SEMASA – Workers Times https://www.workerstimes.com All About Workers Wed, 18 Dec 2024 06:16:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.7.1 197127691 MTUC pandang serius isu pekerja Kawaguchi Manufacturing tidak dibayar gaji https://www.workerstimes.com/mtuc-pandang-serius-isu-pekerja-kawaguchi-manufacturing-tidak-bayar-gaji/ Wed, 18 Dec 2024 06:16:18 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3513
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memandang serius isu tunggakan gaji pekerja Kawaguchi Manufacturing Sdn. Bhd., yang melibatkan 251 pekerja warganegara Bangladesh dan seorang dari Nepal. – Foto ishan PSM

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memandang serius isu tunggakan gaji pekerja Kawaguchi Manufacturing Sdn. Bhd., yang melibatkan 251 pekerja warganegara Bangladesh dan seorang dari Nepal.

Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, dari Ogos hingga November lalu, pekerja-pekerja terbabit tidak menerima pembayaran gaji berjumlah keseluruhan RM2,181,773.95.

“Tindakan bantahan oleh pekerja di hadapan kilang pada 13 dan 14 Disember (lalu) menggambarkan kekecewaan terhadap kelewatan pembayaran gaji mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Selain itu, kata beliau, seramai 57 pekerja telah memfailkan tuntutan kes buruh dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM806,310.00, dan sebutan kes dijadualkan berlangsung di Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang, hari ini.

Tambah beliau, MTUC menghargai usaha Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang yang telah membuka lapan kertas siasatan untuk mendakwa majikan atas pelbagai kesalahan, termasuk kelewatan pembayaran gaji, pelanggaran Akta 446 berhubung perakuan penginapan, dan pembayaran gaji secara tunai.

“Kami turut mengalu-alukan tindakan segera pihak berkuasa dalam memastikan keadilan ditegakkan,” kata beliau lagi.

Walau bagaimanapun, tambah beliau, MTUC amat prihatin terhadap cadangan pelaksanaan pertukaran majikan khas (PTM) bagi pekerja asing yang terjejas.

“Hanya 204 daripada 251 pekerja memiliki permit kerja yang sah, mencerminkan kelemahan pengurusan oleh pihak majikan,” katanya.

Sehubungan dengan itu katanya, MTUC menegaskan bahawa hak pekerja mesti dilindungi, dan pembayaran gaji tertunggak perlu diselesaikan sepenuhnya sebelum akhir Disember 2024.

“Pihak majikan juga (perlu) bertanggungjawab memastikan kebajikan pekerja, termasuk penyediaan tempat tinggal dan makanan, sehingga isu ini selesai sepenuhnya,” kata beliau.

Katanya, MTUC menyeru Kementerian Sumber Manusia dan pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan pelaksanaan penyelesaian yang adil, termasuk pemantauan ketat terhadap cadangan pertukaran majikan khas dan pelaksanaan pembayaran gaji tertunggak secara berperingkat.

“Kami komited untuk terus membela hak pekerja dan memantau perkembangan kes ini dengan teliti demi memastikan keadilan ditegakkan,” kata beliau.

]]>
3513
UNI-MLC: Mansuh segera kerja lebih 3 jam di sektor awam, langkah terkebelakang https://www.workerstimes.com/uni-mlc-mansuh-segera-kerja-lebih-3-jam-di-sektor-awam-langkah-terkebelakang/ Tue, 26 Nov 2024 10:54:56 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3494
UNI-MLC memohon campur tangan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim membawa isu ini ke mesyuarat Jemaah Menteri, yang dijadual Jumaat ini. Foto ihsan Sinar Harian

Oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal

PANDANGAN: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) dengan tegas meminta Kerajaan tidak  mengambil sebarang tindakan yang bersifat terkebelakang dengan melanjutkan waktu kerja kakitangan kerajaan termasuk lebih 77,000 jururawat di seluruh negara.

Tatkala Kerajaan Madani mahu menitikberatkan kakitangan awam menerusi pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baru-baru ini, langkah melaksanakan tempoh waktu kerja iaitu tambahan tiga jam tidak wajar dilaksanakan sama sekali.

UNI-MLC berpendirian perkembangan ini bertentangan dengan hasrat Kerajaan yang sebelum ini mengatakan bahawa mahu menambah baik kualiti kehidupan pekerja.

