Oleh Callistus Antony D’angelus
PANDANGAN: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pemberian bantuan kewangan untuk kategori tertentu kakitangan awam tepat pada masanya, terutama memandangkan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Ia seiring semangat Malaysia Madani dan pembaharuan dijanjikan beliau.
Dunia perniagaan umpama tidak berusaha demi kepentingan Malaysia dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Pendekatan mereka sekadar jangka pendek dan memfokuskan terhadap mengayakan diri sendiri.
Sudah tiba masanya semua Ahli Parlimen, tanpa mengira aliran mereka, bangkit dan mempertahankan rakyat yang sepatutnya mereka wakili. Pelbagai pembaharuan diperlukan untuk memastikan setiap rakyat Malaysia meraih manfaat daripada apa yang dikatakan iklim ekonomi positif oleh Bank Negara Malaysia.
Sebagai permulaan, perlu ada perundangan bahawa syarikat yang melaporkan keuntungan melepasi ambang tertentu patut membayar gaji sebulan sebagai Bantuan Perayaan kepada semua pekerja dalam kategori B40 dan M40.
Tentangan berterusan perniagaan dan pertubuhan majikan terhadap apa saja yang bersifat saksama terhadap kumpulan pendapatan rendah bukan disebabkan mereka tidak mampu.
Sebaliknya ia usaha menetapkan kuasa dan dominasi terhadap rakyat Malaysia dari kumpulan pendapatan rendah. Pembulian korporat atau Sikap ‘machoism’ korporat seperti ini patut
dihalang oleh Parlimen.
Ahli Parlimen patut mendedikasikan sesi Parlimen ini ke arah membaiki ketakseimbangan yang begitu menjejaskan golongan pekerja miskin negara ini.
Penasihat Buruh Antarabangsa Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D’angelus