RUU Kesatuan Sekerja: 14 MP bahas, baik buruk pindaan

Seramai 14 Ahli Parlimen membahaskan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 pada 10 Oktober lalu.

PARLIMEN: Berikut adalah pandangan Ahli-ahli Parlimen yang membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2023.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran:

“Sebenarnya pada 4 hari bulan Oktober berkenaan ini telah dibawa ke Parlimen tetapi kerana Parlimen dibubarkan maka ia perlu dibawa balik, tetapi ada beberapa perkara yang saya ingin tambah iaitu nombor satu di mana mengikut Perlembagaan Persekutuan seksyen 10(1)(c) sebenarnya ia membenarkan freedom of association, dan maka pemindahan yang dicadangkan ini adalah selaras dengannya, tetapi kita ada beberapa kesatuan kerja di negara ini yang tidak bersetuju kepada pandangan tersebut. Mereka juga telah meng-e-mel kepada saya dan ramai di antara pekerja.

Perkara-perkara ini telah semasa saya menjadi Menteri telah membuat perbincangan dengan mereka, tetapi jangan kita lupa Dato’ Tuan Yang di-Pertua bahawa, pada tahun 1949 bila freedom of association ini diterima pakai oleh ILO. Ini sudah bermakna lebih kurang 70 lebih tahun ia telah diguna pakai di seluruh dunia dan saya difahamkan lebih kurang 90 peratus di negara ini di dunia ini telah pun menerima freedom of association ini. Maka, ia perlu juga diambil kira di negara ini.

Kenapa pula, kenapa pula di Malaysia ini ia perlu diutamakan? Jangan kita lupa Tuan Yang Dipertua, 94 peratus pekerja di negara ini tidak ada apa-apa representasi dengan kesatuan. How can this happens?

Hanya lebih kurang enam peratus sahaja pekerja ada perlindungan. Ini menjadi satu masalah yang besar dan dalam dan saya harap dengan pemindahan-pemindahan ini ia akan memberi lebih ruangan kepada pekerja-pekerja di negara ini untuk menubuhkan kesatuan pekerja dan lebih adalah untuk memberi galakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk memberi ruang yang lebih besar kepada pekerja-pekerja untuk menubuhkan kesatuan kerja, tetapi kita ada masalah yang lain di kementerian.

Bila saya menerajui dahulu, ada bertahun-tahun, di mana pendaftaran tidak diluluskan hingga pergi ke mahkamah. Mahkamah Persekutuan took 30 years untuk mendaftarkan satu kesatuan. Saya haraplah kita ada tempoh masa, kita ada inisiatif baharu, pemikiran yang baharu supaya kita mendaftar seberapa awal yang boleh. Ini perlu supaya kita dapat menguatkan lagi hak pekerja di negara ini dan jangan lupa ramai di antara majikan berasa kesatuan kerja ini adalah problematic. They are problematic people tetapi sebenarnya kalau kita tengok negara-negara yang maju, mereka ada kesatuan kerja yang banyak memberi ruang kepada semua untuk melibat dalam perkara ini.

Dan khususnya di negara ini Datuk Tuan Yang Dipertua, saya pohon nombor satu, semua pendaftaran ini bila di submit kepada kementerian disegerakan. There must be a time limit. There must be a time limit. Jangan kita hingga membuat rayuan-rayuan dan sebagainya. Nombor dua, multiplicity of unions patut tidak digalakkan langsung.

Saya harap, seperti yang bila saya cakap dengan saudara Gopal hari ini, dia adalah Law Reform Committee of the Trade Union. Dia mengatakan, dia ada perbincangan dengan kita semasa kita menerajui kerajaan. Mengatakan bahawa macam di satu alternatif industri. Kalau dia pembuat plastik, seorang tidak boleh menjadi anggota di sana. Hanya di automatif industri sahaja boleh. Ini tidak masuk akal.

Kalau dalam parti politik mana-mana pun seorang boleh menjadi anggota. Kenapa pula ada hak limit di sini? Kita patut memberi galakan supaya asalkan mereka masuk sahaja menjadi seorang anggota di mana-mana kesatuan, itu patut digalakkan dengan memberi hak untuk mereka menyuarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan pekerja.

Dan bargaining situation. Kita sudah ada Industrial Relations Act dan sebagainya mengiktiraf berapakah, siapakah yang ada hak untuk sedemikian.

Saya juga ingin mengambil perhatian bahawa kita ada situasi di negara ini di mana satu di antara luar biasa di seluruh dunia where the civil service union adalah besar dari private unions. Mana boleh macam ini? Never. Never ini other countries.

Kita patut malu kerana perkara ini terjadi di negara kita. Saya harap kementerian dapat mengambil tindakan supaya macam negara-negara lain. Kita memberi lebih pengiktirafan, lebih keutamaan kepada kesatuan kerja, galakkan mereka, beri ruang dan sebagainya.

Akhir sekali, kerajaan setiap tahun mengagihkan beberapa ratusan ribu wang kepada kementerian, kepada JHEKS department tersebut untuk memberi lebih penerangan kepada orang ramai terutamanya pekerja-pekerja supaya mereka dapat masuk atau mengambil tahu kebaikan atau keburukan sesuatu
kesatuan sekerja. Saya harap ia dapat diluaskan. Saya ada beri beberapa pandangan dulu dalam my initial debate. Saya harap tindakan diambil untuk memberi- supaya kita dapat mimpi, we can dream that kita ada sekurang-kurangnya 30 peratus pekerja di negara ini menjadi anggota kesatuan sekerja negara.
[2] Yang Berhormat Pendang – Datuk Awang bin Hashim

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua kerana memberi saya peluang untuk saya berucap berkenaan dengan pindaan RUU Kesatuan Sekerja ini. Alhamdulillah, terima kasih.

Berkenaan dengan RUU ini saya berasa cukup bertuah kerana melibatkan diri dalam dua musim, dua season iaitu semasa saya menjadi kerajaan juga saya terlibat membentangkan. Begitu juga hari ini. Saya juga contribute, dengan izin, untuk kita nak memberi keadilan kepada employees, employers, dengan izin kerana tanpa employees, tak ada employers. Tanpa employers, tak ada employees, tetapi keduaduanya ini adalah merupakan pembantu kepada ekonomi cycle negara yang menjadi pemangkin untuk kita bergerak kepada negara yang lebih maju disebabkan oleh kesatuan sekerja ini membantu untuk kita mendapat keuntungan yang lebih kepada majikan.

Jadi ini juga perlu dilihat. Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kesatuan Sekerja Pindaan 2023 ini merupakan antara usaha dalam
merealisasikan perlaksanaan dasar Rancangan Malaysia Kedua Belas untuk melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan keahlian dalam kesatuan sekerja. Ia bakal
dilaksanakan supaya keadilan ini akan berlaku kepada kedua-dua belah pihak. Dalam Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ini, ini adalah matlamat
kita, matlamat kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun secara sustainable, dengan izin, selaras dengan pengagihan ekonomi
yang adil, saksama dan inklusif. Saya harapkan objektif ini dapat diteruskan dengan memberi perhatian pada usaha-usaha bagi memantapkan lagi kesatuan sekerja dalam negara ini, dalam semua sektor yang ada ini. Jadi kerajaan menjadi middle of discussion to solve the problems between employers and employee, dengan izin.

Namun dalam keadaan ini, dia akan timbul beberapa masalah yang perlu kita selesaikan. Jadi sebab itulah hari ini, kita- berlaku pindaan dalam RUU ini.
Namun dalam RUU ini terdapat beberapa persoalan yang ingin dibangkitkan bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut. Pada masa yang sama memberi
peluang untuk Ahli-ahli Dewan Rakyat menyuarakan pendapat ke arah pembaikan dan mutu perkhidmatan kesatuan sekerja yang akhirnya memberi manfaat kepada
negara.

Pada sidang mesyuarat yang lalu, dalam Kajian Separuh Penggal, saya ada membangkitkan perkara beberapa isu berkisar tentang mencapai kesaksamaan
outcome bagi bumiputera dan juga bukan bumiputera dalam kita memfokuskan reformasi pasaran buruh yang lebih adil kepada semua pekerja dalam negara ini
tanpa kita melihat hanya kepada bumiputera dan bukan bumiputera. Ini saya kira ia berhubung kait rapat dan cukup penting dalam usaha meningkatkan perburuhan
dalam negara kita ini.