Sementara banyak negara telah dan sedang mengkaji untuk membawa pendekatan yang lebih fleksibel dan harmoni dalam usaha menambah baik hak pekerja masing-masing dengan mengurangkan tempoh waktu kerja dan tempoh berada di pejabat, sebarang langkah mahu memanjangkan waktu kerja terutama di sektor kesihatan tidak wajar dipertimbangkan dan dilaksanakan.

UNI-MLC mahu Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam dengan segera menggugurkan langkah memperkenalkan waktu kerja 45 jam seminggu. Sebarang langkah ke arah itu juga bertentangan dengan trend global yang mengurangkan waktu bekerja kepada 40 jam seminggu, seperti yang dinyatakan dalam Konvensyen ILO 47 dan Konvensyen ILO 116.

UNI-MLC bimbang perkembangan terbaharu ini akan membawa kesan buruk atau impak ke atas pekerja, sekali gus dikhuatiri tidak akan membawa manfaat yang disasarkan oleh Kerajaan. Lebih-lebih lagi ketika pekerja-pekerja Malaysia turut berhadapan dengan isu tekanan dan kualiti kehidupan.

Oleh itu, UNI-MLC memohon campur tangan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim membawa isu ini ke mesyuarat Jemaah Menteri, yang dijadual Jumaat ini untuk mencari jalan penyelesaian terbaik iaitu menggugurkan keputusan lanjutan tempoh waktu kerja.

Sebaliknya Kerajaan harus mengkaji langkah-langkah lain termasuk menambah jumlah kakitangan awam sekiranya berhadapan dengan isu kekurangan tenaga kerja dalam menyediakan mutu perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal ialah Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)

]]>
3494
Dakwa diskriminasi, 300 ahli NUBE piket di Batu Gajah https://www.workerstimes.com/dakwa-diskriminasi-300-ahli-nube-piket-di-batu-gajah/ Sun, 27 Oct 2024 07:02:21 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3476
Lebih 300 ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dari seluruh negara berpiket sebagai tanda solidariti membantah perbuatan diskriminasi di Maybank cawangan Batu Gajah, Perak semalam. – Foto ihsan NUBE

KUALA LUMPUR: Lebih 300 ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dari seluruh negara berpiket sebagai tanda solidariti membantah perbuatan diskriminasi di Maybank cawangan Batu Gajah, Perak semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon berkata, pihaknya berpiket bagi membantah tindakan Maybank dalam merelakan amalan perkauman dan sikap tidak peduli terhadap ahlinya.

“Demi menuntut keadilan untuk Uva (nama samara pekerja terbabit), seorang kerani yang menjadi mangsa gangguan dan penghinaan kaum secara terang-terangan oleh seorang eksekutif Maybank,” kata beliau.

NUBE mendakwa pekerja terbabit sering mengalami gangguan dan reaksi biadap.

Menurut Solomon, pekerja terbabit, walaupun meminta pertolongan daripada pengurusnya, namun tiada tindakan diambil untuk menghentikan tindakan penderaan yang dilakukan oleh eksekutif terbabit.

“Walaupun selepas berbulan-bulan menderita dan merayu untuk mendapatkan bantuan, pengurusan Maybank gagal bertindak tegas, menyebabkan Uva menanggung trauma emosi dan psikologi,” kata beliau.

Kata Solomon, Maybank enggan memulihkan mangsa yang telah mengalami trauma, masalah emosi dan psikologi yang mendalam.

Beliau seterusnya berkata, gangguan perkauman diamalkan eksekutif terbabit dan ketidaktindakan Maybank melanggar maruah asas manusia dan secara langsung bercanggah dengan “nilai yang didakwa kononnya Maybank tegakkan.”

Malah menurut Solomon, ketiadaan tindakan di pihak Maybank jelas adalah melanggar Rangka Kerja Kemampanan milik pemegang kepentingan terbesarnya, Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang mengutamakan hak asasi manusia, amalan buruh yang adil dan tempat kerja yang selamat.

“PNB mesti bertanggungjawab kerana membenarkan perkauman terang-terangan itu berkembang maju dalam GLC,” kata beliau lagi.

