Aidiladha: Jumaat cuti khas bagi kakitangan awam Selangor

Selangor mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti khas bagi kakitangan awam negeri sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

KUALA LUMPUR: Selangor mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti khas bagi kakitangan awam negeri sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut pada Khamis.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim berkata, cuti tambahan itu khas untuk kakitangan awam yang berkhidmat di jabatan dan agensi negeri serta majlis tempatan.

“Bagaimanapun, badan berkanun, syarikat milik kerajaan dan sektor swasta tidak tertakluk kepada perkara ini. Terpulang kepada majikan masing-masing,” kata beliau dalam kenyataan.

Kata beliau, kerajaan negeri mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kakitangan awam dan rakyat Selangor.