KERJAYA – Workers Times https://www.workerstimes.com All About Workers Sun, 20 Oct 2024 10:48:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.7.1 197127691 200 kumpulan B40 sertai seminar SPM 2024 anjuran SiTA https://www.workerstimes.com/200-kumpulan-b40-sertai-eminar-spm-2024-anjuran-sita/ Sun, 20 Oct 2024 10:46:34 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3462
Seramai 220 orang pelajar menyertai Seminar SPM 2024 anjuran Persatuan Sosial i-Tenaga, semalam.

SERDANG: Seramai 220 orang pelajar menyertai Seminar SPM 2024 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di sini sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Fokus utama seminar ini tertumpu kepada empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

Presiden Persatuan Sosial i-Tenaga, G. Siva Dass berkata, dengan menampilkan pakar tenaga pengajar bagi setiap mata pelajaran terpilih, seminar yang dianjurkan oleh pihaknya dengan kerjasama UNITEN dan UNITEN Research, ini mampu memberi panduan dan bimbingan khusus kepada para pelajar yang menyertainya.

“Ini merupakan seminar SPM kelapan dianjurkan oleh SiTA bagi golongan B40 yang tinggal di sekitar Lembah Klang,” kata beliau.

Keahlian SiTA terdiri daripada pekerja-pekerja TNB kalangan kaum India dan focus utama SiTA adalah kepada pendidikan, ekonomi dan sosial masyarakat yang kurang berkemampuan.

Selain seminar persediaan peperiksaan SPM, kata beliau, pendedahan dan panduan untuk melanjutkan pengajian peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IP)T juga disediakan oleh UNITEN, sebagai salah satu platform untuk mencerdikkan anak Malaysia. 

]]>
3462
DHS Hospitality Academy perkenal Program Kerjaya Perpaduan Hospitaliti lahir skil industri hospitaliti https://www.workerstimes.com/dhs-hospitality-academy-perkenal-program-kerjaya-perpaduan-hospitaliti-lahir-skil-industri-hospitaliti/ Fri, 18 Oct 2024 08:08:03 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3434
Timbalan Menteri Perpaduan, Senator Saraswathy Kandasami menerima sijil Program Kerjaya Perpaduan Hospitaliti yang disampaikan oleh Pengasas DHS Hospitality Academy Sdn Bhd, Dr S. Sri Kumar selepas melancarkan Program Kerjaya Perpaduan Hospitaliti di Institut Kemercelangan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), semalam. – Foto Workers Times

SHAH ALAM: DHS Hospitality Academy Sdn Bhd melancarkan Program Kerjaya Perpaduan Hospitaliti, inisiatif yang direka untuk memperkasakan individu daripada pelbagai latar belakang dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan dalam industri hospitaliti.

Ia dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perpaduan, Senator Saraswathy Kandasami di Institut Kemercelangan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), semalam.

“Program ini adalah percuma, memastikan semua peserta mempunyai akses kepada sumber-sumber penting ini. Pelajar hanya membayar yuran pendaftaran,” kata DHS Hospitality Academy dalam kenyataan dikeluarkan sempena majlis tersebut.

DHS Hospitality Academy berkata, Program Kerjaya Perpaduan Hospitaliti diperkenalkan untuk menangani jurang bakat dalam sektor hospitaliti dengan menyediakan penajaan penuh dan latihan komprehensif, bimbingan, dan peluang penempatan pekerjaan untuk komuniti yang kurang diwakili.

“Peserta akan memperoleh pandangan berharga dan pengalaman praktikal melalui bengkel, sesi penceramah tetamu dan latihan dengan jenama hospitaliti terkemuka,” kata kenyataan itu.

Program itu mempunyai empat ciri utama, termasuklah peserta akan melibatkan diri dalam kurikulum yang mantap merangkumi kemahiran penting seperti perkhidmatan pelanggan, keselamatan makanan, perancangan acara dan banyak lagi.

Selain itu, setiap peserta akan digandingkan dengan profesional industri yang akan membimbing mereka sepanjang program, menawarkan nasihat dan sokongan yang tidak ternilai.