Sehubungan dengan itu, kata Solomon, NUBE menuntut tindakan tatatertib ke atas eksekutif terbabit dan lain-lain yang terlibat dalam perlindungan selaras dengan dasar Toleransi Sifar Maybank, permohonan maaf secara terbuka dan bertulis secara rasmi kepada pekerja tersebut, dan PNB mengambil bahagian dan memastikan pematuhan ESG mereka terhadap penyiasat mereka.

]]>
3476
PM: Gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 mulai 1 Februari 2025 https://www.workerstimes.com/pm-gaji-minimum-dinaikkan-kepada-rm1700-mulai-1-februari-2025/ Sat, 19 Oct 2024 03:50:46 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3441
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan bahawa gaji minimum dinaikkn RM200 kepada RM1,700 berkuat kuasa mulai 1 Februari depan. – Foto ihsan FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan bahawa gaji minimum dinaikkn RM200 kepada RM1,700 berkuat kuasa mulai 1 Februari depan.

Mengumumkan perkara itu menerusi Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan itu bagi menstruktur ekonomi negara terutama dalam memastikan rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna.

“Untuk itu, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada 1,500 ringgit sebulan kepada 1,700 ringgit sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, semalam.

Kata beliau, kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum 1,700 ringgit membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos.

Dasar gaji minimum diperkenalkan satu dekad lalu. Tiga tahun lalu kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500 sebulan.

Anwar yang juga Menteri Kewanan berkata, Kementerian Sumber Manusia akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja.

Turut diumumkan, peruntukan RM200 juta bagi Dasar Gaji Progresif.

“Selanjutnya, Dasar Gaji Progresif ialah ikhtiar Kerajaan MADANI untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja.

“Dasar ini sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hada,.pan. Dasar Gaji Progresif diperuntukkan RM200 juta dan akan memanfaatkan 50 ribu pekerja,” kata beliau.

]]>
3441
UNI-MLC: Pindaan Akta Ordinan Buruh Sabah hadiah untuk pekerja https://www.workerstimes.com/uni-mlc-pindaan-akta-ordinan-buruh-sabah-hadiah-untuk-pekerja/ Wed, 16 Oct 2024 22:11:41 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3426
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berbual dengan pemimpin-pemimpin Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) selepas Rang Undang-undang Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024, bacaan kali kedua, diluluskan di Dewan Rakyat Selasa lepas. – Foto Ihsan UNI-MLC

Oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal

PANDANGAN: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyambut baik Rang Undang-undang Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024, bacaan kali kedua di Dewan Rakyat Selepas lepas, dan seterusnya telah diluluskan. Bacaan kali pertama telah dibuat pada 17 Julai lalu.

Langkah Menteri Sumber Manusia, Steven Sim membawa RUU ini ke Parlimen, dalam tempoh 10 bulan sejak mengetuai Kementerian Sumber Manusia, merupakan satu perkembangan yang amat membina, signifikan dan progresif dalam memartabatkan pekerja-pekerja di Sabah.

UNI-MLC mengucapkan penghargaan dan syabas kepada Menteri Sumber Manusia dan Kementerian Sumber Manusia kerana telah menggerak dan mempercepatkan pindaan yang sangat diharapkan.

Barisan kepimpinan UNI-MLC juga telah mengikuti hujah perbahasan ahli-ahli Dewan Rakyat. Hampir kesemua pandangan yang diketengahkan mempamerkan keperluan segera dan menyeluruh untuk menambah baik hak dan kepentingan pekerja-pekerja di Sabah, seperti di Semenanjung.

Pindaan yang diluluskan kal ini telah lama dinantikan dan telah lama dituntut oleh UNI-MLC. Malah, keperluan ini telah dimasukkan dalam Perutusan Hari Pekerja UNI-MLC pada Mei 2024. Syabas kepada Kementerian Sumber Manusia pimpinan YB Steven Sim.

UNI-MLC yang dianggotai oleh lebih 100 kesatuan sekerja dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak senantiasa berpegang pada pendirian bahawa setiap pekerja, tidak kira gender, kawasan dan wilayah, wajar dan harus menikmati liputan yang sama rata dan saksama setiap masa dan sepanjang masa.

