Main Stories – Workers Times https://www.workerstimes.com All About Workers Sat, 08 Feb 2025 14:02:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.7.1 197127691 Elakkan plastik dan pembaziran makanan semasa Thaipusam https://www.workerstimes.com/elakkan-plastik-dan-pembaziran-makanan-semasa-thaipusam/ Sat, 08 Feb 2025 13:58:00 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3613
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Hindu Sangam Negeri Pulau Pinang menggesa penganut dan pengunjung Thaipusam supaya mengelak daripada menggunakan plastik dan tidak membazirkan makanan. – Foto ihsan CAP

Oleh N. V. Subbarow dan Tharman Anandan

PANDANGAN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Hindu Sangam Negeri Pulau Pinang menggesa penganut dan pengunjung Thaipusam supaya mengelak daripada menggunakan plastik dan tidak membazirkan makanan yang ditawarkan kepada mereka di gerai semasa Thaipusam tahun ini.

Pertubuhan yang mendirikan thaneer panthal atau gerai khas yang menawarkan makanan dan minuman percuma, serta penganut digesa untuk berhenti daripada menggunakan plastik sekali guna, bekas polistirena dan cawan semasa Thaipusam.

Sebagai gantinya, mereka boleh menggunakan pilihan lain seperti pinggan dan cawan boleh guna semula, atau daun yang boleh terurai.

Di mana sahaja Thaipusam disambut di seluruh negara, pinggan, cawan, sudu dan garfu plastik mendominasi gerai minuman. Gerai-gerai dan para peniaga menyatakan ia memudahkan sebagai alasan bagi menggunakan bekas, kutleri dan cawan ini memandangkan mereka terpaksa melayan ramai orang.

Walau bagaimanapun, terdapat cara yang lebih baik untuk menghidangkan makanan yang tidak akan menghasilkan banyak sisa yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar.

Penganut dan pengunjung mestilah ingat bahawa plastik tidak terurai sementara plastik “boleh terurai” dan “boleh dikompos” tidak mudah terurai dan hancur hanya dalam keadaan tertentu.

Pencemaran plastik telah menjadi salah satu ancaman alam sekitar yang paling mendesak kepada manusia dan planet ini. Lebih banyak plastik digunakan dan dibuang dalam perayaan besar seperti semasa Thaipusam ini, lebih banyak sisa plastik akan berada di dalam alam sekitar dan berakhir dengan menjadi pencemaran.

Ancaman daripada pengeluaran dan penggunaan plastik sekali guna amat serius yang membimbangkan kesihatan awam dan alam sekitar.

Alternatif kepada plastik sekali guna ialah peralatan yang boleh diguna semula, membasuh semula perkakas, daun yang digunakan sebagai pinggan makan dan pembungkus makanan, serta membawa bekas sendiri untuk mengisi makanan, botol untuk mengisi semula minuman  dan beg kain untuk membawa barangan anda. Terdapat gerai yang menyajikan minuman dalam cawan keluli tahan karat yang kemudiannya dibasuh dan boleh digunakan semula.

Kita juga perlu mengurangkan pembaziran makanan. Kami menganggarkan sekurang-kurangnya 50 tan sisa makanan dibuang setiap tahun semasa Thaipusam.  Kami menggesa mereka yang menghidangkan makanan untuk mengurangkan saiz hidangan mereka. Kami difahamkan mereka memberi annadanam (makanan percuma) tetapi tidak akan ada kekurangan makanan bagi penganut, jadi kami berharap gerai minuman akan mengurangkan bahagian hidangan dan hanya memberi satu pek makanan bagi setiap orang.

Kami juga menyeru pihak pengurusan semua kuil di Malaysia yang meraikan Thaipusam untuk menghapuskan penggunaan plastik dan bekas makanan polistirena apabila menghidangkan makanan kepada penganut dan pengunjung.

Marilah kita bersama-sama menggunakan perayaan ini sebagai platform untuk menjaga alam sekitar, dengan membebaskan diri kita daripada plastik dan produk sekali guna. Kita mestilah meninggalkan bumi yang lebih bersih dan selamat untuk anak-anak kita.

Nota: N. V. Subbarow ialah Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang manakala Tharman Anandan pula Pengerusi Majlis Malaysia Hindu Sangam Negeri Pulau Pinang

]]>
3613
Caruman 2% pekerja asing: Bukan satu solusi holistik tapi permulaan baik https://www.workerstimes.com/mohd-effendy-abdul-ghani-ialah-presiden-kongres-kesatuan-sekerja-malaysia-mtuc/ Sat, 08 Feb 2025 09:04:17 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3598
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berpandangan bahawa caruman KWSP kadar dua peratus terlalu rendah dan mungkin tidak berbaloi dari segi kutipan, pentadbiran, dan pelaburan jangka panjang.

