Amaran SUA baharu Unite kepada Amazon: Layan pekerja dengan baik atau…

Sharon Graham berikrar untuk melawan Amazon dengan merancang kempen antarabangsa bagi memperbaiki keadaan pekerjaan. – Sumber UNITElive.org

LONDON: Pemimpin baharu salah sebuah kesatuan terbesar Britain telah berikrar untuk melawan Amazon dengan merancang kempen antarabangsa bagi menyatukan pekerja gudangnya dan memperbaiki keadaan pekerjaan mereka.

Dalam wawancara dengan Observer, Sharon Graham, yang menjadi setiausaha agung Unite minggu lalu ekoran kemenangan mengejutkan, mengatakan bahawa beliau kini dalam perbincangan dengan kesatuan di Jerman dan AS – pasaran utama Amazon yang lain – untuk secara berkesan membentuk kempen kesatuan global yang akan “menyepit” Amazon dan memaksa untuk membenarkan pekerja menganggotai kesatuan dengan lebih bebas.

Graham berkata, beliau ingin menggunakan taktik “leverage” yang digunakan terhadap majikan-majikan yang sukar bagi meyakinkan Amazon agar menandatangani “perjanjian keneutralan”, sebuah dokumen yang menjamin bahawa pekerja gudang dapat membentuk sebuah kesatuan tanpa rasa takut akan kesan.

Kempen ini akan merangkumi melobi kerajaan di ketiga-tiga negara itu untuk menggunakan kuasa mereka sebagai pelanggan utama Amazon bagi mengenakan tekanan.