200 kumpulan B40 sertai seminar SPM 2024 anjuran SiTA

Seramai 220 orang pelajar menyertai Seminar SPM 2024 anjuran Persatuan SosialĀ i-Tenaga, semalam.

SERDANG: Seramai 220 orang pelajar menyertai Seminar SPM 2024 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di sini sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Fokus utama seminar ini tertumpu kepada empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

Presiden Persatuan Sosial i-Tenaga, G. Siva Dass berkata, dengan menampilkan pakar tenaga pengajar bagi setiap mata pelajaran terpilih, seminar yang dianjurkan oleh pihaknya dengan kerjasama UNITEN dan UNITEN Research, ini mampu memberi panduan dan bimbingan khusus kepada para pelajar yang menyertainya.

“Ini merupakan seminar SPM kelapan dianjurkan oleh SiTA bagi golongan B40 yang tinggal di sekitar Lembah Klang,” kata beliau.

Keahlian SiTA terdiri daripada pekerja-pekerja TNB kalangan kaum India dan focus utama SiTA adalah kepada pendidikan, ekonomi dan sosial masyarakat yang kurang berkemampuan.

Selain seminar persediaan peperiksaan SPM, kata beliau, pendedahan dan panduan untuk melanjutkan pengajian peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IP)T juga disediakan oleh UNITEN, sebagai salah satu platform untuk mencerdikkan anak Malaysia.