CA MCBA-NUBE tawar lebih 20 insentif termasuk gaji naik hingga 18%, bayaran khas perayaan satu bulan gaji

Presiden MCBA, Datuk Nora Abd Manaf dan Presiden NUBE, Michael Tan bertukar-tukar dokumen Perjanjian Kolektif MCBA-NUBE Ke-19 pada majlis menandatangani yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir (dari kiri) Pengarah Eksekutif MCBA, Chua Kim Lin; Penggerusi Persatuan Bank-bank Malaysia (ABM), Datuk Khairussaleh Ramli; Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin; Konsultan NUBE, Raghawan Raghawan dan
Setiausaha Agung NUBE, J Solomon
.

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan Persatuan Bank-bank Komersial Malaysia (MCBA) hari ini dengan rasminya menandatangani Perjanjian Kolektif (CA) Ke-19 selepas berunding selama dua tahun.

CA ini berkuat kuasa bagi tempoh 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2023 atau sehingga diperbaharui perjanjian yang baharu.

Penyelesaian muktamad ke atas kesemua perkara yang dibangkitkan telah selesai awal minggu lalu, dan dokumen CA ditandatangani di Hotel Majestic, Kuala Lumpur hari ini. NUBE diwakili oleh Presiden, Sdr Michael Tan dan Setiausaha Agung Sdr J Solomon dengan disaksikan oleh Konsultan NUBE, Raghawan Raghawan manakala pihak MCBA, yang merupakan persatuan bagi bank-bank komersial, diwakil oleh Presidennya, YBhg Datuk Nora Abd Manaf dan Pengarah Eksekutif MCBA, YBrs Chua Kim Lin dan disaksikan oleh Pengerusi Persatuan Bank-bank Malaysia (ABM), YBhg Dato’ Khairussaleh Ramli.

Turut hadir menyaksikan majlis bersejarah ini yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur ialah Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata, kedua-dua NUBE dan MCBA telah bekerja keras untuk memastikan CA kali ini ditandatangani lebih awal dan sekurang-kurangnya ahli-ahli NUBE dapat merasai hasilnya sebelum akhir bulan Ramadan ini.


“Saya ingin ambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli-ahli NUBE, barisan EXCO NUBE dan MCBA serta ABM kerana telah menyatakan komitmen yang amat tinggi bagi memuktamadkan CA dengan segera dan memuaskan semua pihak,” kata beliau.

Jelas J Solomon, di sebalik kesemua cabaran, “kita tetap konsisten, profesional dan amalkan pendekatan hormat-menghormati pihak majikan di dalam rundingan ini meskipun dua kali rundingan menjadi tegang dan kita terpaksa memohon campur tangan Pengerusi ABM, Dato’ Khairussaleh Ramli. Akhirnya kita telah mencapai penyelesaian konstruktif bersama.”

Majlis menandatangani dokumen Perjanjian Kolektif MCBA-NUBE Ke-19 berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdapat lebih 20 skim dan insentif, bukan kewangan dan kewangan, yang telah dapat diselesaikan, sekali gus bakal memanfaatkan pekerja, terutama ahli-ahli NUBE. Sebahagian besar merupakan peruntukan atau artikel terbaharu, yang diadakan demi memartabatkan pekerja industri perbankan.