Timbalan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta 262 dengan objektif utama untuk mengangkat sebarang sekatan ke atas pembentukan kesatuan sekerja berdasarkan penubuhan tertentu atau persamaan dalam trait pekerjaan atau industri dan untuk membenarkan kepelbagaian kesatuan sekerja dalam mana-mana penubuhan trait pekerjaan atau industri. Soalnya, apakah signifikan setiap kesatuan sekerja diberikan kebebasan sedemikian dan apakah mekanisme atau pendekatan yang bakal digunakan bagi kita mengawal di antara employees, employers ini. Saya harap dengan penubuhan kesatuan sekerja ini, mereka akan bergerak secara legal, secara rasmi dalam negara kita ini.

Saya cukup bersetuju dengan pindaan ini. Namun kebimbangan saya, pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja tidak dapat memantau hinggakan segala perancangan tidak mencapai matlamat yang dirancang dan boleh menggugat keselamatan negara sekiranya tidak dipantau dengan sebaik mungkin. Dalam konteks keadilan dalam agama Islam, pindaan ini perlulah memberikan penekanan berkenaan elemen kebebasan agar tidak berlaku sebarang intimidate ataupun penindasan, tiada kepentingan diri mana-mana pihak sama ada kesatuan sekerja ataupun majikan, tidak menzalimi dan tidak pilih kasih dalam memberi layanan dan hak kepada orang lain.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam perkembangan mutakhir ini, isu yang dibangkitkan baru-baru ini khususnya untuk pekerja sektor e-hailing.

Saya ada banyak lagi ini. Bagi saya tambah satu minit? Tak boleh dah. Kita dapat lihat seterusnya RUU ini dipinda sebagai soft landing, dengan izin, persediaan untuk memateraikan rundingan perjanjian-perjanjian perdagangan dalam rantau, sebagai contoh Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi perkongsian Trans-Pacific CPTPP yang ditandatangani sebahagian negara ASEAN. Saya nak gulung terus landing. Terima kasih.

Di sini kita lihat apakah kepentingan seseorang individu itu mengisytiharkan jawatan dalam parti hanya untuk diambil untuk memaklumkan menganggotai sebarang kesatuan sekerja atau adakah signifikan yang lain? Dalam hal yang sama, saya ingin mendapatkan kepastian pindaan ini turut mengambil kira keadaan sekiranya kedudukan individu yang mempunyai keahlian lebih daripada satu kesatuan tetapi individu tersebut juga menjawat jawatan dalam setiap kesatuan yang disertai.

Kita dapat pada hari ini kebanyakan penggiat dan ahli kesatuan sekerja terdiri daripada golongan baby boomers, dengan izin, golongan yang sudah berumur sahaja. Ini merupakan satu kerugian kerana melalui platform kesatuan inilah dapat menyediakan bimbingan dan juga panduan kepada pekerja golongan generasi muda selain membuka minda menarik mereka untuk terlibat dengan lebih aktif dalam kesatuan sekerja.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim

Pindaan RUU Kesatuan Sekerja ini dibentangkan sekali lagi di Dewan Rakyat. Jadi sekali lagi yang kontroversi berkenaan pindaan ini menarik bantahan daripada sesetengah kesatuan sekerja. Saya pernah hadir taklimat Kementerian Sumber Manusia, saya faham tentang tujuan kementerian untuk melakukan pindaan terhadap akta ini iaitu pada asas prinsip demokrasi di mana sesiapa pun ada hak untuk menubuhkan kesatuan termasuk kesatuan sekerja. Pindaan ini juga akan mencegah mana-mana kesatuan sekerja daripada menjadi kesatuan sekerja yang monopoli dalam sesuatu tempat kerja ataupun dalam sesuatu industri. Selain itu, kebenaran bagi lebih daripada satu kesatuan sekerja wujud dalam satu tempat kerja juga sejajar dengan prinsip Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Walau bagaimanapun kita sebagai kerajaan, kita juga harus dengar bantahan dan juga alasan daripada kumpulan yang tidak setuju dengan idea kepelbagaian kesatuan sekerja ataupun multiplicity of trade unions. Bagi kesatuan sekerja yang membantah cadangan pindaan RUU ini, mereka berpendapat pindaan terhadap akta ini akan melemahkan badan kesatuan yang sedia ada dan ia akan menghancurkan dan melemahkan kesatuan sekerja yang sedia ada dan merosakkan keharmonian di antara pekerja kesatuan dan juga majikan.

Selain itu, ia akan membawa masalah kepada kesatuan terutama dalam hal runding bersama CA dengan majikan. Mengikut pemimpin kesatuan sekerja, RUU ini akan memberi kuasa penuh kepada ketua pengarah untuk campur tangan hal pengurusan kesatuan. Ketua pengarah sepatutnya tidak boleh merancang, mengganggu, menggugat, mengurus dan campur tangan dalam hal pengurusan mana-mana kesatuan.

Jadi saya panggilkan yang isu-isu ini dan juga saya berharap menteri mungkin boleh beri penerangan untuk address the concern bagi kesatuan-kesatuan sekerja ini. Saya juga ada satu soalan. RUU ini membenarkan kewujudan lebih dari satu kesatuan sekerja yang mewakili kumpulan pekerja yang sama dalam satu tempat pekerjaan.

Jadi, dalam seksyen 12(a), 12(b) dalam akta ini memperuntukkan hak merunding tunggal so bargaining rights bagi memastikan hanya satu kesatuan yang mempunyai kuasa merunding dengan majikan bagi perjanjian bersama. Sebenarnya apa yang saya baca ini adalah wujud dalam slide kementerian. Jadi, saya hendak tanya, sekiranya satu tempat kerja mempunyai lebih satu kesatuan sekerja, bagaimana Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia memastikan hanya satu kesatuan yang mempunyai kuasa berunding dengan majikan bagi perjanjian bersama. Kerana kalau wujudnya dua atau tiga kesatuan sekerja, macam mana? Kesatuan mana yang mempunyai kuasa untuk berunding dengan pihak majikan. Ini adalah pertanyaan saya.

Dan juga saya juga menghargai. Dalam taklimat diberi oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia, mereka mengatakan mereka sekarang ingin mendidik kesatuan sekerja untuk menguruskan kesatuan sekerja dengan baiknya. Saya rasa ini adalah satu usaha yang baik daripada pihak kementerian.
Saya juga hendak cadangkan supaya jabatan ini juga memainkan peranan untuk mendidik majikan di mana majikan haruslah melayan pekerjanya dengan adil dan munasabah dan mengelakkan membuat keputusan yang berunsur diskriminasi terhadap mana-mana pekerja.

Saya sebenarnya pernah baca kenyataan dikeluarkan oleh Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia ataupun NUFAM. Di mana mereka sudah buat banyak bantahan terhadap penghentian kerja dalam tempoh pandemik COVID-19 terhadap pramugara, pramugari dan yang mana mereka tidak diberi pampasan yang sewajarnya.

Jadi, saya rasa semua adalah isu tentang airline ini juga haruslah ditarik kementerian atas masalah yang dihadapi oleh pekerja di airline ini. Saya juga hendak tarik perhatian Dewan yang mulia ini saya juga baca dalam satu laporan, di mana tiga tahun yang lepas seorang pramugari Malaysia dipecat kerana berat badanya tambah 700gram. Dengar ya. Bukan tujuh kilogram, 700 gram.

Dan syarikat penerbangan tersebut berkata adalah dasar syarikat penerbangan menghendaki seorang pramugari mempunyai berat badan berdasarkan 157sm dengan berat badan yang munasabah ataupun minimum height of 157sm with proportionate weight. Jadi, pramugari yang dipecat itu dikatakan mempunyai ketinggian 160 cm. Jadi, mengikut BMI dia harus mempunyai berat badan sebanyak 61 kilogram, tetapi pada April 2017, berat badannya yang terakhirnya adalah 61.7 kilogram. Maksudnya, ia tambah 700 gram. Dia dihentikan kerana kelebihan berat badan sebanyak 700 gram.

Selepas itu, pramugari mengadu kepada mahkamah perusahaan industri, courts tetapi permohonannya untuk kembali kerja ditolak juga oleh mahkamah perusahaan. Jadi, saya rasa ini memang satu kelebihan – 700 gram sebenarnya ini bukan satu angka berat yang begitu besar. Yang saya rasa yang Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Pekerja sekiranya hendak mendidik kesatuan sekerja, majikan seperti ini haruslah dididik juga. They should have been thought off. Mana boleh satu syarikat airline pecat seorang kerana berat badannya tambah 700 gram. Ini memang adalah satu bentuk diskriminasi saya rasa yang keterlaluan.

