KLANG: Dr S. Sri Kumar, antara pengunjung tetap Kuil Sree Selva Vinayagar Klang, kini tidak lagi perlu beratur untuk mendapatkan resit bayaran untuk apa jua perkhidmatan dan kemudahan yang diseidakan di kuil.
Kini beliau seperti pengunjung-pengunjung lain boleh berurusan terus di kios atau pun mesin layan diri untuk memenuhi keperluannya.
Beliau menyambut baik langkah pengurusan kuil berusia lebih 100 tahun itu mengorak langkah untuk mengadaptasi dan menerima pakai teknologi terkini bagi meningkatkan keberkesanan kuil, sekali gus memenuhi keperluan dan kehendak semasa para pengunjung.
“Ini satu usaha yang baik… pengalaman baharu bagi kami. Penggunaan kemudahan ICT memasuki langkah baharu,” kata beliau kepada Workers Times. Sri Kumar yang merupakan antara ribuan pengunjung kuil itu juga berkata bahawa “saya kerap kali datang ke kuil ini. Saya dapat lihat pembaharuan yang dibawa oleh pihak pengurusan.”
“Sistem terkini ini selari dengan keperluan semasa. Kita perlu adapatasi invosi dan teknologi terkini. Ini langkah pertama ke arah itu, kita perlu menyediakan kemudahan terkini kepada pengguna dan pengunjung kuil, sebagaimana kita saksikan di sektor dan bidang lain,” tambah beliau.
“Saya percaya kemudahan dan sistem ini akan mengubah wajah pengurusan kuil ini, malah di kuil-kuil lain selepas ini,” kata beliau.
Dalam melakar detik bersejarah, Grasp Software Solutions Sdn Bhd, perintis dalam penyelesaian teknologi Perisian & IT, memperkenalkan Sistem Pengurusan Kuil Berdigital Sepenuhnya bagi kegunaan Kuil Sree Selva Vinayagar.
Inisiatif ini juga memperkenalkan era baharu pendigitalan kepada kuil-kuil di Malaysia, menggabungkan mesin kiosk kendiri yang canggih dan Aplikasi untuk penganut.
Ini adalah sistem pengurusan kuil digital sepenuhnya yang pertama di Malaysia.
Revolusi holistik, total dan bersepadu dalam sistem pengurusan yang akan dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi India Malaysia (MITRA), P. Prabakaran, merangkap Ahli Parlimen Batu, Sabtu lalu.
Pengarah Urusan Grasp Software Solutions Sdn. Bhd., Dr Govindaraj Selvam berkata, Sistem Pengurusan Kuil Berdigital Sepenuhnya, yang terdiri daripada lebih 50 fungsi bagi merevolusikan perkhidmatan kuil melalui pelaksanaan Aplikasi mudah alih, mesin kiosk sendiri, dan mesin penyediaan vilaku atau pelita.
Menurut beliau, sistem itu membawa pelbagai kelebihan kepada pengurusan kuil kerana akan mengurangkan atau mengatasi isu kebergantungan kepada pekerja asing atau mengurangkan tenaga kerja yang terlibat, menambah baik sistem perakaunan dan kewangan, dan penggunaan masa dengan efektif di pihak pengurusan dan pengunjung dalam menyempurnakan keperluan sembahyang.
Beliau juga berkata, kesedaran pendigitalan, alat digital dan latihan kemahiran untuk pengurusan kuil akan membantu menguruskan kuil dengan lebih cekap dan menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pengunjung kuil.
“Penghargaan harus diberikan kepada Kuil Sree Selva Vinayagar, Klang yang telah mengambil usaha membina untuk menyediakan sistem digital pengurusan kuil yang lengkap,” katanya. Grasp Software Solutions juga merancang untuk membawa sistem ini ke negara lain kerana banyak kuil di luar Malaysia menunjukkan minat mereka.
“Acara hari ini (Sabtu lalu) mmenunjukkan bahawa sebuah syarikat Malaysia sedang menembusi pasaran antarabangsa dalam sistem keagamaan seperti Singapura Australia, UK dan Australia,” kata beliau sambil memambah bahawa “saya yakin lebih banyak kuil akan mengambil tindakan proaktif selepas ini dalam menggunakan teknologi teknologi.”
Sementara itu, Presiden Kuil Sree Selva Vinayagar, Subramaniam Munisamy berkata: “Saya berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran Sistem Pengurusan Kuil Berdigital Sepenuhnya kami sendiri, yang merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.”
“Ini adalah langkah awal ke arah membawa perubahan menyeluruh dan bersepadu dalam menerima pakai inovasi dan teknologi terkini serta membawa muka baharu dalam sistem pengurusan kuil,” katanya.
Beliau menambah, mereka akan mengambil langkah susulan untuk meningkatkan dan menambah baik sistem dalam waktu terdekat.
Pada majlis pelancaran tempoh hari, satu memorandum memohon bantuan kewangan daripada MITRA, melibatkan lebih 60 kuil dari seluruh Malaysia, juga diserahkan kepada Prabakaran, bagi tujuan meningkatkan kemahiran kepimpinan kuil, alat digital, dan kemahiran, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Prabakaran juga menyambut baik usaha yang diambil oleh Kuil Sree Selva Vinayagar, Klang dalam berpindah ke platform digital kerana ia akan membawa kelebihan daripada segi ketelusan, profesionalisme dan kecekapan menguruskan kuil di Malaysia.
“Saya berharap lebih banyak kuil akan berpindah ke arah sistem digital. Kami akan cuba membantu sedaya yang boleh dalam memodenkan pengurusan kuil,” kata beliau.
Sistem digital itu juga memaparkan notis atau pemakluman kerajaan, antaranya MITRA untuk perhatian para pengunjung kuil/
“Ini satu usaha yang baik dalam menyebar luas program dan dasar kerajaan yang dilaksanakan, antaranya oleh MITRA, ia menyediakan platform media untuk kegunaan rakyat,” kata beliau.