Tambah kenyataan itu, program tersebut membolehkan pasukan penempatan kerja yang berdedikasi untuk membantu peserta mendapatkan pekerjaan dalam sektor perhotelan setelah selesai, dan acara rangkaian akan menghubungkan peserta dengan pemimpin industri, memupuk hubungan yang boleh membawa kepada peluang kerjaya masa depan.

“Kami percaya bahawa kepelbagaian adalah kekuatan dalam industri hospitaliti, dan program ini merupakan peluang untuk merapatkan jurang dan mewujudkan tenaga kerja yang lebih inklusif.

“Kami teruja untuk memperkasakan generasi peneraju hospitaliti seterusnya,” kata Pengasas DHS Hospitality Academy, Dr S. Sri Kumar.

Turut hadir Pengerusi DHS Hospitality Academy, Hawa Ros dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Dr Sanmie Lock serta Pengarah Institut Kemercelangan Perniagaan UiTM, Prof Madya Dr Wan Edura.

Program Kerjaya Perpaduan Hospitaliti dikategorikan kepada tiga segmen iaitu bagi individu yang telah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan tiga kepujian dan ditaja ke dalam Program Diploma.

Segmen lain adalah untuk individu yang telah menamatkan Diploma, A Level atau Asasi dan menjalani program Ijazah Sarjana Muda tajaan dan bagi individu yang tercicir dari sekolah dan menjalani latihan selama 12 bulan di hotel empat hingga lima bintang di Malaysia.

Menurut Sri Kumar, semasa program dan penempatan, para peserta dibekalkan dengan penginapan, makan masa bertugas, diberikan elaun bulanan dan yuran program yang ditaja sepenuhnya oleh Persatuan Hospitaliti Malaysia.

Permohonan untuk program ini kini dibuka, dan mereka yang berminat boleh memohon melalui DHS Hospitality Academy.

“Sertai kami dalam meraikan pelancaran Program Kerjaya Perpaduan Hospitaliti dan komitmen kami untuk membina industri hospitaliti yang lebih saksama dan pelbagai,” kata Sri Kumar lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cradle-edu.my atau hubungi Dr S. Sri Kumar menerusi talian 019-2757976.

Timbalan Menteri Perpaduan, Senator Saraswathy Kandasami melancarkan Program Kerjaya Perpaduan Hospitaliti di Institut Kemercelangan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), semalam. – Foto Workers Times

]]>
3434
UNI-MLC sambut baik RUU Akta Ordinan Buruh Sabah, harap kuat kuasa disegerakan https://www.workerstimes.com/uni-mlc-sambut-baik-ruu-ordinan-buruh-sabah-harap-kuat-kuasa-disegerakan/ Wed, 17 Jul 2024 18:19:27 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3347
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim bersama pemimpin-pemimpin UNI-MLC selepas pembentangan Rang Undang-undang Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam. – Foto ihsan UNI-MLC

Oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal

PANDANGAN: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyambut baik pembentangan Rang Undang-undang Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024, bacaan kali pertama, di Dewan Rakyat semalam.

UNI-MLC melihat langkah Menteri Sumber Manusia, Steven Sim membawa RUU ini ke Parlimen merupakan satu perkembangan yang amat membina, signifikan dan progresif dalam memartabatkan pekerja-pekerja di Sabah.

Banyak perkara yang boleh menambah baik hak dan kepentingan pekerja-pekerja di Sabah telah digariskan Rang Undang-undang Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024. Antaranya, liputan pemakaian akta ini ke atas pekerja bergaji RM2,500 ke bawah kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji atau jenis pekerjaan, tempoh cuti bersalin telah dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari, pengenalan cuti paterniti selama tujuh hari dan waktu bekerja 45 jam seminggu dan peruntukan baharu berkaitan kerja anjal atau fleksibel. Perkara-perkara itu juga selari dengan pindaan Akta Kerja 1955, yang telah dikuatkuasakan sejak awal tahun lalu.

Sebenarnya pindaan ini telah lama ditunggu dan telah lama dituntut oleh UNI-MLC.

Malah, keperluan ini telah dimasukkan dalam Perutusan Hari Pekerja UNI-MLC baru-baru ini. UNI-MLC yang dianggotai oleh lebih 100 kesatuan sekerja dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak senantiasa berpegang pada pendirian bahawa setiap pekerja, tidak kira gender, kawasan dan wilayah, wajar dan harus menikmati liputan yang sama rata dan saksama setiap masa dan sepanjang masa.