Saya ambil isu ini yang berlaku di negara kita kerana pramugari Malaysia dan berharap isu seperti ini yang mungkin kementerian juga harus menyatakan pendirian supaya isu diskriminasi terhadap wanita ini boleh dielakkan. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Terima kasih Yang Berhormat Seputeh.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir:

Pertamanya saya – umum mengetahui pindaan ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pekerja dalam pelbagai sektor untuk menyertai apa-apa pertubuhan atau gabungan-gabungan pekerja. Pergerakan kesatuan pekerja adalah satu elemen penting dalam memastikan penglibatan pekerja dalam kesatuan sekerja yang sah, sudah tentunya akan dilindungi undang-undang. Selagi mana tindakan dalam hal-hal yang dibangkitkan tidak menyalahi Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Namun begitu, kepentingan ini tidak dirasai oleh rakyat kita pada hari ini terutamanya di kalangan golongan muda. Buktinya sehingga kini hanya lebih kurang satu juta pekerja ataupun enam peratus sahaja daripada keseluruhan pekerja di negara kita yang menyertai kesatuan. Sejumlah 94 peratus lagi masih belum menyertainya.

Oleh itu, bagaimana kerajaan dapat memastikan dengan pindaan ini mampu menarik majoriti besar yang tidak menyertai kesatuan untuk menyertainya. Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan apa-apa bentuk insentif kepada manamana pekerja yang menyertai kesatuan bagi memastikan lebih ramai anak muda khususnya menyertai kesatuan?

Tuan Yang di-Pertua, pelbagai isu yang melibatkan hak pekerja sering kali diabaikan. Sebagai contoh, isu berkaitan keengganan majikan untuk membenarkan pekerja menunaikan solat Jumaat, hak pekerja untuk bebas menutup aurat, diskriminasi pekerja wanita yang mengandung dan banyak lagi. Saya difahamkan kerajaan sebelum ini iaitu pada tahun 2021 telah melancarkan aplikasi walking for workers (wfw). Aplikasi dengan 14 terjemahan bahasa bagi membolehkan pekerja membuat aduan dengan selamat. Oleh itu, apakah bentuk komunikasi yang telah dirancang oleh kementerian bersama dengan kesatuan sekerja bagi memastikan segala keluhan dan suara mereka didengari dan seterusnya diberi perhatian oleh kementerian pada masa yang sama aplikasi tersebut boleh dioptimumkan fungsinya.

Tuan Yang di-Pertua, saya memahami objektif yang disebut tadi adalah pindaan ini untuk membenarkan kewujudan lebih daripada satu kesatuan sekerja mewakili satu penubuhan atau pekerjaan. Ini bermakna, jika sudah wujud satu kesatuan sekerja dalam satu tempat pekerjaan, tidak menjadi satu halangan jika ada pihak dari kumpulan sama ingin berpecah dan membentuk kesatuan sekerja yang baru. Pada masa yang sama cabaran yang dihadapi oleh kesatuan sekerja juga adalah untuk mendapatkan pengiktirafan majikan terhadap pertubuhan kesatuan.

Persatuan pekerja yang ingin ditubuhkan memerlukan pengiktirafan majikan terlebih dahulu. Namun begitu, terdapat juga majikan yang enggan memberi pengiktirafan. Perkara ini menghalang pekerja-pekerja untuk mewujudkan persatuan mengikut keperluan mereka. Persoalan saya. Adakah wujud syarat dan pengawalan ketat oleh kementerian bagi meluluskan pendaftaran kesatuan pekerja yang baharu bagi memastikan mereka yang ingin menerajui kesatuan sekerja ini betul-betul mewakili sesuatu golongan pekerja, Bukannya berniat untuk bersaing dengan kesatuan sekerja yang lain.

Saya juga ingin menyentuh mengenai kepelbagaian kesatuan atau multiplicity of trade unions, dengan izin. Saya memahami bahawa memberi kebebasan pada para pekerja untuk menyertai mana-mana kesatuan merupakan antara syarat utama yang ditetapkan melalui agenda CPTTP. Walau bagaimanapun, saya melihat kewujudan kepelbagaian kesatuan ini bakal menatijahkan pelbagai kesan negatif sekiranya tidak diwujudkan elemen yang benarbenar boleh mengawal kepelbagaian ini.

Antara kesan negatif ketara yang bakal wujud ialah perwakilan pekerja akan berpecah belah yang bakal melemahkan suara pekerja itu sendiri. Di negara ini, kirakira hanya enam peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan pekerja yang menyertai kesatuan sekerja. Malangnya, apabila suara enam peratus ini tidak
senada, maka secara logiknya mereka akan kehilangan suara yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak mereka.

Di samping itu juga, atas nama kebebasan untuk berkesatuan, maka situasi ini memberi peluang kepada mana-mana majikan yang tidak bertanggungjawab untuk membina proxy majikan melalui kesatuan yang ditubuhkan mereka sendiri. Situasi ini tidak mustahil lebih-lebih lagi sekiranya wujud majikan hanya memikirkan keuntungan mereka sendiri tanpa memikirkan kebajikan para pekerja. Bayangkan atas tiket kebebasan berkesatuan menyebabkan pekerja boleh melompat sesuka hati ke mana-mana kesatuan yang diingini menyebabkan kesatuan sedia ada menjadi lemah.

Suara mereka lemah. Natijahnya, hak-hak pekerja tidak dapat diperjuangkan secara lebih optimum.

Ahli Parlimen Miri, Tuan Chiew Choon Man:

Pindaan akta ini adalah satu usaha yang baik dan selari dengan budaya antarabangsa yang dikenali melalui ILO, dan Malaysia sudah agak ketinggalan berbanding dengan negara lain dalam mengiktiraf perkara-perkara yang terdapat dalam pindaan akta ini.


Antara aspek yang paling penting dalam pindaan akta ini adalah dari sudut memberi kebebasan kepada pekerja untuk menubuh dan menganggotai kesatuan sekerja pilihan sendiri.

Saya percaya bahawa dengan menyuburi semangat demokrasi dalam kalangan kesatuan sekerja, ia dapat mewujudkan satu persaingan antara kesatuan sekerja dan meningkatkan kualiti kesatuan sekerja.

Dengan adanya pindaan akta ini, semua pekerja bebas memilih kesatuan-kesatuan yang aktif yang dapat membawa manfaat dan juga yang betul-betul memperjuangkan hak mereka sekiranya mereka mendapati mana-mana kesatuan sekerja yang mewakili bidang mereka tidak aktif ataupun sudah tidak mencapai matlamat penubuhan, maka mereka boleh menyertai malah menubuhkan sendiri kesatuan sekerja yang baru melalui pindaan akta ini.

Saya percaya ini dapat meningkatkan penyertaan pekerja dalam pelbagai bidang di kesatuan sekerja seperti yang dikatakan oleh saudara Ipoh Barat tadi hanya enam peratus pekerja di Malaysia yang menyertai kesatuan sekerja. Perkara ini merupakan satu yang amat membimbangkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pihak di luar sana yang mengatakan tentang kebimbangan mereka terhadap pindaan akta ini. Adakah terdapat kemungkinan berlaku ketidakharmonian di tempat kerja kerana kewujudan lebih dari satu kesatuan sekerja. Terdapat ada yang berpendapat bahawa ini akan menghakis solidariti atau perpaduan dalam kalangan pekerja dan suara bersatu ahli-ahli kesatuan akan menjadi lemah. Malah ada pula yang bimbang sama ada akan wujud kesatuan sekerja boneka yang akan menjadi alat kepada majikan.

Sementara saya memohon Menteri untuk menjawab kepada kerisauan masyarakat. Saya ingin menyatakan sokongan saya terhadap pindaan akta ini di mana saya percaya bahawa dengan adanya semangat demokrasi yang lebih kuat dalam kesatuan sekerja, ia akan meningkatkan prestasi kesatuan sekerja dalam menjalankan tugasan mereka kerana jika kononnya sesuatu kesatuan telah didakwa menjadi alat kepada majikan, sebenarnya pekerja-pekerja dapat meninggalkan kesatuan tersebut dan menyertai ataupun memulakan kesatuan yang baru berbanding dengan keadaan sebelum pindaan ini.

Kita boleh lihat negara maju yang mempunyai dasar kebajikan sosial yang baik, kebanyakan negara-negara ini dapat menghasilkan persekitaran pekerjaan yang lebih sihat dan kebajikan lebih baik untuk pekerja adalah disebabkan oleh peranan yang dimainkan oleh kesatuan sekerja contohnya negara-negara di North Europe. Hampir lebih daripada 65 peratus penduduk di negara tersebut telah menyertai kesatuan sekerja di mana hampir lapan hingga 90 peratus pekerja dari negara-negara ini terlindung di bawah perjanjian rundingan kolektif antara majikan dan juga kesatuan sekerja.