Oleh Mohd Effendy Abdul Ghani

PANDANGAN: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik keputusan kerajaan untuk mengekalkan kadar caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peritus bagi pekerja asing sehingga kajian lanjut dijalankan.

Keputusan ini adalah langkah awal ke arah memastikan hak pekerja asing terus terpelihara selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) C118 serta Artikel 68 Konvensyen 102 ILO, yang menetapkan prinsip hak sama rata perlindungan sosial kepada semua individu, termasuk bukan warganegara.

Namun, MTUC berpandangan bahawa kadar dua peratus terlalu rendah dan mungkin tidak berbaloi dari segi kutipan, pentadbiran, dan pelaburan jangka panjang.

Ia bukan satu penyelesaian yang menyeluruh, tetapi satu permulaan yang baik ke arah kadar caruman yang lebih saksama untuk semua pekerja, sama ada tempatan atau asing.

MTUC menegaskan bahawa tumpuan utama kerajaan haruslah memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja tempatan terus diperkukuhkan. Sebarang keputusan berkaitan kadar caruman KWSP tidak boleh menjejaskan faedah persaraan pekerja tempatan, yang merupakan tunjang tenaga kerja negara.

MTUC juga mengambil maklum kenyataan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) yang menyatakan bahawa kadar caruman dua peratus ini adalah satu kompromi bagi memastikan keseimbangan antara kebajikan pekerja dan kelangsungan perniagaan.

MTUC menegaskan bahawa majikan harus mengambil pendekatan yang lebih holistik dan tidak mengamalkan diskriminasi antara pekerja tempatan dan asing. MTUC berpandangan bahawa kadar caruman KWSP yang lebih rendah akan membolehkan majikan terus bergantung kepada tenaga kerja asing berbanding melabur dalam peningkatan produktiviti dan automasi. Ini bertentangan dengan objektif negara untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan meningkatkan daya saing industri dalam jangka panjang.

Sebaliknya, MTUC menggesa kerajaan untuk memperkukuh proses pemutihan majikan, di mana semua pekerja asing diwajibkan berdaftar dengan KWSP melalui majikan mereka. Ini akan membolehkan kerajaan mengenal pasti jumlah sebenar pekerja asing yang sah, memastikan semua pekerja mendapat perlindungan sosial minimum, dan mengelakkan eksploitasi serta manipulasi oleh majikan yang tidak bertanggungjawab.

MTUC juga menegaskan bahawa perlindungan pekerja tempatan harus menjadi keutamaan utama kerajaan dalam membuat keputusan berkaitan dasar tenaga kerja.

Dalam jangka panjang, kadar caruman KWSP bagi pekerja asing perlu dikaji semula supaya selaras dengan kadar pekerja tempatan bagi mengelakkan jurang dalam perlindungan sosial dan memastikan kesaksamaan di tempat kerja.

Sebagai kesatuan yang memperjuangkan hak pekerja, MTUC akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkepentingan bagi memastikan setiap dasar yang diperkenalkan mengutamakan kebajikan pekerja tempatan sambil mengekalkan keadilan kepada pekerja asing yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Fokus utama kerajaan haruslah kepada memperkasakan hak dan faedah pekerja tempatan terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan sebarang perubahan terhadap dasar pekerja asing. Jaminan keselamatan sosial dan peluang pekerjaan bagi pekerja tempatan perlu diutamakan dalam sebarang keputusan berkaitan tenaga kerja negara.

Nota: Mohd Effendy Abdul Ghani ialah Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

]]>
3598
Caruman 2% pekerja asing: Keputusan kerajaan ambil kira kepentingan semua pihak, kata UNI-MLC https://www.workerstimes.com/caruman-2-pekerja-asing-keputusan-kerajaan-ambil-kira-kepentingan-semua-pihak/ Fri, 07 Feb 2025 07:18:52 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3588
Keputusan terbaharu penetapan kadar dua peratus caruman pekerja asing menunjukkan bahawa kerajaan telah mengambil kira pandangan majikan iaitu menjaga kepentingan kedua-dua pihak majikan dan pekerja.