Justeru itu, UNI-MLC melihat kita telah memasuki era baharu yang boleh menyumbang ke arah mmemanfaatkan pekerja-pekerja di Sabah, dan membawa liputan yang sama rata sebagaimana dinikmati oleh pekerja-pekerja di Semenanjung Malaysia.

Dengan pindaan itu, UNI-MLC melihat banyak peruntukan yang boleh menambah baik hak dan kepentingan pekerja-pekerja di Sabah. Antaranya termasuklah liputan pemakaian akta ini ke atas pekerja bergaji RM2,500 ke bawah kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji atau jenis pekerjaan, tempoh cuti bersalin telah dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari, pengenalan cuti paterniti selama tujuh hari dan waktu bekerja 45 jam seminggu dan peruntukan baharu berkaitan kerja anjal atau fleksibel. Perkara-perkara itu juga selari dengan pindaan Akta Kerja 1955, yang telah dikuatkuasakan sejak awal tahun lalu.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan, penguatkuasaan pindaan Akta Ordinan Buruh Sabah sudah pasti akan menggembirakan semua pihak terutama para pekerja.

UNI-MLC berharap peruntukan baharu ini, yang merupakan hadiah dan penghargaan bagi pekerja-pekerja di Sabah, akan dikuatkuasakan dengan segera, selepas diluluskan oleh Dewan Negara pada Disember ini, agar manfaat yang disasarkan dapat dicapai dan dinikmati secara menyeluruh dan holistik di Malaysia.

Nota: Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)

]]>
3426
Kesatuan Pekerja Bank Sarawak meterai CA 2024-26, termasuk pelarasan gaji 9% dan bayaran khas perayaan tahunan https://www.workerstimes.com/kesatuan-pekerja-bank-sarawak-meterai-ca-termasuk-pelarasan-gaji-9-dan-bayaran-khas-perayaan/ Fri, 20 Sep 2024 00:21:45 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3410
Majlis menandatangani Perjanjian Kolektif 2024-2026 di antara Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Sarawak (SBEU) dan Persatuan Bank-bank Perdagangan Sarawak (SCBA) di Kuching, semalam. Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

KUALA LUMPUR: Pekerja-pekerja bank gred perkeranian dan bukan perkeranian di Sarawak akan menikmati pelbagai faedah baharu dan yang telah ditambah baik, termasuk pelarasan gaji sebanyak 9 peratus, di bawah Perjanjian Kolektif (CA) ditandatangani di antara Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Sarawak (SBEU) dan Persatuan Bank-bank Perdagangan Sarawak (SCBA), semalam.

CA ke-17 itu, bagi tempoh 2024-2026, ditandatangani di hadapan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim di Kuching, Sarawak.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Menteri Sumber Manusia yang telah meluangkan masa untuk menyaksikan pemeteraian bersejarah ini.

“Langkah beliau ini menggambarkan bukan sahaja dedikasinya terhadap kebajikan dan faedah pekerja, tetapi juga komitmennya terhadap kepentingan kerjasama tiga pihak yang membina dan prosesnya,” kata Presiden SCBA, Maureen Paril dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena majlis tersebut.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal yang turut hadir menyambut baik pendekatan yang diambil oleh kedua-dua SBEU dan SCBA sehingga membawa kepada pemeteraian CA terbaharu ini.

“Ini satu contoh pendekatan yang positif dan membina. Saya juga mengucapkan penghargaan yang dizahirkan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim yang sekali lagi telah menunjukkan kepimpinan yang membina dalam memastikan persekitaran harmoni di tempat kerja terus dipelihara,” kata beliau kepada Workers Times.

Mewakili SBEU pada majlis itu ialah Presidennya, Fabian Anak Oliver Patrick Munan dan Setiausaha Agungnya, Joseph Kong. SCBA pula diwakili Paril dan Setiausaha, Elvy Nurdalila Amira.

Turut hadir menyaksikan acara itu ialah Presiden Ganti Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaya, Dato’ Brian Jit Singh.