Oleh itu, jika kita ingin meningkatkan hubungan dalam industri ataupun melindungi kebajikan pekerja, pemerkasaan kesatuan sekerja adalah sebenarnya lebih berkesan daripada intervensi secara langsung daripada kerajaan. Tindakan intervensi kerajaan dalam hubungan industri tak semestinya akan mencapai hasil yang dapat memuaskan semua pihak ataupun nampak adil untuk semua. Kerajaan juga mungkin tidak mampu untuk memperkenalkan dasar yang secara terperinci atau secara mikro yang dapat menguruskan hubungan antara majikan dan pekerja di setiap bidang. Sebenarnya jika kesatuan sekerja mempunyai kuasa rundingan yang saksama dengan pihak majikan, maka kedua-dua pihak akan mampu untuk mencapai terma yang adil yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak.

Akhir sekali dengan adanya kesatuan yang lebih cekap dan berkesan melalui persaingan adalah kesatuan tersebut juga akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap kemahiran dan keupayaan ahli pekerja mereka. Ini juga dapat membantu untuk meningkatkan produktiviti pekerja yang akhirnya akan
mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pekerja dan juga majikan serta mencapai satu keadaan win-win situation, dengan izin, kepada semua pihak. Atas sebab itu, saya harap kerajaan dapat terus membantu untuk memperkasakan kesatuan sekerja di negara kita. Sekian, terima kasih.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari:

Pindaan ini ialah untuk membuat satu – untuk meminda supaya tiada sekatan pada waktu ini untuk mewujudkan banyak kesatuan sekerja dari satu tempat kerja. Dan rang undang-undang ini sebenarnya telah dibentangkan di Dewan ini cuma belum sempat dibawa ke Dewan Negara.

Jadi ini merupakan satu semangat yang bagus di mana kita meneruskan apa juga polisi dan juga kerja-kerja yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu jika ia merupakan satu perkara yang baik kerana untuk melahirkan satu rang undangundang seperti ini sudah tentu memerlukan kepada perbincangan dan juga memerlukan kepada kerja yang bukan sedikit daripada pihak pegawai yang berada di kementerian yang terbabit. Tahniah kepada kementerian meneruskan usaha kerajaan yang terdahulu.

Cuma beberapa persoalan yang mungkin untuk saya lontarkan di sini ialah apakah rasional perlunya banyak kesatuan sekerja bagi mewakili sesuatu pertubuhan atau pekerjaan kerana sebagaimana disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini.

Adakah ia dikhuatiri tidakkah ia dikhuatiri akan membawa kepada pecahan di antara aktivis kesatuan sekerja nanti, dan apakah wujud syarat dan pengawalan ketat oleh kementerian bagi meluluskan pendaftaran kesatuan sekerja yang baharu, bagi memastikan mereka yang ingin menerajui kesatuan sekerja ini, betul-betul mewakili sesuatu golongan pekerja. Bukannya niat untuk bersaing dengan kesatuan sekerja yang lain dan masih ramai lagi majikan yang didapati enggan mengiktiraf kesatuan sekerja dan bersedia untuk berunding dengan mereka.

Pengiktirafan kesatuan sekerja adalah penting kerana ia memberikan kuasa kepada kesatuan untuk berunding dan untuk mendapatkan situasi keadaan kerja yang lebih baik. Jadi, apakah tindakan kementerian dalam hal ini?

Saya mendapat maklumat bahawa hanya enam peratus sahaja dari keseluruhan sektor kerja yang terlibat dengan aktivis ini aktiviti pergerakan kesatuan sekerja. Jumlah ini amatlah sedikit dan menjadi kerisauan kerana dengan wujudnya pindaan ini, seperti mana yang disebut tadi, adakah kita tidak khuatir, perpecahan dijangka akan berlaku dan suara pekerja kelihatan tidak bersatu?

Kesatuan sekerja di Malaysia tidak berapa kuat, di sebaliknya adanya undang-undang yang membenarkan pembentukan kesatuan sekerja ini. Jadi, inilah persoalan yang saya kira perlu dijelaskan oleh Menteri. Dalam satu laporan BERNAMA, pada pengiraan terakhir, terdapat sebanyak 770 kesatuan sekerja di
Malaysia, dengan 993,000 ahli dan dikatakan bilangan keahlian semakin berkurangan.

Mei lepas, saya memetik kenyataan Setiausaha Agung MTUC memberitahu BERNAMA, jumlah ahli kini di antara 500,000 dan 800,000 daripada 15 juta keseluruhan pekerja dalam negara ini. Dengan begitu banyak kesatuan sekerja dan jumlah ahli yang kecil, suara kolektif untuk membuat tawaran dan rundingan, contohnya, bagi gaji dan keadaan bekerja yang lebih baik dibimbangi hampir lenyap.

Kebanyakan kesatuan-kesatuan sekerja mempunyai kurang daripada 500 ahli. Ini sesuatu yang tidak bagus. Sekiranya mahu suara anda didengari, mesti ada sekurang-kurangnya kesatuan sekerja dengan jumlah keahlian yang besar. Barulah suara kesatuan sekerja ini boleh menjadi lantang.

Banyak isu yang perlu diperjuangkan oleh kesatuan sekerja sekarang ini.

Malaysia berdepan dengan isu gaji yang tidak berubah. Yang sebelum berlaku pandemik lagi, dan apabila kadar inflasi meningkat tanpa kenaikan gaji, bermakna pekerja kehilangan kuasa membeli. Walaupun sekarang, kadar inflasi turun sehingga ke paras 2.0 tetapi realiti harga barang di bawah sana, masih belum dapat dinafikan, belum dapat memberikan kelegaan kepada rakyat, walaupun Malaysia menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan.

Daripada RM1,200 bermula Mei tahun lepas, pelaksanaannya dilaporkan amat perlahan. Dengan RM1,500 apalah yang cukup untuk menyara kehidupan?

Tanyalah sesiapa di Lembah Klang. Mereka pasti mengeluh dan menyatakan, bagi orang bujang sekalipun, jumlah itu setakat cukup-cukup makan, yakni untuk bayar sewa, beli makanan dan keperluan lain, apatah lagi untuk sebuah keluarga.

Dan, Bank Negara sebelum ini melaporkan bahawa, gaji yang cukup pada masa ini untuk menyara hidup pasangan suami isteri, dengan dua orang anak di Kuala Lumpur ialah RM6,500 berbanding RM2,700 pada tahun 2016. Jadi, oleh yang demikian, saya menyarankan kesatuan sekerja perlu fokus kepada isu-isu seperti ini, dengan satu kesatuan suara yang mantap untuk dibawa ke depan, dan cadangan saya ialah dalam isu soal gaji minimum ini, perlu melihat kepada geografi yang berbeza.

Sudah tentu, RM1,500 di Lembah Klang berbeza dengan RM1,500 di lokasi-lokasi lain yang kos sara hidupnya lebih rendah. Jadi, ia tidak boleh diselaraskan ke seluruh negara dengan satu jumlah sahaja yang menyebabkan ia kelihatan agak kurang adil di tempat-tempat yang agak tinggi.

Jadi realitinya, undang-undang berkaitan kesatuan sekerja ini juga, perlu juga dikemas kini bagi menutup sebarang kelompangan dan memperkukuhkan kesatuan sekerja.

Saya nak sebut tentang isu kesatuan sekerja di kalangan pemandu e-hailing dan penghantar makanan.
Mereka tidak boleh mempunyai kesatuan sekerja, Yang Berhormat Menteri kerana keadaan bekerjanya lebih baik, kerana mereka tidak dianggap sebagai bekerja. Pemandu, penunggang Grab, Foodpanda dan sebagainya, contoh, tidak boleh menubuhkan kesatuan sekerja untuk berunding bagi mendapatkan gaji kerana keadaan dan keadaan kerja serta perlindungan yang lebih baik. Ini kerana

Pekerja gig ekonomi dianggap sebagai kontraktor kerana mereka menyediakan servis menggunakan bahan dari pihak lain. Bukan pekerja pangkalan yang berdaftar.