Justeru itu, UNI-MLC melihat kita telah memasuki era baharu yang boleh menyumbang ke arah mmemanfaatkan pekerja-pekerja di Sabah, dan membawa liputan yang sama rata sebagaimana dinikmati oleh pekerja-pekerja di Semenanjung Malaysia.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan, penguatkuasaan pindaan Akta Ordinan Buruh Sabah sudah pasti akan menggembirakan semua pihak terutama para pekerja.

UNI-MLC berharap peruntukan baharu ini akan dikuatkuasakan dengan segera supaya manfaat yang disasarkan dapat dicapai.

UNI-MLC mengucapkan penghargaan dan syabas kepada Menteri Sumber Manusia dan Kementerian Sumber Manusia kerana telah menggerak dan mempercepatkan pindaan yang sangat diharapkan.

Antara peruntukan terbaharu dimasukkan ke dalam RUU Akta Ordinan Buruh Sabah (2024). – Infografik ihsan Kementerian Sumber Manusia

Nota: Datuk Mohamed Shafie BP Mammal ialah Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)

]]>
3347
DHS Singapore F&B Operations Training Course: First graduation ceremony after pandemic https://www.workerstimes.com/dhs-singapore-fb-operations-training-course-first-graduation-ceremony-after-pandemic/ Thu, 02 May 2024 08:27:46 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3167
DHS Singapore F&B Operations Training Course has successfully concluded its first graduation ceremony after the pandemic, with 10 graduates receiving their certificates.

KUALA LUMPUR: DHS Singapore F&B Operations Training Course has successfully concluded its first graduation ceremony after the pandemic, with 10 graduates receiving their certificates.

The ceremony also saw the launch of the DHS Hospitality Academy Alumni Association and the announcement of a partnership with The Truth Media to sponsor 50% of the tuition fees for 240 Malaysian students.

The training course is designed for Malaysian Chinese youths aged 18 to 45 with no educational background requirements, said media statement issued here recently.

Upon completion of the 6-month program, participants will receive certificates issued by Malaysian government universities and Singapore training institutions, and will be able to find ideal job opportunities in Singapore.

Founder of DHS and President of the Malaysian Service Etiquette Association, Dr S Sri Kumar expressed his relief that the Singapore F&B Operations Training Course, which was relaunched last year, has finally welcomed its first batch of 10 graduates.

Executive Director of Sg Quest, Richard Hu said that the graduates present at the ceremony are a testament to the success of the program.

He shared that the opportunity is the key to success, but personal grasp is also very important.

“Learning is not just a process, but a lifelong journey. We must continue to learn to better equip ourselves,” he said.

Advisor of UPM Education and Training Unit, Dr Kamil highly commended the launch of the Singapore F&B Operations Training Course.

He said that the training program is a very good one, not only providing a way out for Malaysian students, but also providing society with skilled talents.

CEO of DHS, Sanmie Lock revealed that the course is a partially subsidized course with low profit margins, so it is not possible to hold graduation ceremonies at star hotels like other private universities.

“Rather than a graduation ceremony, it is actually just a certificate handover ceremony. It is a very solemn occasion to be able to hold such a ceremony on the campus of UPM today, even though only 4 graduates are attending.”

Despite the small number of graduates in the first batch after the pandemic, DHS has decided to establish an alumni association.

The main purpose of the alumni association is to help Malaysian youths have a place to rely on when they go to Singapore.

The graduation ceremony was attended by guests including Dr S Sri Kumar, Sanmie Lock, National Education Consultant of DHS, Jane Tan and Kamil.

General Manager of Perak Human Capital Development Center, Dr Jagdev Singh Grewal; Executive Director of Sg Quest, Richard Hu; Manager of Student Affairs Department of Sg Quest, Yana; Deputy Chairperson of MCA Federal Territory Group and Chairperson of MCA Kuala Lumpur Tun Razak Women’s Group, Jamelia Looi; Chairperson of MCA Kluang District Council, Gan Lee Chiu; President of Malaysian Funeral Association, Kong Tian Hao; Chairperson of Pertubuhan Pendidikan Sayangi Kluang, Lew Lee Foon; Chairperson of SMJK Naam Kheung Primary School Alumni Association; Pon Chee Heng, and Founder and Editor-in-Chief of The Truth Media, Lim Hooi Xia also attended the event.

