkan untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai komuniti e-sukan akan berlangsung hujung minggu depan.

KUALA LUMPUR: Gamers Gig Expo (GG Expo), program yang dianjurkan untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai komuniti e-sukan akan berlangsung hujung minggu depan.

Ia akan diadakan di Homebois Pitstop, Petaling Jaya pada 24 dan 25 Jun.

Kenyataan dikeluarkan menyebut, cadangan projek akhir tahun itu terbuka kepada penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPT Swasta serta orang awam.

“Program ini berkolaborasi bersama Team Haq iaitu sebuah skuad e-Sukan yang semakin melonjak naik dalam komuniti e-Sukan di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan, antaranya kejohanan e-sukan Mobile Legend dan PUBG, GG Talk, dan pameran e-sukan.

Acara ini ini juga turut dihadiri dengan kedatangan Yang Behormat Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang akan menyerikan lagi acara
penutupan majlis pada 25 Jun 2023.

Program ini, menurut kenyataan itu lagi, dianjurkan oleh pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis, Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM.

GG Expo E-Sukan merupakan tugasan projek akhir tahun di bawah seliaan Dr Masrur Mohd Khir dan Nor Azzura Nordin.

]]>
2240