Jadi, oleh yang demikian, bagaimana Menteri melihat situasi ini dan bagaimana kerajaan melihat untuk menangani isu ini yang, kalau dibiarkan, ia akan menyebabkan satu penganiayaan dan keadaan yang kurang adil kepada pekerjapekerja, anak-anak muda gig ekonomi. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Tuan Sim Tze Tzin:

Tujuan RUU ini adalah untuk membuka ruang yang lebih demokratik dalam sektor kesatuan sekerja supaya sektor ini, iaitu kesatuan sekerja menjadi lebih dinamik dan lebih mewakili hak dan aspirasi pekerja-pekerja kita. Secara dasarnya, saya menyokong dasar kerajaan dan pindaan akta ini.

Cuma, saya ingin bangkitkan beberapa pendapat dan persoalan supaya kita mohon supaya Menteri boleh jawab nanti.

Pertama sekali, saya ingin membahas ruang RUU ini dengan konteks yang lebih besar kerana kebanyakan pembahas kita tumpukan kepada hak kebajikan dan sebagainya tetapi, saya ingin membawa perspektif sebagai pembangunan negara kita, ya. Malaysia adalah sebuah negara yang membangun. Malaysia masih
bergantung kepada foreign direct investment dan domestic direct investment untuk pembangunan negara kita.

Selama ini, kita tahu bahawa, hubungan kesatuan sekerja dan juga majikan adalah aman, baik. Maka, foreign direct investor atau domestic direct investor, mereka mempunyai keyakinan untuk melaburkan duit mereka dalam Malaysia, and we have benefitted.

Dan, kita tengok sekarang, Perdana Menteri kita sekarang bertungkus-lumus menarik FDI dan DDI daripada seluruh dunia, dan kita tahu bahawa, this is a very you know, because of geopolitical issues, we have a very short window, di mana kita boleh mendapat as much foreign direct investment as possible.

Jadi, kita nampak bahawa statistik daripada MITI menunjukkan bahawa Malaysia sebenarnya mendapat RM1.23 trilion for foreign direct investment dan domestic direct investment daripada tahun 2020 sehingga suku pertama 2023. It is unprecedented and is very big, sebab ada keyakinan kepada Malaysia. Maka, dalam konteks inilah, saya harap bahawa, kementerian boleh menjaga hubungan kesatuan sekerja dan juga majikan, dan juga pihak pekerja dengan baik.

We have to have a harmony relationship. Dia tidak boleh ada ketidakharmonian or extremism dalam kesatuan sekerja.

Jadi, saya ingin menyeru kepada pemimpin. Pemimpin kesatuan sekerja, selepas rang undang-undang ini diubah, dia kena ada kebertanggungjawaban itu. Responsibility itu untuk menjaga keharmonian itu, supaya they put the nation building as more important than their own self-interest.

Kesatuan sekerja, dia bukan hanya myopic. Dia tidak boleh hanya semata-mata untuk kepentingan diri atau kesatuan mereka sahaja, tetapi dia kena tengok daripada konteks pembangunan negara kita. Saya juga nampak bahawa, RUU ini memberi ruang untuk mengadakan lebih banyak kesatuan sekerja dalam satu-satu sektor atau satu syarikat.

Saya nampak bahawa ini adalah yang baik supaya ada – the intention-nya adalah untuk memberi persaingan yang sihat. Walau bagaimanapun, saya juga ingin membangkitkan kepada Menteri bahawa adalah, selalunya berlaku adalah – realitinya adalah, kalau mereka ada pertandingan dalam pemilihan, dalam kesatuan sekerja, team A lawan team B, dan team A menang, team B kalah, team B keluar untuk tubuhkan kesatuan sekerja yang lain.

Selepas itu, lawan lagi, jadi team C, team D dan team E. Jadi, dia menjadi pelbagai – terlalu banyak kesatuan sekerja dalam satu-satu ruang yang sangat sempit dan akhirnya, apa yang berlaku, saya takut adalah dia menjadi ekstremis sebab dia ingin menjadi wira, jaguh kepada, you know, their members.

Jadi, dia berlumba-lumba. Kesatuan sekerja A, B, C, D, berlumba-lumba dan mereka menjadi yang nak jadi jaguh, hero itu, dia menjadi ekstrem dan akhirnya, dia menjadikan relationship itu, dia tidak akan harmoni. Jadi saya harap bahawa kementerian ada mekanisme untuk menjaga isu ini…

Dan akhir sekali, saya nampak bahawa – saya setuju dengan Pasir Mas tadi bahawa ada masalah di mana kerana kita hanya ada lapan peratus pekerja dalam kesatuan sekerja tetapi yang gig workers, e-hailing, itu jumlah yang sangat besar tetapi nasib mereka tidak terbela. Mereka tidak mempunyai avenue untuk negotiate satu kontrak yang lebih baik.

Jadi saya rasa Menteri kena ada sesuatu untuk membantu pekerja-pekerja gig, e-hailing, abang-abang Grab kita supaya kebajikan mereka, mereka boleh negotiate sesuatu yang lebih baik untuk kebajikan mereka.

Ahli Parlimen Jerlun, Dr. Abd Ghani Ahmad:

Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Kesatuan Sekerja 1959 (Pindaan). Pertama sekali saya ingin membuat teguran kepada Yang Berhormat Menteri tentang penyediaan RUU ini. Saya lihat RUU ini disediakan dengan dicampur aduk dengan dua bahasa. Lihat halaman 1 sehingga 17, kepala tajuk ditulis dalam Bahasa Melayu tetapi pindaan dalam seksyen atau subseksyen ditulis dalam bahasa Inggeris.

Lihat huraian pula di halaman 18 sehingga 24, semuanya ditulis dalam Bahasa Melayu. Lihat di ruangan bahasa Inggeris, bermula daripada kepala tajuk pindaan dalam seksyen atau subseksyen dan huraian, semuanya ditulis dalam bahasa Inggeris. Mengapa disediakan begini? Ini sudah tentu overlook dan tak sepatutnya berlaku. Sepatutnya disediakan dalam dua versi. Satu Bahasa Melayu kesemuanya dan satu lagi dalam bahasa Inggeris.

Lihat Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006, disediakan dalam dua versi – Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ini bukan apa, untuk memudahkan perbahasan di kalangan Ahli-ahli Parlimen. Lain pergi pun Perkara 8 Peraturan Mesyuarat menyebut Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Dewan yang mulia ini.

Dalam RUU ini sebanyak 35 seksyen dan subseksyen dipinda. Dalam Akta Ibu, Akta 262 ada 79 seksyen. Ini menunjukkan hampir 44 peratus pindaan dibuat dalam RUU ini.

Pada saya, cadangan pindaan ini adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian sama ada ia adalah sesuatu yang wajar dipinda ataupun tidak. Terdapat sembilan seksyen yang dipinda adalah berkaitan mewujudkan kepelbagaian kesatuan sekerja.

Pindaan kepada kepelbagaian kesatuan sekerja ini boleh mewujudkan kelemahan tertentu dan impak negatif kepada kesatuan sekerja. Antaranya, akan mewujudkan lebih daripada satu kesatuan sekerja di satu tempat kerja.

Yang kedua, mewujudkan persaingan antara kesatuan sekerja di tempat kerja.

Yang ketiga, mencuri keahlian sesama ahli kesatuan sekerja yang lain.

Yang keempat, wujud konsep divide and role, dengan izin, pecah dan perintah.

Yang kelima, kesatuan sekerja akan bertugas atas belas kasihan majikan dan yang kelima, ada kuasa tawar-menawar dalam perjanjian kolektif. Perjanjian kolektif pula wujud melalui perundingan kolektif, collective bargaining, dengan izin atau perundingan bersama. Ia merupakan suatu proses penting bagi kesatuan sekerja berunding hak-hak atau faedah-faedah pekerja dengan majikan secara berkala.

Contohnya apabila syarikat untung dalam perniagaannya, majikan harus berkongsi keuntungannya dengan pekerja-pekerjanya yang membuat kerja. Inilah konsep keadilan sosial antara majikan dan pekerja.

Merujuk pindaan seksyen 49, tajuknya pelaburan wang. Seksyen 49(3) Akta Ibu, penjara tak lebih dua tahun dan denda tak lebih RM2,000. Melalui pindaan seksyen 49(3), penjara dikekalkan tak lebih dua tahun tetapi denda dinaikkan sehingga tidak lebih RM10,000. Logik kah denda tak lebih RM10,000 itu dinaikkan hanya bagi kesalahan kesatuan kerja membeli, menjual, memajak atau menggadai tanah atau bangunan miliknya, melabur atau meminjam wang daripada bank-bank dan mendepositkan wang di bank tanpa kelulusan Menteri? Ini adalah kesalahan melanggar kuasa Menteri sahaja, bukan kuasa kesalahan jenayah.

