CEO Maybank Farid tidak mahu kontrak disambung selepas Ogos

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malayan Banking Berhad, Tan Sri Abdul Farid Alias. Foto ihsan Astro Awani

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malayan Banking Berhad, Tan Sri Abdul Farid Alias akan melepaskan jawatannya selepas kontrak semasa beliau berakhir Ogos ini.

Menurut pemfailan bursa saham semalam, bank terbesar Malaysia berdasarkan aset itu berkata, pencarian pengganti sedang dijalankan termasuk menilai calon dalaman dan luaran.

Farid telah menyatakan beliau tidak akan manyambung kontraknya yang akan tamat pada 1 Ogos dan telah memaklumkan kepadaa lembaga pengarah bahawa ingin mengejar kepentingannya sendiri selepas tamat penggal ketiga perhidmatannya.

Beliau memegang jawatan itu sejak 2013.

Farid, 52, memulakan kerjayanya dalam bidang perbankan di anak syarikat Maybank pada 1992 dan akan terus menyelia pengurusan dan operasi bank itu sehingga penggantinya menyandang jawatan tersebut.