SENARAI SKIM DAN INSENTIF BUKAN KEWANGAN

  1. Nama baharu bagi pekerja Bukan Perkeranian, Kerani & Kerani Gred Khas
    Dalam 65 tahun sejarah NUBE, tiga gred ini iaitu Bukan Perkeranian, Kerani, dan Kerani Gred Khas akan diberi nama baharu iaitu:
    • Financial Enabler I (Pendaya Kewangan I)
    • Financial Enabler II (Pendaya Kewangan II) dan
    • Financial Enabler III (Pendaya Kewangan III)
  2. Peluang berkongsi pentingnya NUBE di dalam industri perbankan
    NUBE akan diberi sesi selama satu (1) jam di dalam program induksi setiap Bank, sekali dalam tempoh enam (6) bulan, untuk memperkenalkan NUBE kepada pekerja-pekerja baharu di bawah skop CA. Ini adalah satu kejayaan dalam CA kali ini. Perkembangan ini akan memberi rekrut baharu untuk memahami kepentingan menjadi ahli Kesatuan.
  3. Tafsiran “tempoh masa kepada Aduan”
    Sebelum ini beberapa bank, terutamanya bank antarabangsa mentafsirkan tempoh masa “boleh memfailkan dalam masa tujuh hari bermakna ia mesti difailkan dalam masa tujuh hari”. Walaupun ahli berada dalam MC selama enam hari, seseorang pekerja tidak boleh memfailkan aduannya pada hari kelapan. Sebaliknya, sekarang perkara ini telah dijelaskan bahawa seseorang ahli boleh memfailkan aduan dalam tempoh tujuh hari selepas dia menyedari situasi yang dia tidak berpuas hati. Ini adalah langkah progresif kerana ia menjelaskan tempoh untuk semua perkara.
  4. Cuti Kesatuan Sekerja
    Cuti Kesatuan Sekerja adalah cuti yang diberikan untuk ahli menghadiri aktiviti Kesatuan. Sebelum ini ada bank akan potong gaji ahli jika aktiviti tersebut tidak berkaitan dengan Bank mereka bekerja. Dengan perubahan ini, setiap Bank mesti memberi cuti bergaji kepada sekurang-kurangnya tujuh ahli atau pegawai untuk menghadiri piket di bank lain. Ini penting untuk ahli dan NUBE kerana apabila gaji ahli dipotong, ia membawa kesan kewangan ke atas ahli dan NUBE yang perlu membayar gaji ahli terbabit. Ini adalah satu bentuk penganiayaan kerana ahli dan NUBE dihukum kerana menggunakan hak asasi manusia mereka.
  5. Ahli-ahli yang diberhentikan masih boleh menjadi IRC dengan syarat dia tidak diberhentikan kerana melanggar integriti
    Ini adalah satu lagi langkah progresif dalam CA kali ini kerana apabila seorang ahli dipecat secara tidak adil, sebagai contoh salah laku kecil atau kerana piket dan ahli itu mencabar pemecatan yang tidak adil, walaupun undang-undang mengatakan bahawa ahli terbabit masih boleh memegang semua jawatan dalam kesatuannya, tetapi ada beberapa Bank yang tidak membenarkan ahli untuk terus menjadi IRC.
  6. Cuti Khas:
    • Kemudahan cuti belas kasihan, dan
    • Untuk paterniti, kita kini mempunyai 10 hari cuti bergaji.
  7. Kemudahan rawatan/terapi alternatif
    • Rawatan/terapi alternatif dengan syarat rawatan/terapi tersebut didaftarkan di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016.
    • Bank akan membayar sehingga RM1,000 setahun untuk rawatan ini, dan
    • Bank juga akan mengiktiraf cuti sakit yang dikeluarkan untuk rawatan/terapi ini sehingga maksimum tiga (3) hari setahun.
  8. Dialog sosial
    Peruntukan terbaharu dialog sosial iaitu membincangkan kesejahteraan sosioekonomi ahli NUBE. Ini adalah untuk mengimbangi hala tuju bisnes Bank dengan kepentingan ahli NUBE. Di bawah Artikel ini, NUBE akan bekerjasama dengan Bank untuk memupuk keharmonian industri yang lebih baik dan persefahaman yang lebih baik serta bekerjasama untuk kepentingan kedua-dua Bank dan ahli NUBE. Dialog sosial ini akan diadakan sekali dalam enam (6) bulan.
  9. Sistem & Teknologi Baharu
    Ahli-ahli NUBE mempunyai hak untuk meminta semua maklumat yang berkaitan dengannya dan juga meminta salinan bercetak. Sebagai contoh – ahli-ahli NUBE yang mahukan bahan e-Pembelajaran boleh meminta bahan itu.
  10. Keselmatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)
    Ini merupakan Artikel baharu. NUBE menekankan perkara ini kerana ramai ahli NUBE mengadu tentang sakit belakang, sakit tengkuk, sakit kepala yang berterusan, kencing manis, keguguran, tidak boleh hamil dan lain-lain. Melalui Artikel ini NUBE berharap dapat mewujudkan kesedaran tentang tempat kerja yang selamat, mengenal pasti bahaya, menyediakan latihan yang lebih baik kepada IRC dalam Jawatankuasa OSH dan Bank perlu menjalankan program kesedaran tetap mengenai OSH.