KUALA LUMPUR: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) memuji keputusan kerajaan yang menetapkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada kadar dua peratus untuk pekerja asing.

Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, keputusan terbaharu menunjukkan bahawa kerajaan telah mengambil kira pandangan majikan iaitu menjaga kepentingan kedua-dua pihak majikan dan pekerja.

“Tanpa membebankan para majikan penetapan kadar dua peratus ini merupakan satu bentuk keputusan yang wajar disambut baik.

“Malah ia menunjukkan kerajaan senantiasa mengambil kira pelbagai aspek dalam merealisasikan hak dan kepentingan pekerja, yang selaras dengan keperluan standard buruh yang telah ditetapkan oleh badan-badan pekerja antarabangsa, antaranya Konvensyen C118 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),” kata beliau menerusi kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Pada 4 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua majikan yang menggaji pekerja asing perlu membayar caruman KWSP sebanyak dua peratus.

Kata beliau, perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet untuk perbincangan lebih lanjut.

Katanya, kadar yang sangat rendah itu diyakini tidak membebankan majikan dan kerajaan akan terus menilai situasi semasa sebelum membuat sebarang perubahan.

Mohamed Shafie BP Mammal

Malah menurut beliau, keputusan terkini juga memperlihatkan kepimpinan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim yang senantiasa menitikberatkan kepentingan para pekerja di Malaysia, termasuk pekerja-pekerja asing.

“Malah, ia juga membuktikan bahawa Menteri Sumber Manusia terus bertindak out of the box, sekali gus menunaikan janji apabila dilantik untuk menerajui Kementerian Sumber Manusia,” kata beliau lagi.

Katanya lagi, tidak dapat dinafikan bahawa caruman mandatori dua peratus yang dicadangkan amat baik kerana ia satu bentuk obligasi sosial di pihak majikan.

“Pada masa yang sama, UNI-MLC juga berpandangan bahawa kerajaan perlu memperincikan klausa dan tata kelola yang membolehkan pekerja asing mengeluarkan simpanan KWSP sebaik pulang ke negara masing-masing tanpa perlu menunggu had umur hinggga 55 tahun,” kata beliau lagi.

]]>
3588
Effendy bertegas masih Presiden MTUC, dakwa keputusan 19 Januari tidak sah https://www.workerstimes.com/effendy-dakwa-masih-presiden-mtuc-bidas-keputusan-19-januari-tidak-sah/ Tue, 04 Feb 2025 23:48:06 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3579
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) terus berhadapan dengan kemelut kepimpinan dengan terbaru memutuskan untuk melucutkan Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani dan tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pemilihan selama dua penggal.

KUALA LUMPUR: Kemelut kepimpinan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berhadapan dengan ketidaksudahan ekoran tindakan terbaharunya memutuskan untuk melucutkan Presiden Mohd Effendy Abdul Ghani dan tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pemilihan badan induk kesatuan sekerja selama enam tahun.

Dalam kenyataan media, Datuk Dauzkaply Nor Datuk Ghazali yang bertindak sebagai Pemangku Presiden berkata, berikut pelucutan jawatannya, Mohd Effendy tidak dibenarkan untuk mengguna, mewakili atau menghadiri apa-apa mesyuarat atau majlis atas kapasiti MTUC bermula 19 Januari lalu.

“Sebarang kenyataan daripada Mohd Effendy tidak boleh dianggap mewakili suara MTUC danbukan tanggungjawab MTUC.

“Sebarang kenyataan beliau yang mengaitkan nama organisasi MTUC dianggap mencemarkan nama organisasi MTUC,” kata beliau.

Sementara itu, Mohd Effendy  mempersoalkan kenyataan media MTUC yang menggantungnya sebagai presiden kesatuan itu, sambil mendakwa keputusan itu sebagai tidah sah.

Dipetik FMT, Effendy yang juga Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkeranian Pos Semenanjung Malaysia menjelaskan mesyuarat Majlis Am MTUC 19 Januari lalu dibuat secara tidak sah.

Mohd Effendy memaklumkan dalam mesyuarat 19 Jan, mesyuarat tergempar diketuai Setiausaha Agung Kamarul Baharin Mansor turut ‘melucutkan’ jawatan empat naib presiden dan setiausaha kewangan MTUC.

Pada 18 Ogos lalu, Sinar Harian melaporkan bahawa penggantungan Mohd Effendy sebagai Presiden MTUC tidak sah ekoran melanggar syarat-syarat yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Jawatankuasa Kerja MTUC dipetik berkata, perkara tersebut disahkan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (RoS) susulan tindakan penggantungan oleh Majlis Am kongres itu tidak selari dengan peruntukan undang-undang.