For those interested in applying for and learning more about the Singapore F&B Operations Training Course, can contact The Truth Media via Whatsaap 016-3062230 for details.

]]>
3167
Dr Ammar kata ada proses untuk ambil tindakan, menteri tegas bukan dia seorang buat keputusan https://www.workerstimes.com/ammar-kata-ada-proses-ambil-tindakan-menteri-tegas-bukan-dia-seorang-buat-keputusan/ Sun, 25 Feb 2024 06:20:53 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2994
Datuk Dr Ammar Abd Ghapar (kiri) yang ditamatkan jawatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia menegaskan terdapat proses yang boleh digunakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing (kanan), bukannya “suka-suka sahaja.”

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Ammar Abd Ghapar yang ditamatkan jawatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia menegaskan terdapat proses yang boleh digunakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, bukannya “suka-suka sahaja.”

“Kalau prestasi saya menurun, (sepatutnya) ada proses untuk turunkan pangkat atau tamatkan perkhidmatan saya”, kata beliau.

Dipetik Malaysia Gazette, beliau berkata, sepatutnya ada proses yang boleh digunakan untuk King Sing untuk mengambil tindakan terhadapnya sekiranya dakwaan tersebut benar.

“Ada proses bukan suka-suka sahaja ambil tindakan. Ini (Lembaga) agensi kerajaan bukan syarikat sendirian berhad, syarikat pun sepatutnya ada peraturan,” kata beliau.

Dalam temu bual dengan Malaysia Gazette, King Sing berkata, Ammar wajar belajar menerima kelemahan diri daripada berterusan menuding jari kepada pihak lain.

Kata beliau, akwaan kononnya penurunan pangkat Ammar tidak mengikut proses itu tidak benar sama sekali.

King Sing berkata, notis penamatan itu bukan seperti digambarkan oleh Ammar kononnya tidak mengikut peraturan kerajaan dan seperti syarikat sendirian berhad.

“Saya tidak faham, mula-mula untuk tarik simpati anda (Dr Ammar), anda kata telah dipecat kemudian apabila saya dedah kepada media hari ini itu bukan pemecatan, sebaliknya turun pangkat kerana prestasi kerja tidak memuaskan kini kata proses itu tidak ikut proses,” kata beliau.

King Sing berkata: “Sebenarnya saya tidak mahu cakap banyak atau panjangkan isu. Namun perkara ini masih terus dimainkan, malah saya difahamkan Ammar sendiri mendakwa ada proses untuk turunkan pangkat atau tamatkan perkhidmatan beliau.”

“Kita telah ikut proses, bukan saya seorang buat keputusan. Kita telah minta KSU (Ketua Setiausaha kementerian) bercakap, nasihat dan beri amaran disusuli dengan surat. Kemudian timbalan menteri juga ada panggil nasihat, beri pandangan tapi anda (Ammar) sangat ‘degil’ tidak mahu ikut apa-apa arahan.

“Tidak benar sama sekali ia tidak ikut proses dan buat sesuka hati malah kita ikut undang-undang selaras dengan peruntukan Sesyen 47 Akta Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388),” kata beliau.

Semalam, menteri itu berkata, Ammar diturunkan pangkat kerana gagal mencapai prestasi kerja yang ditetapkan.

Kata King Sing, banyak peluang telah diberikan kepada Ammar memandangkan beliau mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dalam pelancongan.

Menurutnya, Ammar tidak dipecat atau ditamatkan perkhidmatan seperti yang didakwa sebaliknya hanya diturunkan pangkat.

“Saya bimbang saya sudah beri banyak kali peluang dan nasihat, bukan sahaja saya, termasuk timbalan saya sendiri. Apa sepatutnya buat yang terbaik untuk negara kita kepada pelancong-pelancong.

“Tetapi saya tak tahu (sama ada) beliau tidak ada idea atau beliau tidak tahu macam mana hendak buat. Bila beliau tidak boleh ‘perform’ (menunjukkan prestasi), saya mesti tukar,” katanya.