CA baharu akan memanfaatkan kira-kira 1,100 pekerja dalam gred Jualan dan Perkhidmatan 1 (SS1), Jualan dan Perkhidmatan 2 (SS2) dan Jualan dan Perkhidmatan 3 (SS3), yang berkhidmat di 14 buah bank perdagangan di Sarawak. Ia akan menyaksikan pelarasan gaji dan faedah lain berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Selain pelarasan gaji, CA buat pertama kalinya, memperkenalkan bayaran bantuan perayaan tahunan sebanyak RM1,800 untuk membantu pekerja meraikan perayaan masing-masing, kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, bank-bank juga telah bersetuju untuk memberikan bayaran ex-gratia sekali dibayar sebanyak RM2,000 sebagai menghargai kerjasama yang tidak berbelah-bahagi dan pendirian sokongan kesatuan dengan bank-bank perdagangan dalam melaksanakan inisiatif transformasi yang diperlukan serta melaksanakan tanggungjawab pemerkasaan pekerjaan yang diamanahkan kepada mereka.

Menurut kenyataan itu, Menteri Sumber Manusia dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah kepada pihak terbabit dan memuji pendekatan “smart partnership” yang telah diambil oleh SBEU, yang menekankan rundingan berhemah dan membina, di samping mengekalkan hubungan harmoni bagi memastikan kebajikan dan hak ahli terpelihara.

Beliau menegaskan bahawa pendekatan sebegini perlu dicontohi dan menekankan bahawa perjuangan untuk menegakkan hak pekerja tidak bermakna hubungan antara pekerja dan majikan harus bersifat antagonis, sebaliknya bersimbiosis kerana kedua-dua pihak memerlukan antara satu sama lain.

Berucap pada majlis itu, Brian Jit memuji semua pihak atas sikap matang dan mesra yang diguna pakai sepanjang proses rundingan.

“Rundingan ini tidak pernah tanpa cabaran, dengan detik perbincangan yang mendalam dan sudut pandangan yang berbeza, seperti yang lumrah.

“Namun, apa yang menyerlah ialah semangat kerjasama dan kesanggupan kedua-dua pihak untuk membangunkan penyelesaian yang boleh dilaksanakan dan bukannya menjadi halangan,” kata beliau, sebagaimana dipetik dalam kenyataan itu.

Tambah beliau: “Kami telah memuktamadkan perjanjian ini hanya dalam masa lapan bulan, adalah bukti kepada kepimpinan yang bertanggungjawab yang kami harap akan terus membina hubungan baik antara pengurusan dan kesatuan sekerja, untuk pertumbuhan dan kemakmuran industri kami.”

Tambah beliau, SBEU senantiasa menjadi pemegang kepentingan utama dan bertanggungjawab dalam mengekalkan hubungan harmoni antara bank dan pekerja.

“Ahli SBEU telah menjadi tulang belakang operasi perbankan, memastikan institusi kami berfungsi dengan lancar, menegakkan kepercayaan pelanggan. Kepakaran, dedikasi, dan komitmen yang tidak berbelah-bahagi adalah penting untuk kejayaan kita dan kestabilan keseluruhan sistem kewangan negara.”

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dan Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani turut hadir.

Dalam pada itu, Paril berkata, CA baharu adalah pakatan menang-menang yang bukan sahaja menyediakan faedah yang lebih baik dan ganjaran yang saksama untuk pekerja, tetapi juga memastikan industri perbankan terus berkembang dan menyokong pembangunan ekonomi di Sarawak.

“Kami menghargai peranan ahli SBEU dan mengiktiraf keinginan mereka untuk peluang pembangunan kerjaya yang berterusan.

“Sehubungan itu, kami dengan sukacita mengumumkan satu lagi kejayaan iaitu komitmen bank untuk mewujudkan lebih banyak jawatan bagi kategori gaji tertinggi, iaitu pekerja yang mendapat gred SS3, untuk mengiktiraf tugas mereka, peningkatan dan pemerkasaan, selaras dengan perubahan peranan mereka.

“Di bawah bidang ini, semua bank ahli telah komited untuk memastikan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada tenaga kerja perkeranian mereka mendapat gred SS3 sebelum 31 Disember 2025.”

CA juga termasuk penambahbaikan kepada pelbagai faedah dan elaun lain, antaranya subsidi penjagaan kanak-kanak dan hilang upaya, yang telah dinaikkan sehingga 33 peratus serta faedah perubatan, yang akan menyaksikan peningkatan sebanyak 38 peratus daripada RM1,300 kepada RM1,800 untuk pembelian polisi H&S bagi membolehkan ahli mendapatkan kesihatan yang lebih baik. kemudahan untuk mereka keluarga.

