Baba’s Products meriahkan program Halal School Attack: Kempen Halal Di Hati

Baba’s Products (M) Sdn Bhd terlibat secara langsung dalam program “Halal School Attack: Kempen Halal Di Hati”.

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar produk herba, Baba’s Products (M) Sdn Bhd terlibat secara langsung dalam program “Halal School Attack: Kempen Halal Di Hati” yang telah diadakan di Maahad Tahfiz Integrasi Selangor, Alam Impian dekat Shah Alam baru-baru ini.

Program itu berlangsung pada 23 Jun lalu, dianjurkan oleh persatuan pelajar Fakulti Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) iaitu Halal Industry Management Society (HIMS), Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam bersama-sama tajaan dari pihak Baba’s.

Kenyataan yang dikeluarkan menyebut Jabatan Hal Ehwal Halal, Baba Products telah terlibat sama dari awal program berlangsung sehingga ke penghujung program.

Program dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar UITM, Prof. Madya Dr. Azri Bhari.

Beberapa slot aktiviti yang direncanakan termasuklah Forum Intelektual, “Cakna Makanan: Apakah Peranan Kita?”.

Forum ini turut sama disertai oleh Pengurus Jabatan Hal Ehwal Halal Baba’s, Norshalina yang telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel bersama Dr. Siti Sarah, Pensyarah UITM Shah Alam dan Najmuddin, wakil alumni Fakulti Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

Norshalina telah berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan dalam bidang industri makanan halal.

Selain itu, HIMS juga telah menyediakan aktiviti menarik bagi para pelajar Tingkatan Tiga yang terlibat, antaranya ialah Explorace Halal.