“Tindakan itu juga menunjukkan ketidakpatuhan terhadap keputusan mahkamah yang telah dikeluarkan.

“Justeru MTUC telah dimaklumkan oleh RoS untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan semua pihak mematuhi arahan mahkamah,” kata Jawatankuasa Kerja MTUC.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Kerja MTUC turut memaklumkan, status keanggotaan Kamarul Baharin Mansur sebagai Setiausaha Agung juga terbatal berdasarkan pemakluman Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) bertarikh 10 Mei 2024 yang telah dikeluarkan untuk mengesahkan perkara berkenaan.

Justeru menurutnya, tiada komunikasi rasmi menggunakan jawatan tersebut boleh dilakukan kerana terdapat kekosongan pada kedudukan itu ketika itu.

“Selaras dengan pemakluman perintah mahkamah, pengisian kekosongan jawatan yang kini dikosongkan atau telah dibatalkan keahliannya adalah tidak dibenarkan.

“Sebarang usaha untuk mengisi mana-mana jawatan pada waktu ini dianggap sebagai keputusan dasar yang melanggar perintah mahkamah,” kata jawatankuasa itu.

]]>
3579
Gobind: Kementerian Digital dan Sumber Manusia kaji impak teknologi ke atas peluang pekerjaan https://www.workerstimes.com/gobind-kementerian-digital-dan-sumber-manusia-kaji-impak-teknologi-ke-atas-peluang-pekerjaan/ Sun, 02 Feb 2025 05:59:44 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3572
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO), yang dilancarkan Disember lepas, akan memainkan peranan dalam kajian impak dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja. – Foto ihsan Kementerian Digital

KUALA LUMPUR: Kementerian Digital dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji impak teknologi terhadap pekerjaan dan mengenal pasti pekerjaan masa depan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO), yang dilancarkan Disember lepas, akan memainkan peranan dalam kajian tersebut dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja.

“Saya faham ada pihak yang bimbang tentang penggunaan teknologi dan bagaimana ia bakal memberikan kesan kepada pekerjaan. Saya ingin menegaskan bahawa aspek pekerjaan sangat penting kepada Kerajaan Madani,” kata beliau.

Tambeh beliau, kementeriannya mahu memastikan bahawa sambil negara menggunakan teknologi untuk meningkatkan perniagaan dan ekonomi, “kita perlu memastikan bahawa rakyat mempunyai pekerjaan.”

Kenyataan media dikeluarkan Kementerian Digital mengenai kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dalam mengkaji impak teknologi terhadap pekerjaan dan mengenal pasti pekerjaan masa depan.

Gobind berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lepas telah mengarahkan kementeriannya untuk meneliti pekerjaan yang akan terkesan oleh AI.

“NAIO akan, antaranya, meneliti perkara ini dan memberikan cadangan.

“Saya mahu memberi jaminan kepada semua bahawa walaupun kerajaan menitikberatkan teknologi, kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada landskap pekerjaan yang berubah bagi memastikan rakyat kekal dalam tenaga kerja.

“Jika ada beberapa sektor yang terkesan oleh teknologi digital nanti, kita sudah ada suatu penyelesaian untuk para pekerja dalam sektor tersebut,” katanya.

Katanya, berdasarkan Kajian Impak Kecerdasan Buatan, Digital dan Ekonomi Hijau Ke Atas Tenaga Kerja Malaysia oleh Talent Corp yang dikeluarkan kepada umum pada November 2024, kajian itu menunjukkan jenis-jenis teknologi yang akan berkembang pesat dalam masa lima tahun akan datang dan bagaimana teknologi itu bakal memberikan kesan kepada pekerjaan dan sektor terlibat.

Oleh itu kata beliau: “Kita perlu mengetahui sektor mana yang akan terkesan dan apa yang perlu diperkukuh. Bagi pekerja, siapa yang akan terjejas.”

“Kita harus membuat persediaan yang perlu bagi memastikan mereka mempunyai kemahiran bersesuaian,” kata beliau sambil menambah, “kita akan bantu meningkatkan kemahiran dan memberi pemahiran semula kepada mereka supaya mereka boleh terus berada dalam tenaga kerja.”

Dengan kemahiran baharu katanya, rakyat juga boleh meneroka sektor lain. Teknologi juga boleh mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

NAIO berfungsi sebagai pihak berkuasa pusat yang bertanggungjawab dalam memajukan agenda AI Malaysia.