Merujuk seksyen 56(5) Akta Ibu, penjara tak lebih enam bulan dan denda tak lebih RM1,000. Melalui pindaan seksyen 56(5) ini, penjara dikekalkan tak lebih enam bulan tetapi denda dinaikkan sehingga tak lebih RM5,000. Logik kah denda tak lebih RM5,000 hanya bagi kesalahan pemalsuan pendapatan atau ketinggalan sesuatu akaun kesatuan sekerja yang disediakan dalam laporan kewangan atau penyata tahunan kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja? Ini adalah kesalahan melanggar kehendak Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja, bukan kesalahan jenayah.

Merujuk pindaan seksyen 57(4), seksyen 62(1), seksyen 62(2). Ketiga-tiga seksyen tersebut dipinda, denda tak lebih RM1,000 kepada denda tak lebih RM5,000. Pada saya, kenaikan denda daripada RM1,000 kepada RM5,000 adalah terlalu tinggi, terlalu drastik, dengan izin. Saya mencadangkan agar denda itu
dinaikkan di peringkat kesalahan pertama, RM3,000 ataupun satu jumlah yang berpatutan. Jika berlaku kesalahan kedua, barulah dinaikkan kepada RM5,000. Ini dinaikkan terus kepada RM5,000. Kalau kesalahan yang kedua, berapa pula kesalahan yang akan di caj kepada dia?

Seksyen 63A hingga 63B dan seksyen 71(b) RUU ini, kedua-dua seksyen ini memberi kuasa yang lebar dan luas kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk menuntut pengeluaran dokumen tanpa asas dan kuasa merampas dokumen. Kuasa-kuasa tersebut pada saya, perlu dikaji semula untuk mengelakkan penggunaan kuasa Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja yang berlebihan ataupun lebih tepat lagi, berlakunya penyalahgunaan kuasa.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, dalam kes Kesatuan Pekerja-pekerja Bukan Eksekutif Maybank Berhad (NUBE) lawan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank & Anor, Mahkamah Persekutuan pada 10 Mac 2017 telah menolak rayuan yang dikemukakan atas asas wujudnya ketidakharmonian dalam kesatuan kerja akibat kuasa yang berlebihan yang digunakan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.

Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib:

Sebelum saya bahas ini tadi, berhubung dengan dua, tiga orang kawan, kenalan sebab dulu saya bekerja di sektor perkilangan. Dua kilang saya kerja. Hokuden (Malaysia) Sdn. Bhd., Podoyo (Malaysia) Sdn. Bhd.

Kemudian kerja di Tanjong Puteri Golf Resort. Pernah jadi cikgu. Kemudian menyertai kerajaan dan terakhir di Unit Perancang Ekonomi, JPM. Jadi, beberapa pandangan ini saya kongsikan lah berkaitan dengan Akta Kesatuan Sekerja ini. Antaranya adalah yang disebut oleh rakan-rakan saya adalah sebenarnya tidaklah sangat mendesak pada pihak mereka untuk pindaan ini, terutamanya berkaitan dengan iltizam kerajaan untuk ada lebih daripada satu persatuan sekerja dalam sesebuah tempat kerja. Kerana apa yang mereka katakan yang paling peting kepada mereka adalah tentang kebajikan dan social security sebenarnya, terutama berkaitan dengan sistem yang dah bagus di PERKESO itu diperkasakan lagi lah.

Dan mereka cuba membayangkan kepada saya tadi, konversasi dengan mereka melalui phone. Dia kata, “Kau bayangkan lah Manndzri ya, dekat Hokuden ini tiba-tiba ada dua persatuan pekerja yang mewakili kami. Kemudian nanti lepas tiga empat tahun, wujud pula lagi tiga.” Rasanya bukan lah mendatangkan kebaikan.

Dia akan mewujudkan seperti mana Bayan Baru sebutlah, akan ada banyak politicking dan dibimbangi politicking yang wujud dalam kesatuan-kesatuan sekerja yang bakal tumbuh nanti selepas kita laksanakan akta ini adalah menjejaskan produktiviti pengeluaran terutamanya di sektor industri lah.

Sebenarnya dalam ruang yang sempit, saya sukalah nak menyeru kepada kementerian supaya melihat lagi kepada industri atau pun pekerjaan yang sememangnya diwujudkan kesatuan. Yang mana dah ada bagus itu, biarkan lah ya.

Dan daripada data yang disediakan kepada saya ini, kita sekarang ini ada 767 kesatuan pekerja swasta dan melibatkan 960,000 lebih kurang pekerja berdaftar. Sekitar 9.6 peratus. Jadi, kalau tujuannya untuk kita membolehkan- tambah lebih kesatuan sekerja ini semata-mata nak tambahkan jumlah kesatuan sekerja atau pun menambah penglibatan 960,000 ini, 9.6 peratus ini saya rasa tidaklah banyak sangat yang boleh dicapai sebab akhirnya nanti akan sebagaimana Bayan Baru sebut akan ada kelompok A, kelompok B dan sebagainya. Dan saya sebenarnya lebih suka untuk agar…

Saya sebut tadi berdasarkan apa yang saya dihubungi tetapi sebenarnya kita kena tengok juga pada perkilangan atau pun institusi pekerjaansektor yang ada itu. Mungkin pelaksanaan ini bergantung kepada nisbah jumlah pekerja yang ada. Kadang-kadang kilang ini ada 50. Ada 100. Ada 500. Ada yang
beribu pun.

Mungkin yang banyak itu mungkin boleh dipertimbangkan lah tetapi apa pun dalam pelaksanaan Akta Kesatuan Sekerja ini nanti kelak yang dipinda, ia mestilah mengambil kira tentang adakah kewujudan lebih daripada satu. Saya tidak tahu berapa banyak libat urus yang dibuat. Saya minta maaf sebab semasa buat sesi taklimat itu, saya dengan Jawatankuasa berada di Jepun. Pak Hassan Pasir Gudang dan juga Gopeng dan Rasah. Jadi, tidak dapat gambaran.

Cuma ruang yang ada ini, saya nak maklumkan bahawa kena pastikan pelaksanaan ini mengambil kira faktor-faktor yang demikian kerana kalau sekiranya akta ini dilaksanakan, menjejaskan produktiviti saya bimbang ia memberi impak ekonomi kepada negara kita juga. Sebab mungkin pelabur asing selama ini datang ke negara kita sebab dia kata, “Eh di Malaysia okey sebab kesatuan sekerjanya tak berapa keras. Jadi, kita melaksanakan perniagaan dengan lebih baik. Dengan lebih tersusun. Boleh merangka perancangan perniagaan dengan lebih menguntungkan.”

Tetapi mungkin dengan perkembangan ini kena tengok juga lah daripada sisi itu ada tak kesan dia kepada pelabur-pelabur kita untuk membuat keputusan melakukan perniagaan di negara kita. Kita sekarang ini dalam keadaan ekonomi begini. Kita ada banyak lagi kawasan perindustrian yang hendak diperkasakan. Kita hendak tarik pelaburan. Kita bimbang. Satu keputusan yang kita nak buat ini akan memberi impak kepada masa depan ekonomi itu sendiri lah, tetapi, untuk rang undang-undang ini dibicarakan, saya mohonlah kalau perlukan masa lagi- ya lah, sudah diangkat di sini, diberi minta pandangan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Saya pun di Tenggara pun pernah pula terlibat dengan industri. Setakat daripada penelitian saya, dia perlukan satu kajian lah yang mendalam lagi. Libatkan lebih ramai lagi counterpart kita. Kita punya rakan strategik untuk melaksanakan ini bukan semata-mata desakan daripada ILO atau pun undang-undang antarabangsa.

Kita kena tahu. Kita kena faham konteks negara kita. Bagaimana menjalankan sebuah kesatuan sekerja.

Jadi, sebagai penutupan Tuan Yang di-Pertua, sedikit saya ambil masa. Apa pun yang kita hendak laksana dan lakukan, yang paling penting sekali adalah adakah ia mengancam produktiviti industri kita, pekerja-pekerja kita, semua sektor lah dan yang paling penting sekali keharmonian dalam kalangan pekerja itu adalah amat mustahak kerana kalau ada too politicking dalam pekerjaan dan di luar pagar.

Kalau saya ambil contoh kilang, di luar pagar kilang dahlah banyak sangat politicking. Bila dibawa masuk ke dalam, saya bimbang kalau ada kewujudan lebih daripada satu, dua, tiga persatuan. Nanti politik masuk, produktiviti kita tak ke mana dan imej negara industri kita akan terjejas. Itu sahaja lah daripada Tenggara.

