UNI-MLC kunjung hormat Timbalan Menteri Sumber Manusia

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal mengetuai sesi kunjung hormat Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) ke atas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud.

PUTRAJAYA: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mengadakan kunjungan hormat solidariti ke atas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud di sini, semalam.

Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal menyampaikan taklimat mengenai aktiviti dan penglibatan majlis itu sebagai pusat pekerja sejak 28 tahun lalu.

Turut hadir Setiausaha Agung UNI-MLC, Mohd Effendy dan Bendahari, V. Mathialaghan Bendahari serta 18 orang pemimpin kanan UNI-MLC.

Majlis ramah mesra ini telah berlangsung selama satu jam.

“Ini satu sesi kunjungan ini sangat berjaya,” kata beliau.