]]>
3572
Laksana toleransi sifar tangani kemalangan secara holistik https://www.workerstimes.com/laksana-toleransi-sifar-tangani-kemalangan-secara-holistik/ Fri, 31 Jan 2025 15:43:18 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3567
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bekerja keras membantu mangsa kemalangan jalan raya di Kota Tinggi baru-baru ini. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi

Oleh Mohideen Abdul Kader

PANDANGAN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pengangkutan melaksanakan langkah keselamatan yang lebih cekap dan ketat  di seluruh negara bagi mengurangkan kemalangan jalan raya semasa sambutan Tahun Baharu Cina.

Baru-baru ini, terdapat peningkatan yang membimbangkan dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan berat. Pada 2024 sahaja, terdapat 825 kemalangan maut melibatkan kenderaan tersebut, dalam tempoh 10 bulan sahaja.

Adalah penting untuk mengakui bahawa kemalangan jalan raya dan kematian bukanlah kemalangan. Apabila kita merujuk kepadanya sebagai “kemalangan”, kita membayangkan bahawa ia tidak dapat dielakkan, yang mengekalkannya sebagai budaya penerimaan.

Pemikiran ini menunjukkan bahawa tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghalangnya.

Walau bagaimanapun, kemalangan jalan raya adalah akibat daripada dasar pengangkutan yang lemah, kenderaan yang rosak, kepincangan perancangan bandar, reka bentuk jalan, penguatkuasaan yang tidak mencukupi, dan juga, kekurangan kemahuan politik untuk menguatkuasakan langkah-langkah yang kukuh untuk membendung kemalangan.

Dalam banyak kes, seluruh keluarga hilang secara tragis, namun kebanyakan kita tetap bersikap acuh tak acuh, mengabaikan penderitaan orang lain.

Apakah yang telah dilakukan oleh pihak agensi dan penggubal dasar? Mereka menganggap isu ini terlalu ringan, membenarkan pembunuhan beramai-ramai berterusan tanpa kawalan.

Faktor-faktor seperti kelajuan, tabiat pemanduan yang buruk, sikap pemandu, jalan raya yang sesak, keadaan jalan yang tidak memuaskan, dan penguatkuasaan yang lemah semuanya menyumbang kepada bilangan kemalangan yang tinggi di Malaysia.

Walaupun keselamatan jalan raya adalah menjadi tanggungjawab semua orang, kerajaan mestilah mengambil langkah utama dalam menangani isu ini. Jelas sekali, pihak berkuasa telah mengambil masa terlalu lama untuk mengkaji, merancang, dan melaksanakan langkah-langkah yang perlu.

CAP menggesa penggubal dasar dan agensi untuk mengutamakan keselamatan jalan raya dan memberikan perhatian berat terhadap isu ini. Pengangkutan awam juga perlu digalakkan sebagai sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk mengurangkan penderitaan manusia dan mencegah tragedi selanjutnya.

Nota: Mohideen Abdul Kader ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

]]>
3567
Gaji minimum baharu RM1,700 kuat kuasa esok, MTUC dan UNI-MLC sambut baik https://www.workerstimes.com/gaji-minimum-baru-rm1700-kuat-kuasa-esok-mtuc-dan-uni-mlc-sambut-baik/ Fri, 31 Jan 2025 07:55:53 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3550
Skrin layar Kementerian Sumber Manusia mengenai pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,700 yang akan dikuatkuasakan mulai esok.

KUALA LUMPUR: Kadar gaji minimum yang baharu RM1,700, yang diumumkan pada Oktober lalu, akan dikuatkuasakan mulai esok.

Dua badan induk kesatuan sekerja menyambut kuat kuasa pelaksanaan kadar itu yang akan memanfaatkan lebih empat juta orang.

Ketika membentangkan Belanjawan 2025 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700, berkuat kuasa 1 Februari 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat pada Jumaat berkata, penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan bersetuju untuk menangguh kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan, iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Harapan UNI-MLC

Menerusi kenyataan media dikeluarkan hari ini, Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohd Shafie BP Mammal (foto) menyambut baik keputusan Kementerian Sumber Manusia, Malaysia mengenai pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2024 sebanyak RM1,700, yang akan memberi manafaat kepada 4.37 juta pekerja mulai esok.

Perkara ini telah ditetapkan kepada majikan yang mengajikan seramai 5 (lima) orang pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuatkuasa akan bermula pada 1 Ogos 2025.