Pelbagai faedah lain yang kini dinikmati oleh ahli SBEU juga telah dikekalkan dan/atau dipertingkatkan di bawah CA baharu.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim bersama kepimpinan Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Sarawak (SBEU) dan Persatuan Bank-bank Perdagangan Sarawak (SCBA).
]]>
3410
Adakan kuota tetap untuk kesatuan individu dalam NLAC, syor NUTP https://www.workerstimes.com/adakan-kuota-tetap-untuk-kesatuan-individu-dalam-nlac-syor-nutp/ Thu, 12 Sep 2024 07:43:22 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3405
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim mengadakan perbincangan dengan barisan kepimpinan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sempena kunjungan ke badan itu tiga hari lalu. Foto ihsan NUTP

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), gerakan kesatuan terbesar di Malaysia, memohon agar kesatuan sekerja individu diperuntukkan kuota tetap dalam Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC).

NUTP yang mempunyai lebih 300,000 ahli berharap perkara tersebut akan dipertimbangkan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim bagi memberi suara yang lebih padu dalam badan tiga pihak itu.

Bercakap kepada Workers Times, Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon berkata, sudah tiba masanya bagi kesatuan-kesatuan utama seperti NUTP diberikan kedudukan sebagai kesatuan sekerja utama dalam NLAC.

“Sebagai sebuah kesatuan terbesar dalam perkhidmatan awam, kami mengemukakan syor kepada Menteri Sumber Manusia agar diberi pertimbangan untuk melantik kesatuan sekerja utama sebagai anggota NLAC, untuk mewakili suara yang lebih besar,” kata beliau.

NLAC merupakan sebuah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membolehkan Menteri Sumber Manusia mendapat nasihat, pandangan atau persetujuan mengenai perkara yang berkaitan dengan perburuhan dan sumber manusia.

Steven yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia Disember lalu, pada 19 Mac 2024 telah mempengerusikan mesyuarat pertama NLAC pada tahun ini. Kali terakhir mesyuarat NLAC diadakan ialah pada 15 Julai 2022.

NLAC adalah merupakan satu platform tiga pihak iaitu majikan, pekerja dan kerajaan yang membincangkan isu-isu berkaitan dasar, perundangan dan amalan perburuhan di negara ini.

Anggota-anggota mesyuarat yang mewakili majikan di antaranya termasuklah Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Persatuan Pengeluar-pengeluar Pertanian Tanah Melayu (MAPA), dan Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM). Wakil pekerja pula termasuklah pemimpin CUEUPACS, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Ladang (NUPW).

Dalam pada itu, wakil pihak kerajaan pula dianggotai oleh pelbagai agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan dan KESUMA sendiri.

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) juga pertama kali dilantik sebagai anggota NLAC awal tahun ini.

Fouzi juga berkata, NUTP juga berharap agar reformasi yang bakal berlaku tidak mengurangkan manfaat sedia ada dalam profesion keguruan khasnya laluan kenaikan pangkat secara ‘time-based’ guru.

Katanya, NUTP menyokong langkah kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan dalam perkhidmatan awam sebagaimana kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September lalu demi memastikan kualiti perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan dan relevan dengan keperluan semasa.

Tambah beiau, NUTP teruja dan berterima kasih kepada Steven kerana memilih NUTP dalam rangka kerja beliau berjumpa pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja.

Kunjungan berkenaan tiga hari lalu jelas menunjukkan kesungguhan dan komitmen Steven dan Kementerian Sumber Manusia untuk mengangkat martabat pekerja di Malaysia .

“Kunjungan ini memberikan satu harapan besar kepada pihak kesatuan dalam mengangkat dan membela nasib pekerja-pekerja di negara ini,” katanya.

Fouzi menambah, kunjungan beliau adalah satu penghormatan dan pemangkin untuk kerjasama yang lebih erat antara kesatuan sekerja dengan Kementerian Sumber Manusia.