]]>
2994
CUEPACS ‘amat terkesan’ dengan penamatan KP Lembaga Pelancongan https://www.workerstimes.com/cuepacs-amat-terkesan-dengan-penamatan-kp-lembaga-pelancongan/ Sat, 24 Feb 2024 10:55:00 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2979
CUEPACS amat terkesan dengan isu-isu yang berlaku pada masa kini dan berharap tampuk kepimpinan negara dapat mengimbangi keadaan ini supaya tidak menjadi barah kepada penjawat awam.

KUALA LUMPUR: Sebagai sebuah organisasi yang mewakili penjawat awam, CUEPACS amat terkesan dengan isu-isu yang berlaku pada masa kini dan berharap tampuk kepimpinan negara dapat mengimbangi keadaan ini supaya tidak menjadi barah kepada penjawat awam.

Mengulas isu penamatan jawatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM), Datuk Dr Ammar Abd Ghapar, Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat berkata, kongres itu merasakan perlu ada pihak ketiga yang menjadi penasihat dalam memastikan situasi yang adil lagi saksama dapat dipraktikkan pada masa hadapan sebelum sesuatu keputusan dilaksanakan.

Katanya, jika pengguna boleh pergi ke bahagian tribunal pengguna untuk menyelesaikan permasalahan mereka maka bagi penjawat awam juga ada baiknya jawatankuasa yang bersifat sebagai pihak ketiga diwujudkan.

“Ia sekali gus dapat menangkis tanggapan yang kurang baik terhadap imej perkhidmatan awam dan kerajaan secara keseluruhannya,” katanya.

Katanya, tambahan pula pendekatan yang diutarakan oleh tonggak utama dalam perkhidmatan awam negara seperti Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) baru-baru ini melalui pelaksanaan sistem penilaian DEEP dan HEMAT telah meletakkan penjawat awam agar lebih ke hadapan dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan sentiasa berada pada landasan dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang betul dan seiring dengan dasar pemerintahan semasa negara.

Katanya, negara pernah berada dalam sistem pentadbiran yang mana hanya penjawat awam yang terus mentadbir, tiada anggota pentadbiran di dalamnya tetapi penjawat awam adalah benteng negara pada ketika itu bagi memastikan negara berada dalam keadaan stabil dan terus produktif.

“Jangan habis madu sepah dibuang. Kebijaksanaan dan musyawarah adalah pendekatan terbaik bagi kedua belah pihak dan gunakan sebaiknya agar kebersamaan dan persekitaran yang harmoni dapat kita capai untuk bersama-sama membina sebuah negara bangsa yang hebat dan disegani di dunia,” kata beliau menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.

Adnan menambah, CUEPACS menuntut penjelasan daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berhubung isu penamatan perkhidmatan Ammar.

Kata beliau, notis penamatan yang dikeluarkan pada Khamis lalu dan berkuat kuasa hari ini dilihat amat singkat dan mengejutkan.

Menurut beliau, perkara ini boleh menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pihak berkepentingan terutama penggiat industri tempatan.

Malah kata beliau, walaupun kuasa melantik Ammar itu adalah di bawah bidang kuasa Menteri, namun tindakan seperti itu dilihat boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di antara anggota pentadbiran dan penjawat awam.

“Suasana keharmonian dan kebersamaan ini perlu dijaga apatah lagi dengan usaha untuk mencapai sasaran ketibaan 27.3 juta pelancong luar pada tahun ini memerlukan kerja berpasukan,” katanya lagi.

Adnan berkata, kebersamaan antara anggota pentadbiran dan penjawat awam wajar diharmonikan dengan suasana semak dan imbang, agar sistem pentadbiran kerajaan dapat mencapai matlamat dan memberi manfaat kepada negara serta rakyat.

Menurutnya, keharmonian tidak wujud sekiranya isu kebersamaan ini sering kali dipertingkahkan oleh kedua-dua pihak.

Katanya, anggota pentadbiran datang dan silih berganti yang tinggal adalah penjawat awam, maka pengalaman penjawat awam dan idealisme atau pendekatan yang hendak dibawa oleh anggota pentadbiran yang silih berganti perlu digabungkan dengan sebaik mungkin.

“Ia bagi menghasilkan mutu dan kualiti perkhidmatan yang terbaik bagi sesebuah organisasi dalam memberikan khidmat bakti kepada negara,” katanya.