Kata beliau, pihaknya uga bersetuju saranan Kementerian Sumber Manusia bahawa gaji minimum tidak sepatutnya dijadikan penanda aras gaji permulaan kepada semua pekerja khususnya siswazah dan para pekerja perlu diberi gaji setimpal berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka.

“UNI-MLC berharap tarikh kuat kuasa gaji minimum ini akan dapat dilaksanakan dengan cara yang terbaik yang akan memberi manafaat kepada pekerja-pekerja yang bergaji bawah daripada RM1,700.

“Seterusnya, UNI-MLC berharap agar gaji minimum ini dapat diselaraskan bukan sahaja di Semenanjung Malaysia malahan di Sabah dan Sarawak.

“UNI-MLC merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong di atas pelaksaan Perintah Gaji Minimum 2024,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, dengan pelaksanaan kadar gaji minimum yan Baharu ini, sekurang-kurangnya pekerja-pekerja akan dapat merancang kehidupan dan ekonomi keluarga.

Komen MTUC

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengalu-alukan pengumuman oleh Kementerian Sumber Manusia mengenai pelaksanaan perintah gaji minimum 2024.

Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani (foto) berkata, langkah itu merupakan satu perkembangan positif dalam memastikan kesejahteraan pekerja terjamin, terutama dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

“Peningkatan kadar gaji minimum ini juga sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkukuh kuasa beli pekerja dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan serta inklusif,” kata beliau.

Katanya, MTUC menyokong penuh komitmen Kementerian Sumber Manusia  dalam memastikan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pematuhan gaji minimum.

Semua majikan diwajibkan mematuhi kadar gaji minimum yang ditetapkan, dan kegagalan berbuat demikian merupakan satu kesalahan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Tambah beliau, MTUC juga mahu Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan semua majikan mematuhi kadar gaji minimum yang ditetapkan.

“Tanpa penguatkuasaan yang tegas, ramai pekerja berisiko tidak menikmati gaji minimum baharu ini, sekali gus melemahkan objektif dasar tersebut. Undang-undang tanpa penguatkuasaan hanya akan menjadi dokumen tanpa nilai, membuka ruang kepada majikan yang tidak bertanggungjawab untuk terus mengeksploitasi pekerja dengan membayar gaji di bawah kadar minimum.

“Oleh itu, MTUC menggesa JTK untuk mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang gagal mematuhi perintah ini bagi memastikan tiada pekerja yang terpinggir daripada hak mereka,” kata beliau.

Namun, menurut beliau, MTUC ingin menegaskan bahawa gaji minimum bukanlah kadar gaji yang sesuai untuk semua golongan pekerja, sebaliknya ia adalah jaringan keselamatan bagi mereka yang tidak mempunyai tahap pendidikan atau kemahiran khusus.

Oleh itu, katanya, kenaikan gaji minimum tidak boleh dianggap sebagai penetapan gaji yang wajar bagi mereka yang memiliki kelayakan akademik atau kemahiran teknikal.

Tambah beliau, MTUC menyeru kerajaan dan majikan supaya mengiktiraf tahap pendidikan dan kemahiran pekerja dengan menetapkan gaji bermaruah berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman.

Kata beliau, bagi mereka yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seharusnya mempunyai kadar gaji lebih tinggi daripada gaji minimum manakala Sijil Kemahiran dan Diploma pula perlu diberikan gaji yang lebih setimpal dengan kemahiran teknikal dan profesional.

Tambah beliau, pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Kejuruteraan wajar menerima gaji yang jauh lebih tinggi bagi mengiktiraf tahap kepakaran dan sumbangan kepada industri.

Jelas beliau, pekerja yang memiliki kelayakan akademik dan kemahiran tidak sepatutnya dikategorikan dalam kumpulan gaji minimum kerana ini akan merendahkan nilai pendidikan dan menjejaskan motivasi tenaga kerja muda untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Sehubungan itu, katanya, MTUC menggesa kerajaan untuk memperkenalkan dasar gaji bermaruah yang mengiktiraf tahap pendidikan dan kemahiran dalam penetapan struktur gaji.

“Majikan juga perlu memainkan peranan dalam menyediakan skala gaji yang adil dan kompetitif bagi memastikan pekerja diberi ganjaran sewajarnya mengikut kelayakan mereka.