Saya sokong yang baik-baik itulah. Yang baik-baik kita sokong tetapi kita kena tengok, teliti balik supaya saya bukan apa, concern saya adalah pasal ekonomi. Kita bimbang nanti ada impak, kan? Bukan pasal soal nak lulus, tidak lulus tetapi soal dia implikasi itulah. Jadi, kementerian – Menteri ada dekat sini boleh tengok lebih sedikit lah ya.

Yang Berhormat Pasir Salak, Tuan Jamaludin Yahya:

Kesatuan sekerja mempunyai fungsi dan peranan yang sangat penting. Antaranya ialah kesatuan sekerja berperanan sebagai kumpulan pendesak di tempat kerja. Mereka perlu dilihat sebagai berkeupayaan untuk mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak majikan yang melibatkan kepentingan dan kebajikan pekerja-pekerja.

Yang kedua, kesatuan sekerja juga berperanan dalam memastikan kedudukan gaji dan faedah-faedah kewangan yang diperolehi pekerja-pekerja sentiasa dioptimumkan.

Yang ketiga, kesatuan sekerja hendaklah sentiasa mengawal selia sistem perhubungan, perusahaan bersama-sama dengan pihak pengurusan di tempat kerja supaya kebajikan pekerja-pekerja sentiasa diberi keutamaan dan dilindungi. Perkara ini dapat direalisasikan sebagai termeterainya perjanjian kolektif.

Yang keempat, kesatuan sekerja juga berperanan menyediakan perkhidmatan dan latihan bagi meningkatkan taraf kehidupan dan sosial ahli-ahli dari masa ke semasa, seiring kemajuan dan pembangunan ekonomi dalam negara.

Berdasarkan Laporan Industrial Harmony Index 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, skor IHI secara keseluruhan yang dicapai oleh negara kita bagi tahun 2020 adalah 78 persen. Skor ini menunjukkan tahap keharmonian perusahaan di negara kita adalah di tahap yang baik.
Di bawah pindaan saya ingin merujuk kepada Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 8, Akta 262 perenggan 4A yang bertujuan melanjutkan tempoh permohonan untuk pendaftaran satu kesatuan sekerja di bawah subseksyen 81 Akta 262 ini daripada satu bulan kepada enam bulan dari tarikh kesatuan sekerja itu ditubuhkan. Pindaan yang dicadangkan akan memberikan masa yang mencukupi bagi suatu kesatuan sekerja untuk memohon bagi pendaftarannya. Pasir Salak menyarankan supaya tidak perlu terlalu lama hingga enam bulan. Tiga bulan pun sudah mencukupi.

Sesebuah kesatuan sekerja yang cekap dan berkesan juga bergantung kepada cara pengurusan dan urus tadbir hal ehwal sesebuah kesatuan sekerja. Pengurusan kesatuan yang baik dan cekap sudah tentu sentiasa akan menitikberatkan penglibatan pekerja-pekerja dalam pelbagai dimensi yang akan mencorakkan hala tuju dan masa depan ahli-ahli.

Dalam hal ini juga, pengurusan kesatuan perlu mewujudkan perbincangan secara berkala untuk ahli-ahli dan pihak pengurusan majikan dalam menentukan dan menguruskan amalan perhubungan perusahaan yang sentiasa mengambil berat dan memelihara kebajikan ahli-ahli dan pekerja-pekerja. Pasir Salak ingin menyatakan satu- beberapa cabaran dan halangan yang penting untuk Pasir Salak huraikan dalam perbahasan ini iaitu yang pertamanya, hubungan dengan majikan. Sering kali kita mendengar hubungan antara majikan dan kesatuan sekerja sentiasa dingin. Majikan dikatakan telah mempunyai persepsi negatif terhadap kesatuan sekerja sejak dari awal sebelum penubuhan sesebuah kesatuan sekerja lagi.

Persepsi sebegini tidak membantu menyuburkan sistem perhubungan perusahaan antara majikan dan pekerja-pekerja. Malah persepsi negatif sebegini hanya akan membantutkan sistem perhubungan perusahaan dalam negara kita.

Akhir sekali, masa depan pergerakan kesatuan sekerja dan keberkesanan peranannya di dalam negara kita banyak bergantung pada sejauh mana kepimpinan kesatuan sekerja dapat menguruskan dan menangani semua faktor dan cabaran-cabarannya.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari:

Negara kita dibina oleh kaki, tangan dan tenaga para pekerja dan kita lihat setiap pembangunan pencapaian itu semua adalah dari hasil tangan kelas pekerja. Malah cuti dua hari seminggu dan kerja lapan jam sehari itu adalah perjuangan panjang golongan pekerja terdahulu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita menyokong usaha baik kerajaan melalui rang undang-undang ini, kita tidak boleh untuk menutup sebelah mata terhadap kesan rang undang-undang ini dan bagaimana undang-undang ini boleh ditambah baik agar tidak ada penindasan terhadap para pekerja dan tidak ada
pengeksploitasian terhadap para pekerja. Umum mengetahui bahawa kesatuan sekerja ini diwujudkan supaya tidak ada pengeksploitasian oleh pihak majikan ke atas mereka dan satu elemen penting dalam memastikan suara kesatuan cukup kuat untuk mengawal setia kemandirian mereka adalah elemen solidariti.

Rang undang-undang ini akan membawa ke arah multiplicity of unions atau kepelbagaian kesatuan yang bererti satu-satu industri itu atau tempat kerja boleh wujud lebih dari satu persatuan. Dan ini akan menyebabkan kesannya itu adalah berkurangnya solidariti sesama warga pekerja dan ahli kesatuan memandangkan solidariti itu adalah opsyenal. Pada pandangan saya, hal ini akan menyebabkan adanya impak jangka masa panjang dan akan menyebabkan berkurangnya produktiviti bekerja dan kesatuan antara pekerja-pekerja tersebut.

Antara permasalahan yang juga akan timbul adalah kewujudan puppet union atau kesatuan yang menjadi boneka kepada majikan. Kewujudan kesatuan boneka ini hanyalah mengangkat kepentingan majikan mereka sahaja dan bukannya ahli kesatuan mahupun warga pekerja secara keseluruhan. Maka, cadangan saya kepada pihak kementerian adalah supaya melihat semula bahagian rang undang-undang ini yang akan membuka ruang kepada eksploitasi ini.

Kita melihat pada masa kini, zaman kini lebih banyak pekerja-pekerja memilih untuk ke arah pekerjaan gig khususnya anak-anak muda dan pekerjaan gig ini kita tidak melihat ia adalah suatu konvensional. Walau bagaimanapun, kalau kita teliti pekerjaan gig ini masih ada elemen majikan dan pekerja. Cuma permasalahan di sini adalah pekerja-pekerja gig khususnya e-hailing tidak ada satu mekanisme yang baik, tidak ada satu ketetapan bahawa mereka ini akan diwujudkan satu kesatuan kerja terhadap pekerja-pekerja Grab e-hailing dan ini telah pun disuarakan oleh pemandu-pemandu e-hailing dan Grab khususnya anak-anak muda.

Bagi para riders, mereka memerlukan satu mekanisme untuk mewujudkan kesatuan yang ampuh yang akan bersuara bagi pihak mereka kerana mereka juga adalah pekerja. Bagi pihak seperti anak seni pula, kesatuan mereka perlu diperkasakan lagi seiring perkembangan dalam bidang tersebut. Dan kedua-dua
bahagian pekerjaan gig ini dan bahagian-bahagian lain profesion ini perlu diberikan perhatian khusus dan rang undang-undang ini boleh ditambah baik untuk memasukkan sekali golongan ini dan ini amat-amatlah penting.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian agar meluaskan lagi skop rang undang-undang ini supaya mengambil kira ruang untuk pekerja gig ini mewujudkan satu kesatuan mereka sendiri yang diiktiraf dan diperkasakan. Jadi saya mohon kementerian agar teliti tentang perkara ini dengan sebaik mungkin sebelum rang undang-undang ini dapat diluluskan bersama di dalam Dewan yang mulia ini.

Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor:

Pindaan RUU Kesatuan Sekerja. Kesatuan sekerja penting untuk memperjuangkan keadilan dan menuntut hak kebajikan pekerja. Daripada 15 juta pekerja di negara ini, tidak sampai 10 peratus yang menjadi ahli persatuan. Fasal 2 untuk membenarkan kesatuan sekerja ditubuhkan merentasi trend pekerjaan atau industri yang akan menubuhkan kepelbagaian kesatuan sekerja.

