Britain gesa rakyatnya pulangkan dana COVID-19 RM28 bilion dituntut secara curang

Ketua Setiausaha Negara Perbendaharaan Simon Clarke. – Foto Ihsan The Guardian

LONDON: Ketua perbelanjaan awam Britain menggesa mereka yang menuntut berbilion-bilion ringgit wang sokongan COVID-19 milik negara itu sedang mereka tidak layak berbuat demikian supaya mengembalikannya.

Ketua Setiausaha Negara Perbendaharaan Simon Clarke berkata, perkhidmatan cukai itu, yang dikenali di Britain sebagai HM Revenue & Customs, akan mengejar sesiapa sahaja yang telah mengambil wang secara curang.

“Kami kini akan mengejar sesiapa sahaja yang telah mengambil wang ini secara curang,” kata Clarke kepada radio LBC. “Dan saya akan menggesa sesiapa sahaja yang mengambil wang itu dan tidak benar-benar memerlukannya untuk menghubungi HMRC.”

“Sesiapa yang berpendapat bahawa mereka boleh melepaskan diri daripada tangan panjang HMRC adalah membuat kesilapan besar,” katanya.

Jumlah sebenar penipuan Covid tidak jelas tetapi pelbagai anggaran meletakkannya sekitar £5 bilion pound (RM28.1 bilion).