WTCKL terima anugerah Best International Business Event Branding

Pengarah Eksekutif Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menerima Best International Business Event Branding di Kuala Lumpur semalam.

WTCKL terima anugerah Best International Business Event Branding

KUALA LUMPUR: World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menerima pengiktirafan sebagai Best International Business Event Branding dalam Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) 2021 yang berlangsung semalam.

Pengarah Eksekutif Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, pengiktirafan itu adalah hasil kerja keras warga WTCKL di sebalik cabaran pandemik COVID-19 sejak awal tahun.

“Kita berdepan dengan pelbagai cabaran selama dua tahun dan ternyata kita sangat terkesan, dan apa yang kami capai selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat luar biasa,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasifik, Persatuan WTC berkata, anugerah itu ‘adalah satu kebanggaan serta memberikan satu imej yang positif buat WTCKL dan kepada pemain industri MICE, sector Acara Perniagaan (BE) di Malaysia, peringkat antarabangsa serta boleh dijadikan sebagai rujukan kepada 320 rangkaian World Trade Centers Associations (WTCA).

Anugerah MTC adalah acara prestij yang paling dinanti dalam memberikan pengiktirafan kepada pelbagai perkhidmatan profesional berkualiti yang memberi manfaat kepada sektor pelancongan di Malaysia.