Dalam masa yang sama, ia dapat meningkatkan bilangan kesatuan sekerja dan inilah juga masalah yang kita hadapi bahawa selama ini hanya sedikit sahaja kesatuan sekerja yang dapat bergerak dengan sebaiknya.

Oleh itu, bagi Temerloh pindaan ini dapat menambah bilangan kesatuan sekerja kerana kesatuan sekerja merupakan jambatan yang menghubungkan antara pekerja, majikan dan juga kerajaan. Suara kesatuan dan tuntutan akan lebih berkesan dan akan diambil perhatian oleh majikan atau kerajaan terutama yang berkaitan dengan hak-hak kebajikan pekerja, tetapi Temerloh berpandangan pindaan ini membolehkan kesatuan yang menyokong atau menjadi proksi kepada majikan untuk memanipulasi sentimen ahli.

Temerloh juga ingin mengetahui, apakah respons kerajaan terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh gabungan membantah kepelbagaian kesatuan sekerja? Temerloh berpandangan sudah tiba masanya pekerja-pekerja profesional juga memiliki kesatuan sendiri kerana di sana akan ada perlindungan dan hak mereka akan dapat dilaksanakan.

Dalam fasal 4, perenggan 4A – melanjutkan tempoh permohonan kesatuan sekerja dari satu bulan kepada enam bulan yang memberi masa dan peluang lebih luas supaya kesatuan itu berjaya didaftarkan. Temerloh menyokong pindaan ini kerana hanya kesatuan sekerja yang berdaftar sahaja akan mendapat pengiktirafan majikan.

Namun, Temerloh menyarankan adanya kriteria-kriteria khusus untuk menerima kelewatan pendaftaran kesatuan sekerja. Dengan adanya kesatuan sekerja ini, ia akan dapat mengelakkan isu-isu diskriminasi gaji, peluang naik pangkat, jenis pekerjaan yang melibatkan jantina dan juga kaum.

Namun, apakah jaminan kerajaan kesatuan sekerja yang ditubuhkan benarbenar fokus untuk memperjuangkan hak dan perlindungan pekerja, bukan membawa suara majikan ataupun kerajaan. Pindaan perenggan 4, perenggan 11B membenarkan seseorang mencapai umur 15 tahun menjadi anggota kesatuan sekerja berdaftar. Sebelum ini hanya umur 21 tahun sahaja yang layak menjadi ahli kesatuan.

Temerloh menyokong kerana kelayakan menjadi anggota kesatuan secara langsung dapat menikmati semua hak anggota kesatuan dan sebagai pekerja akan dilindungi haknya. Jika tidak ada pekerja muda yang diabaikan hak mereka terutama dari segi kebajikan. Sudah tiba masanya keanggotaan kesatuan sekerja diluaskan kepada semua yang layak.

Keanggotaan kesatuan sekerja biasanya dikuasai oleh golongan senior dan golongan muda kurang kesedaran untuk turut serta. Begitu juga sebahagian anggota kesatuan terdiri daripada golongan lelaki. Pekerja wanita kurang minat berpersatuan dan kurang kesedaran untuk terlibat. Akhirnya, isu-isu dan hak pekerja wanita terabai seperti cuti bersalin, cuti kematian suami. Apakah usaha-usaha yang perlu dibuat oleh kerajaan untuk menggalakkan penglibatan semua golongan dalam kesatuan sekerja?

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani mengatakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia kini sedang dalam usaha melibatkan pekerja-pekerja asing dalam kesatuan sekerja bagi mengelakkan mereka diperlakukan seperti buruh paksa. Apakah respons pihak
kerajaan terhadap isu ini?

Temerloh mohon Kementerian Sumber Manusia membuat kajian terperinci kerana ia akan melibatkan tuntutan hak yang sama dengan pekerja warganegara.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun:

Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 8, Akta 262 perenggan 4(a) bertujuan untuk melanjutkan tempoh bagi permohonan untuk pendaftaran suatu kesatuan sekerja di bawah subseksyen 8(1), Akta 262 dan seterusnya. Saya bersetuju dengan pindaan ini memandangkan untuk menubuhkan sesuatu kesatuan ianya memakan masa yang agak panjang. Untuk mewujudkan kesatuan juga, ianya akan menghadapi pelbagai cabaran.

Antaranya melibatkan majikan dan pekerja itu sendiri. Majikan seharusnya tidak menghalang atas usaha untuk mewujudkan kesatuan. Ia mungkin terjadi kepada sektor swasta. Seterusnya, perenggan 4(b) iaitu bertujuan untuk melanjutkan tempoh perlanjutan masa bagi permohonan untuk pendaftaran suatu kesatuan sekerja di bawah subseksyen 8(2) Akta 262 yang boleh diberikan oleh ketua pengarah daripada 6 bulan secara agregat kepada 12 bulan secara agregat. Saya berpandangan ia masa yang agak panjang dan saya suka mencadangkan untuk mengekalkan atau menambah masa tiga bulan menjadikan enam bulan ke sembilan bulan.

Saya juga mohon jawapan juga daripada Menteri kenapa tempoh enam bulan ditambah kepada 12 bulan?

Berikutnya fasal 6 iaitu bertujuan untuk meminda seksyen 12, Akta 262 perenggan 6(a) bertujuan untuk memotong subseksyen 12(2), Akta 262 berbangkit daripada pindaan yang dicadangkan kepada takrif “kesatuan sekerja” atau “kesatuan” dan selaras dengan objektif utama akta yang dicadangkan untuk membenarkan kepelbagaian pembentukan kesatuan sekerja.

Saya menyokong dengan pindaan ini dengan membenarkan kepelbagaian pembentukan kesatuan sekerja. Masih banyak lagi pekerja-pekerja industri yang masih tidak ada lagi kesatuan sekerja. Sefaham saya sektor elektronik masih tidak ada lagi kesatuan sekerja diwujudkan. Kalau ada sekali pun ianya berbentuk dalaman iaitu dipanggil internal union ataupun kesatuan dalaman yang melibatkan wakil pekerja dan majikan sahaja tanpa didaftarkan di bawah kementerian. Mohon untuk kementerian perbetulkan kenyataan saya sekiranya saya salah.

Saya difahamkan juga syarikat-syarikat lain seperti pembekal industri automotif, pembinaan dan pembekal bahan binaan, farmasi dan lain-lain masih lagi tidak ada kesatuan sekerja. Kesatuan ini cukup penting sebab banyak perkara yang perlu dilihat oleh majikan kepada pekerja. Dengan adanya kesatuan ia mewakili pekerja untuk membincangkan sesuatu dengan majikan.

Seterusnya perenggan 11(f) bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 26(2A) ke dalam Akta 262 untuk memperuntukkan bahawa anggota sesuatu kesatuan sekerja dalam kalangan pekerja yang telah dibuang kerja, ditamatkan, diberhentikan atau bersara tidak berhak untuk mengundi dalam perkara mogok dan seterusnya.

Mengenai dengan cadangan pindaan ini, saya bersetuju memandangkan pekerja terlibat tidak lagi bekerja di syarikat tersebut. Ianya boleh mempengaruhi pekerja yang sedia ada dan tidak adil kepada majikan. Biarlah atas apa pun juga sekali pun hanya pekerja sedia ada sahaja yang jelas mempunyai hak mereka untuk meluahkan sesuatu perkara dengan majikan mereka.

Walau bagaimanapun, sekiranya ada tuntutan yang perlu diselesaikan oleh majikan kepada pekerja yang telah diberhentikan secara tidak adil sewajibnya mereka diberi hak untuk menuntut dan mohon kementerian melihat juga mengenai perkara ini dan yang terakhirnya berkait dengan perkara untuk…

Mungkin sedikit dua pandangan yang berbeza memandangkan saya berpengalaman juga dalam union ini iaitu mewujudkan satu kesatuan yang satu company yang besar. Contoh, macam saya National Panasonic ada 6,000 pekerja. Setiap department itu ada dia punya union-nya sendiri dan seterusnya dia akan pergi
kepada induk dan saya melihat kepada keadaan tempat tersebut.

Sekiranya keadaan seperti yang saya nyatakan tadi sebaiknya satu kesatuan sekerja sahaja yang diwujudkan supaya ianya mudah untuk ditadbir oleh union ataupun kesatuan sekerja yang ada di satu-satu syarikat. Mungkin sekadar itu sahaja pandangan saya.

Nota: Hujah yang dibahaskan di Dewan Rakyat, yang dipetik daripada penyata urusan rasmi Parlimen.