“NUTP akan terus menyokong penuh idealisme dan hala tuju Kementerian Sumber Manusia serta bersedia bekerjasama dengan lebih erat bagi menjadikan perjuangan kebajikan, kemahiran dan keberhasilan menjadi satu kenyataan,” kata beliau.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di Kuala Lumpur tiga hari lalu. Foto ihsan NUTP

]]>
3405
Pengarah Media, Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia https://www.workerstimes.com/pengarah-media-komunikasi-strategik-pejabat-perdana-menteri-rozaid-abdul-rahman-meninggal-dunia/ Mon, 19 Aug 2024 01:03:34 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3398
Pejabat Perdana Menteri menyiarkan poster membawa khabar Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman telah meninggal dunia di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR: Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia kerana masalah jantung di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya, semalam.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Bahagian Media dan Komunikasi Stratehik Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, “PMO dengan dukacita memaklumkan bahawa Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik di PMO, Rozaid Abdul Rahman telah meninggal dunia pada petang tadi (smalam) kerana masalah jantung.”

“Allahyarham yang berusia 59 tahun telah menerima rawatan di Hospital Serdang sejak 1 Julai lalu dan telah dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lalu,” katanya.

Allahyarham dilantik menjawat tugasan tersebut pada 23 Mei 2023.

“Pejabat Perdana Menteri mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, dan diampunkan segala dosa Almarhum serta diberi tempat istimewa di sisiNya,” kata kenyataan itu lagi

Rozaid juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarang Bersekutu Kumpulan Media The Star dan kemudian sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984.

Selain itu, Rozaid juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan selepas itu Menteri Pengajian Tinggi.

]]>
3398
SPCAAM: Time to reform private sector employment practices https://www.workerstimes.com/spcaam-time-to-reform-private-sector-employment-practices/ Mon, 19 Aug 2024 00:36:55 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3394
Last Friday, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said that he hopes the private sector will follow in the government’s footsteps by raising wages. – Photo by Prime Minister’s Office Facebook

By Callistus Antony D’Angelus

OPINION: The increase in the salaries for the civil servants is welcome and long overdue. A seven to 15% salary adjustment, where the cost of living has increased inordinately over the past few years, will bring the wage levels of civil servants to a reasonable level.

It would though still not ensure that every civil servant earns a living wage at the least. Nevertheless, it is a step in the right direction and progressive improvements in that regard would need to be made hereafter.

Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim has called on the private sector to pay its workers’ wages that are reasonable. This is a big challenge if we were to rely on the private sector to do so on their own accord, where they have been so used to operating in a system where they seek to maximize profits through the exploitation of workers and the resources of the country.

Any semblance of equality and equity can only be achieved through legislative reform, where wage equity and fair treatment of employees based on inalienable human rights principles are entrenched in legislation.

If a study were to be carried out objectively, it would be clearly evidenced that the gap between the highest and lowest earners in most companies have grown exponentially. The gap in total compensation is now at a level where it can be described as being obscene.

Corrupt practices and a lack of government oversight of previous governments in the country is the main reason for this predicament faced. The disenfranchisement felt and expressed by the poor and less privileged is largely due to the abuse by the private sector, and in particular big business, of the resources of the country.

Organisations such as the Malaysian Employers’ Federation (MEF) has forever argued against any type of reform that will take the wage levels in the country above the poverty line. They seem to conveniently ignore the rise in wage levels of senior executives. If they are genuinely and truly concerned about wage costs, perhaps they should advocate the need for a maximum wage in the country. That would certainly keep costs down.

The argument that market forces alone decides on the appropriate fair wage level is a dishonest and corrupt argument. The market does not operate independently of policy decisions. Markets move based on the aggregation of decisions made. If one company raises the wages of its CEO, the average moves upwards.

Others then follow suit, and it drives wages upwards. That is the reason why we see obscene income levels of senior executives in some companies.

The same approach and philosophy are used to depress wage levels of the low-income workers. Foreign workers have been brought into the country, where their wages are fixed at levels where Malaysians cannot afford to live on, thereby driving wage levels of the lower income group downwards.

The Prime Minister cannot do it on its own.

The business community, despite seemingly lining up behind him are actually working against his reform agenda.

The Ministry of Human Resources is of no help and is in cahoots with big business. The Prime Minister should make some ministerial changes to start with, so that his reform agenda to help alleviate the sufferings of the poor will see the light of day.

Callistus Antony D’Angelus is International Labour Advisor for Social Protection Contributors Advisory Association Malaysia (SPCAAM)

]]>
3394