Bekas Setiausaha Luar UK, Truss bakal PM ganti Boris Johnson

Bekas Setiausaha Luar, Liz Truss memenangi pemilihan peringkat parti untuk menggantikan Boris Johnson sebagai pemimpin Parti Konservatif dan Perdana Menteri UK esok.

LONDON, 5 Sept: Bekas Setiausaha Luar, Liz Truss telah memenangi pemilihan peringkat parti untuk menggantikan Boris Johnson sebagai pemimpin Parti Konservatif dan perdana menteri.

Truss menewaskan bekas Setiausaha Kewangan, Rishi Sunak dalam undian dalam kalangan ahli Konservatif – memperoleh majoriti lebih 21,000 undi.

Beliau akan menggantikan Johnson, yang terpaksa mengumumkan peletakan jawatannya pada Julai selepas skandal berbulan-bulan menyaksikan sokongan terhadap pentadbirannya berkurangan dan menteri berhenti untuk memaksanya keluar.

Ia adalah keputusan yang sengit berbanding jangkaan ramai pakar, dengan Truss memperoleh 57% undian sah manakala Sunak menerima 42.6%.

Truss akan menjadi perdana menteri esok dengan mengadap Ratu Elizabeth di Balmoral, Scotland.

Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk South West Norfolk dalam pilihan raya umum 2010.

Truss, 47, telah berjanji untuk bertindak segera, berkata dalam masa seminggu dia akan membuat rancangan untuk menangani peningkatan bil tenaga dan mendapatkan bekalan bahan api masa depan.