“Sebagai badan induk yang memperjuangkan hak pekerja, MTUC komited untuk bekerjasama dengan kerajaan, majikan dan pihak berkepentingan dalam memastikan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum ini berjalan dengan lancar serta memberi manfaat kepada pekerja dan ekonomi negara,” kata Mohd Effendy.

Kenyataan Kementerian Sumber Manusia

Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan media dikeluarkan hari ini berkata, bagi majikan yang menggaji kurang daripada lima pekerja, tarikh kuat kuasa akan bermula pada 1 Ogos depan, bagi memastikan majikan diberi tempoh mencukupi untuk melakukan penyesuaian dalam struktur gaji dan operasi syarikat masing-masing.

Kata kementerian itu, kadar baharu gaji minimum akan memanfaatkan 4.37 juta pekerja selaras dengan agenda Ekonomi Madani yang menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta inklusif.

“Ia juga sejajar dengan komitmen kerajaan untuk ‘menaikkan lantai’ ekonomi negara dengan meningkatkan kuasa beli yang seterusnya dapat menambah baik kualiti hidup rakyat,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa semua majikan diwajibkan untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum itu dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.

Tambah kenyataan itu, kegagalan majikan untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum merupakan satu kesalahan dan boleh didenda sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Ia turut mengingatkan bahawa gaji minimum tidak sepatutnya dijadikan penanda aras gaji permulaan kepada semua pekerja khususnya siswazah dan para pekerja perlu diberi gaji setimpal berdasarkan kemahiran.

Kementerian berkata: “Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum ini merupakan satu daripada pendekatan besar Kementerian Sumber Manusia dalam meningkatkan pendapatan kaum pekerja, selain pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan usaha merancakkan latihan kemahiran sebagai kaedah meningkatkan keberhasilan dan gaji pekerja.”

“Dengan pelaksanaan yang berkesan, bukan sahaja pendekatan ini dapat meningkatkan kesejahteraan pekerja, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Justeru itu, Kementerian Sumber Manusia menyeru semua majikan, pekerja dan pihak berkepentingan industri untuk bekerjasama dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baharu tersebut.

]]>
3550
IEG Campus dan WEPS Malaysia perkenal Tekno Impak bagi lonjak transformasi AI, digital https://www.workerstimes.com/ieg-campus-dan-weps-malaysia-perkenal-tekno-impak-bagi-lonjak-transformasi-ai-digital/ Thu, 30 Jan 2025 15:10:14 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3543
Foto kenangan sempena majlis pelancaran Tekno Impak – pusat kecemerlangan termaju yang memberi tumpuan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI), data, teknologi digital dan keselamatan siber, di Kuala Lumpur baru-baru ini. – Foto ihsan IEG Campus

KUALA LUMPUR: IEG Campus dan WEPS Malaysia memperkenalkan Tekno Impak – pusat kecemerlangan termaju yang memberi tumpuan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI), data, teknologi digital dan keselamatan siber.

Digerakkan menerusi platform transformasi bakat Pembentuk Kerjaya HCLTech, Tekno Impak menandakan stu detik penting dalam kejayaan penyampaian pelan transformasi, yang telah dibentangkan oleh HCLTech kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Delhi awal tahun lalu.

Tekno Impak bersedia untuk menjadi penting dalam memajukan pelancaran AI Malaysia, khususnya dalam sektor awam, kata IEG Campus dalam satu kenyataan media.

“Inisiatif ini akan memacu tenaga kerja negara ke arah inovasi digital yang seterusnya, terutamanya dalam sektor kerajaan dan pendidikan,” kata kenyataan itu.

Malah katanya, inisiatif itu mencerminkan komitmen bersama antara Kampus IEG, WEPS dan HCLTech untuk memupuk kemahiran sedia masa depan, meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam transformasi teknologi.

Kerjasama ini bertujuan untuk memberikan pengalaman praktikal dengan makmal terkini dan kes penggunaan dunia sebenar yang disokong oleh platform bakat Career Shaper™ HCLTech.

Menurut kenyataan itu, Tekno Impak akan menawarkan pembelajaran mendalam yang diterajui oleh pengamal yang merapatkan jurang antara akademik dan industri sambil meningkatkan bakat tempatan bagi peluang kerjaya global.

“Kami berbangga untuk menyampaikan visi transformasi yang dikongsi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2024.

“Tekno Impak mewakili komitmen kolektif kami untuk memperkasakan bakat Malaysia, khususnya dalam sektor awam, dengan kemahiran lanjutan yang diperlukan untuk mempercepatkan adaptasi AI dan transformasi digital merentasi negara,” kata Naib Presiden Korporat dan Ketua EdTech HCLTech, Srimathi Shivashankar (foto).

