Badan pekerja syor CA masukkan artikel perangi rasuah, tingkat integriti di tempat kerja

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mengesyorkan supaya perjanjian kolektif antara majikan-kesatuan memasukkan peruntukan berkaitan artikel khusus memerangi rasuah. Foto ihsan UNI-MLC.

KUALA LUMPUR: Dalam usaha memperkasakan usaha meningkatkan kesedaran dan kerjasama membanteras rasuah, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mengesyorkan supaya perjanjian kolektif yang dimeterai antara majikan dan kesatuan sekerja memasukkan peruntukan berkaitan artikel khusus mengenai inisiatif bersama memerangi rasuah.

Bercakap kepada Workers Times, Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, perkara itu dicapai dalam Simposium Khas Antirasuah dan Governans yang diadakan bulan lalu,

“Diputuskan supaya Perjanjian Perundingan Kolektif memasukkan artikel khusus yang akan mencerminkan komitmen padu daripada pihak majikan dan pekerja bagi melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bebas rasuah, yang tinggi amalan berintegriti dan mengutamakan tadbir urus yang baik,” kata beliau.

Simposium itu diadakan dengan kerjasama Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) dan dengan sokongan Rasuah Busters.

Kata beliau, setiap majikan, sama ada sektor kerajaan, badan berkanun atau swasta, mengadakan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) di entiti masing-masing selari dengan ketetapan Pelan Anti Rasuah Kebangsaan (NACP).

Selain itu, tambah beliau, setiap organisasi perlu mewujudkan Jawatankuasa Bersama Majikan-Pekerja, yang akan membantu memantau dan memastikan amalan berintegriti dan tadbir urus yang baik dilaksanakan sepanjang masa.

Katanya, simposium juga memutuskan bahawa setiap syarikat mewujudkan saluran bagi memberi maklumat mengikut struktur organisasi masing-masing dengan menyediakan program latihan yang sewajarnya untuk memastikan kemudahan saluran maklumat yang efektif.

Seterusnya kata beliau, simposium juga memutuskan untuk menggesa kerajaan dengan segera meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi memberi perlindungan yang secukupnya kepada para pekerja yang menyalurkan/memberi maklumat berkaitan dengan rasuah di tempat kerja kepada pihak berkuasa.

“UNI-MLC dan C4 Center percaya bahawa gandingan para pekerja di negara ini, yang jumlahnya lebih 16 juta orang atau 50 peratus daripada keseluruhan penduduk, mampu dan boleh melakukan perubahan holistik jika bersatu tenaga, sekali gus membebaskan Malaysia daripada sebarang bentuk amalan tidak berintegriti dan rasuah,” kata beliau.

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal bersama barisan kepimpinan UNI-MLC.

Kata Shafie, statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan sendiri menunjukkan bahawa bilangan pekerja yang terlibat dalam rasuah amat kecil berbanding dengan jumlah sebenar pekerja di negara ini.

“Oleh itu, para majikan dan pekerja boleh memainkan peranan besar untuk membawa perubahan drastik jika sama-sama berkomited untuk melakukan perubahan dengan melaksanakan segera kesemua lima perkara yang telah diputuskan dalam Simposium Khas Antirasuah dan Governans,” kata beliau.

Shafie menjelaskan, UNI-MLC dan C4 Center berpandangan bahawa kaum pekerja perlu memainkan peranan yang sama penting dan berganding untuk mencapai cita-cita, impian dan hasrat bagi melahirkan sebuah negara yang bebas rasuah dan berintegriti tinggi.

Sehubungan dengan itu, Simposium Khas Antirasuah dan Governans merupakan program ketiga di bawah kerjasama UNI-MLC dan C4 Center sejak UNI-MLC dan C4 Center menjadi anggota Coalition of the Willing Rasuah Busters.

Simposium ini telah menetapkan perkara-perkara berikut:

[i] Mengambil maklum bahawa rasuah, integriti dan tadbir urus baik merupakan isu penting yang harus diperangi dengan segera, menyeluruh dan secara berterusan.

[ii] Menegaskan bahawa usaha perlu dipertingkatkan di semua peringkat bagi memerangi rasuah dan memperkasa amalan berintegriti dan tadbir urus baik secara holistik dan menyeluruh serta berkesan.

[iii] Mengambil kira bahawa setiap organisasi tempat kerja, sama ada awam ataupun swasta, perlu terus memberi keutamaan kepada program-program ke arah melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bebas rasuah, yang tinggi amalan berintegriti dan mengutamakan tadbir urus yang baik.

[iv] Menekankan bahawa kepimpinan organisasi, sama ada kerajaan, majikan atau wakil pekerja, perlu memainkan peranan yang efektif ke arah melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bebas rasuah, yang tinggi amalan berintegriti dan mengutamakan tadbir urus yang baik.

[v] Tidak menafikan bahawa para pekerja sebagai pemegang taruh utama mempunyai dan perlu memainkan peranan efektif dan diberi ruang yang seluas-luasnya bagi membentuk Malaysia sebagai negara yang bebas rasuah, yang tinggi amalan berintegriti dan mengutamakan tadbir urus yang baik.

Dalam usaha memperkasakan usaha meningkatkan kesedaran dan kerjasama membanteras rasuah, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mengesyorkan supaya perjanjian kolektif yang dimeterai antara majikan dan kesatuan sekerja memasukkan peruntukan berkaitan artikel khusus mengenai inisiatif bersama memerangi rasuah.