Adnan juga berkata, keadaan yang wujud seperti yang dihadapi oleh isu penamatan Ketua Pengarah LPPM ini dapat dielakkan jika kedua-dua pihak mengambil pendekatan yang berhikmah bagi mencapai solusi yang terbaik.

Menurutnya, ini kerana akan memberikan gambaran atau persepsi yang kurang baik kepada kerajaan seolah-olah tiada kebersamaan dalam sistem pentadbiran kerajaan bagi sesebuah kementerian, jabatan atau agensi.

“Kita memahami, sebagai seorang menteri, beliau mempunyai kuasa tetapi adakah tindakan penamatan itu dilihat jalan yang terbaik dalam merungkai isu yang dihadapi, apatah lagi beliau sering kali kelihatan sebagai seorang figura yang kerap terpalit dengan isu-isu yang berkisar tentang pelanggaran kepada peraturan-peraturan yang terdapat dalam sistem pentadbiran kerajaan semasa.

“Sebagai sebuah Kerajaan Madani yang mempertahankan prinsip dan nilai yang baik seperti ihsan dan kebersamaan, wajar kita menunjukkan contoh yang baik agar pemikiran rakyat tidak celaru dengan tingkah laku yang tidak enak untuk mereka tatapi,” katanya.

Adnan menambah, sekiranya perkara ini benar berlaku terdapat pihak yang boleh dirujuk sebelum kuasa pemutus digunakan.

]]>
2979
Kesatuan: Penamatan KP Pelancongan Dr Ammar ‘perkara amat serius’, perlu ada Tribunal Penjawat Awam https://www.workerstimes.com/kesatuan-penamatan-kp-pelancongan-dr-ammar-perkara-amat-serius-perlu-ada-tribunal-penjawat-awam/ Sat, 24 Feb 2024 02:48:48 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2961
Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (KPPLPPM) menyifatkan tindakan pemecatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar, didakwa ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa Isnin ini, sebagai satu “perkara serius”.

KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (KPPLPPM) menyifatkan tindakan pemecatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar, didakwa ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa Isnin ini, sebagai satu “perkara serius”.

Presidennya, Alwi Shakir Abdullah berkata, pihaknya amat terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara tersebut yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Berpegang pada prinsip tatakelola yang baik serta kebajikan seseorang yang berstatus pekerja, KPPLPPM berpandangan isu ini merupakan satu perkara yang serius terhadap penjawat awam…,” kata beliau.

Alwi menambah, perkara itu amat serius kerana berdasarkan tarikh surat dikeluarkan serta tarikh kuat kuasa surat iaitu lima hari adalah amat singkat, sekali gus mengundang imej dan persepsi yang tidak baik terhadap mana-mana pihak yang menghadapi situasi yang sama.

“Bagi perkara ini, KPPLPPM mengambil pendirian bahawa perlu ada satu tempoh masa yang lebih adil diberikan agar keharmonian dikekalkan bukan sahaja di dalam agensi malahan dalam kalangan penggiat industri,” kata beliau yang juga Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Malah menurut beliau, perkara itu jelas menimbulkan kegusaran sebagaimana kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen dan juga penggiat industri yang akhirnya boleh memberi kesan kepada pekerja-pekerja di sektor perhotelan dan pelancongan yang meliputi hampir tiga juta pekerja.

“Persoalan yang diutarakan oleh pihak industri selaku pemegang taruh wajar diberi penjelasan,” kata beliau lagi.

Beliau menambah, KPPLPPM berpandangan bahawa satu pekeliling atau arahan berkenaan pertukaran, peminjaman atau penamatan tanpa sebab munasabah seperti ini perlu diwujudkan klausa berkenaan tempoh masa notis sekurang-kurangnya sebulan atau lebih bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang sekali gus dapat menepis persepsi negatif terhadap penjawat awam secara amnya.

“KPPLPPM juga berpendapat bahawa Tribunal Penjawat Awam juga perlu diwujudkan kembali agar terdapat platfom yang dapat digunakan untuk representasi diri jikalau merasakan penganiayaan telah berlaku terhadap mereka.

“KPPLPPM bersedia untuk bertemu Menteri (Pelancongan dan Seni Budaya) dalam masa terdekat bagi mendapatkan pencerahan dari beliau sendiri berhubung perkara ini,” kata beliau lagi.

Laporan media semalam menyebut bahawa Ammar didakwa ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa Isnin ini.