Naib Presiden Korporat dan Ketua EdTech HCLTech, Srimathi Shivashankar menyampaikan ucapan majlis pelancaran. – Foto ihsan IEG Campus

Melalui kerjasama ini, kata beliau, IEG Campus dan WEPS akan memastikan tenaga kerja Malaysia bukan sahaja bersedia untuk masa depan pekerjaa,n tetapi juga dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk
menerajui ekonomi digital di peringkat serantau dan global.

Dengan memanfaatkan teknologi canggih seperti AI, analitik data, inovasi digital dan keselamatan siber, Tekno Impak akan merapatkan jurang kemahiran semasa, memupuk tenaga kerja yang tangkas, boleh menyesuaikan diri dan bersedia untuk masa hadapan, tambah kenyataan itu.

Inisiatif ini, katanya, akan memperkasakan individu merentasi pelbagai sektor, terutamanya dalam kerajaan dan Pendidikan untuk berkembang maju dalam dunia yang semakin dipacu teknologi.

Di samping itu, tambah kenyataan itu, program ini akan memberi tumpuan kepada menyediakan individu dengan pengalaman praktikal, praktikal dan pengetahuan khusus industri yang diperlukan untuk terus mendahului trend transformasi digital global.

Ia menambah, dengan menyelaraskan piawaian antarabangsa dan amalan terbaik, Tekno Impak akan memastikan bahawa profesional Malaysia bukan sahaja memenuhi, tetapi melebihi permintaan pasaran global, membantu meletakkan Malaysia sebagai hab terkemuka bagi kepimpinan teknologi di Asia Tenggara dan seterusnya.

Kerjasama ini, katanya, juga bertujuan untuk menggalakkan inovasi, menyokong penciptaan pekerjaan, dan memacu pertumbuhan ekonomi dengan membangunkan kumpulan bakat berkemahiran tinggi yang boleh menerajui agenda digital Malaysia dan bersaing dalam ekonomi global.

]]>
3543
MCW mahu dasar isytihar harta anggota pentadbiran segera dikuat kuasa https://www.workerstimes.com/mcw-mahu-dasar-isytihar-harta-anggota-pentadbiran-disegerakan/ Thu, 30 Jan 2025 11:02:01 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3536
Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa kerajaan untuk segera melaksanakan pengisytiharan harta bagi semua anggota pentadbiran – termasuk menteri, timbalan menteri, dan setiausaha politik, tanpa sebarang kelewatan tambahan.

Oleh Jais Abdul Karim

PANDANGAN:  Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa kerajaan untuk segera melaksanakan pengisytiharan harta bagi semua anggota pentadbiran – termasuk menteri, timbalan menteri, dan setiausaha politik, tanpa sebarang kelewatan tambahan.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) pada 6 Julai 2023 sudah hampir setahun berlalu, namun sehingga kini pelaksanaannya masih belum dimuktamadkan. 

MCW memandang serius kelewatan ini kerana ia memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam memastikan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran. Pengisytiharan harta adalah langkah asas dalam memastikan akauntabiliti pemimpin serta mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan pengumpulan kekayaan yang mencurigakan. 

MCW turut menekankan bahawa format baharu pengisytiharan harta yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) pada 8 Januari 2024 perlu segera dimuktamadkan dan dikuatkuasakan tanpa alasan.

Kerajaan tidak boleh terus berdolak-dalik kerana keengganan melaksanakan langkah ini hanya akan menimbulkan keraguan rakyat terhadap komitmen kerajaan dalam membanteras rasuah. 

 Dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah, ketelusan dalam kepimpinan adalah langkah paling utama. Jika kerajaan benar-benar komited dengan agenda reformasi dan tatakelola baik, maka tiada sebab untuk melengahkan pelaksanaan pengisytiharan harta ini. 

MCW menyeru kerajaan untuk menetapkan garis masa yang jelas bagi pelaksanaan pengisytiharan harta ini serta memastikan ia merangkumi butiran lengkap dan boleh diakses untuk semakan badan berkaitan seperti SPRM dan masyarakat sivil. 

Sebagai tanda keseriusan, MCW akan menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri dan semua Menteri bagi menyatakan kebimbangan terhadap kelewatan ini dan mendesak agar ia segera dimaktubkan serta dilaksanakan tanpa sebarang kompromi. 

Jais Abdul Karim ialah Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia

]]>
3536