Difahamkan, ia berikutan beliau didakwa ‘tidak sehaluan’ dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Penamatan itu, berdasarkan surat tular di media sosial bertarikh 22 Februari yang memaklumkan berhubung perkara berkenaan.

Menurut kenyataan surat berkenaan, penamatan perkhidmatan Ammar selaras dengan peruntukan undang-undang.

“Selaras dengan peruntukan subseksyen 10 (1) Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481) yang dibaca bersama dengan peruntukan Seksyen 47 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388).

“Saya selaku Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang bertanggungjawab ke atas Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dengan ini memutuskan pelantikan YBhg Dato’ Dr sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan adalah ditamatkan berkuat kuasa pada 26 Februari 2024,” menurut kenyataan surat yang tular itu.

]]>
2961
PDRM tukar 45 pegawai kanan, termasuk naik pangkat https://www.workerstimes.com/pdrm-tukar-44-pegawai-kanan-termasuk-naik-pangkat/ Thu, 22 Feb 2024 12:05:38 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2942
Sedutan kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai pertukaran pegawai-pegawai kanan, antara lain ekoran proses kenaikan pangkat.

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman yang baharu.

Mohd Kamarudin menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia pada 31 Januari lalu.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini, yang turut membabitkan pertukaran jawatan seramai 43 pegawai kanan yang lain.

Pelantikan Mohd Kamarudin dan kesemua pertukaran lain kali ini berkuat kuasa mulai 25 Mac ini.

Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Alzafny Ahmad berkata, kekosongan jawatan Pengarah JSJN Bukit Aman akan diisi oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.

Pertukaran lain membabitkan Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa pula dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Beliau akan menggantikan Datuk Allaudeen Abdul Majid akan bersara pada 1 April ini.

Dalam kenyataannya, Alzafny juga berkata, pertukaran kali ini turut membabitkan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan, JSJ Bukit Aman.

Alzafny mengumumkan bahawa Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, Senior Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Menurut Alzafny, Ketua Cawangan Khas Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Hairuddin Che Hamid ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Sementara itu, Ketua Cawangan Khas Selangor, Senior Asisten Komisioner Hairuddin Che Hamid akan menyandang jawatan Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman.

Penolong Pengarah Siasatan Inteligen & Analisis/Tatacara Perundangan E6, Cawangan Khas Bukit Aman, YBrs Senior Asisten Komisioner Mohd Zahari Sidik dinaikkan pangkat sebagai Senior Asisten Komisioner.

Ketua Penolong Pengarah (D11) Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan dinaikkan pangkat sebagai Senior Asisten Komisioner dengan memegang jawatan sama.

Lain-lain pertukaran termasuklah:

  • Senior Asisten Komisioner Institut Keselamatan Awam (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri, Ab Rahaman Arsad (Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner)
  • Ketua Cawangan Khas Kelantan, Senior Asisten Komisioner Salim Youb (Ketua Cawangan Khas, Selangor)
  • Juruiring Polis Kepada Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir (Ketua Staf Pasukan Khas ESSCOM dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
  • Pegawai Turus E3D, Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Ahmad Norisham Maarus (Ketua Cawangan Khas Kelantan dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
  • Pegawai Turus E1A2, Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Jeffrei Ahmad (Penolong Pengarah E1C, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
  • Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (Operasi/Risik), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Fauzilan Abdul Aziz (Ketua Penolong Pengarah (Krisis dan Bencana) Bahagian Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
  • Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling), Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Zakarim Abdullah @ Zakaria (Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Bahagian Integriti, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
  • Pensyarah Universiti Gred DS53, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Asisten Komisoner Ahmad Asmadi Abd Hashim @ Muhammat Salim (Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
  • Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman (Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
  • Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Terengganu, Asisten Komisioner Noor Halim Nordin (Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner)
  • Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Johor, Asisten Komisioner Mohd Zamri Mohd Rowi (Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan)
  • Superintenden Pengajian Penyelarasan dan Hubungan Antarabangsa, Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Superintenden Markandan Subramaniam (Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Kedah dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Terengganu, Superintenden Azhari Zakaria (Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Johor dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Selangor, Md Noor Aehawan Mohamad (Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Selangor, Superintenden Mohd Khairi Shafie (Ketua Polis Daerah Tumpat, Kelantan dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Selangor, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar (Ketua Jabatan Pengurusan Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Penolong Pengarah (Perkhidmatan/Sumber Manusia) Cawangan Perkhidmatan/Sumber Manusia, Bahagian Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Superintenden Harlina Masnan (Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Am (Perkhidmatan/Sumber Manusia), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman dengan memangkau pangkat Asisten Kominsioner)
  • Penolong Pengarah Narkotik, Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Superintenden Mohamed Salim Gulam Muhammad (Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Bahagian Integriti, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Ketua Unit Kajian/Advokasi/Koordinasi (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Superintenden Wong Pooi Lin (Penolong Pengarah (D11) Siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Pegawai Turus E2, Cawangan Khas, Kedah, Superintenden Mashita Ismail (Pegawai Turus E3D, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Pegawai Turus E7C, Cawangan Khas, Bukit Aman, Superintenden Raja Farul Izwan Raja Ismail (Asisten Komisioner Polis SLO Jakarta, Indonesia dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Saman), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman, Superintenden Fauzi Osman (Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Pegawai Turus E1, Cawangan Khas, Pahang, Superintenden Jalalludin Othman (Pegawai Turus E1A2, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Pegawai Turus E9B, Cawangan Khas, Bukit Aman, Superintenden Azam Aidid Abd Rahman (Pegawai Turus E4C, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Superintenden E4A1, Cawangan Khas, Bukit Aman, Superintenden Azman Abdul Khan (Asisten Komisioner Polis SLO Canberra, Australia dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Komandan PULAPOL Kota Kinabalu, Sabah, Superintenden Ahmad Sahrin Hussain (Ketua Jabatan Pengurusan, Kedah dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Ketua Polis Daerah Lipis, Pahang, Superintenden Azli Mohd Noor (Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Selangor, Superintenden Mohd Noor Firdauz Abdullah (Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik), Johor dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Ketua Polis Daerah Padawan, Sarawak, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad (Ketua Polis Daerah Ipoh, Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Sabah, Superintenden Dzulbaharin Haji Ismail (Ketua Polis Daerah Lahad Datu dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Pegawai Agensi Penguatkuasaan (2) (Bahagian Perisikan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Superintenden Ruzaime Ramli (dilantik sebagai Asisten Komisioner Polis SLO Singapura dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
  • Pegawai Turus E8D, Cawangan Khas, Bukit Aman, Superintenden G/11262 Tan Lee Jeng (Asisten Komisioner Koordinasi dan Operasi E8, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner)
]]>
2942
Graduan TVET diminta daftar dengan Lembaga Teknologis Malaysia bagi tingkat profesionalisme https://www.workerstimes.com/graduan-tvet-diminta-daftar-dengan-lembaga-teknologis-malaysia-bagi-tingkat-profesionalisme/ Fri, 16 Feb 2024 05:02:55 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2906
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) pada 23 Januari lalu. – Foto Ihsan Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) bersetuju agar para graduan progran TVET supaya berdaftar dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat MTVET yang berlangsung pada 23 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, MBOT berkata, langkah tersebut bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme, sekali gus meningkatkan produktiviti industri melalui pembangunan kapasiti dan bakat.

“Dalam mesyuarat tersebut, MBOT telah membentangkan kertas berkaitan peranan MBOT dalam memperkasa graduan TVET,” kata kenyataan itu.

Mesyuarat MTVET telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tambah kenyataan itu, dalam memastikan kualiti graduan TVET, mereka turut digalakkan untuk mendapatkan nilai tambah dengan menyertai program-program latihan dan pembangunan berterusan anjuran MBOT atau MBOT Approved Training Provider.

Sehubungan dengan itu, katanya, MBOT mempelawa semua institusi pengajian tinggi dan institusi latihan kemahiran awam dan swasta untuk mendaftarkan graduan mereka dengan MBOT sebagai Juruteknik Berkelayakan atau Teknologis Berijazah.

MBOT merupakan sebuah badan profesional yang memberikan pengiktirafan profesional kepada Teknologis dan Juruteknik dalam bidang teknologi dan teknikal. Lembaga itu telah ditubuhkan di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 untuk mengiktiraf, mengawal, menggalak dan membangunkan profesion teknologis dan juruteknik sebagai profesion ikhtisas.

]]>
2906