SENARAI SKIM DAN INSENTIF KEWANGAN

  1. Elauan Pemindahan diperkenalkan:
    (a) Pemindahan melibatkan lebih daripada 15km tetapi kurang daripada 35km – ahli akan menerima RM125.00/bulan selama tiga (3) tahun dari tarikh pemindahan.
    (b) Jika pemindahan melebihi 35km, Bank akan membayar:
    1) Satu kali perbelanjaan penempatan semula/perpindahan –
    Bujang – RM2,000
    Berkahwin – RM4,000
    (c) Kos pembungkusan dan pengangkutan (maksimum lapan (8) tan lori – RM3,000. Jika kos melebihi RM3,000, ahli hendaklah menyerahkan invois kepada HR untuk pembayaran balik.

(d) Penginapan di hotel yang baik selama 14 hari untuk seisi keluarga sehingga ahli dapat berpindah ke rumah baru/sewa.
(e) Elaun Makan RM70 selama 14 hari untuk ahli; 50% daripada RM70 untuk pasangan dan anak.
(f) Elaun Perumahan Bulanan –
Bujang – RM500
Kahwin – RM650

12. Elaun Kenderaan:
  • Kereta meningkat daripada RM1.00 kepada RM1.10; Motosikal dari 0.70 sen kepada 0.80 sen.
  • Sara Hidup Perjalanan melebihi 15km tanpa bermalam (pergi dan balik) – meningkat daripada RM22 kepada RM25.
  • Sara Hidup Perjalanan melebihi 15km dengan bermalam – meningkat daripada RM70 kepada RM80 dengan hotel disediakan dan daripada RM133 kepada RM150 tanpa hotel disediakan.
  • Duti ke Sabah/Sarawak – meningkat daripada RM83 kepada RM95 dengan hotel dan daripada RM160 kepada RM180 tanpa penginapan hotel.
  • Pada hari pulang bekerja – sara hidup dinaikkan daripada RM35 kepada RM75 dan jika sebelum jam 6.00 petang dinaikkan daripada RM70 kepada RM150.00 jika balik selepas jam 6.00 petang.
  • Perkembangan baharu dalam CA ini di bawah Artikel ini ialah bantuan Sokongan Kemanusiaan untuk ahli-ahli NUBE yang terjejas kerana bencana alam, kebakaran atau wabak.
    1. Pinjaman Perumahan
      Kadar faedah sifar peratus (0%) untuk pinjaman perumahan akan merangkumi RM300,000 yang pertama – kenaikan sebanyak RM200,000 berbanding RM100,000 sekarang. Ini merupakan kemajuan besar dalam CA ini dan kami percaya akan sangat membantu ramai ahli NUBE.
      • Jika dikira kadar faedah 3% – dalam setahun ahli-ahli akan dapat menjimatkan RM8,700 setahun dan dalam 20 tahun, akan menjimatkan RM99,311.
      • Ini sama dengan 15.29% penjimatan sebulan daripada gaji.
    2. Perubatan –
    • Rawatan pergigian dan cermin mata/kanta sentuh – meningkat daripada RM550 kepada RM700.00 dan kali ini, boleh mengumpul sebarang jumlah yang tidak digunakan sehingga RM700.00 ke tahun berikutnya.
  • Pemeriksaan Perubatan – kelayakan telah dikurangkan daripada 40 tahun kepada 35 tahun. Jadi, apabila ahli yang berumur 35 tahun boleh dapatkan pemeriksaan kesihatan. Tidak perlu menunggu sehingga mereka berumur 40 tahun.
  • Faedah Perubatan Keluarga – ini merupakan satu lagi kemajuan progresif dalam CA ini.
  • Perlindungan untuk perubatan keluarga akan dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM2,700; naik sebanyak RM700.
  • Penjagaan Orang Kurang Upaya – meningkat daripada RM100 kepada RM105 dan jika ahli mempunyai lebih daripada dua (2) orang kurang upaya dalam keluarga, subsidi ialah RM150.00 Ini adalah peningkatan 50% daripada kenaikan 43% dalam CA ini.

15. Bersalin – Perkara ini akan selaras dengan Akta Kerja 1955.

16. Tempoh Waktu Kerja

  • Di bawah Artikel ini – jika Bank ingin memperkenalkan Waktu Kerja Flexi – Bank akan melakukannya di bawah perundingan dengan NUBE. Elaun Giliran selanjutnya telah dinaikkan seperti berikut:
    (i) Kitaran 2 giliran – daripada RM237/bulan kepada RM250, dan
    (ii) Kitaran 3 giliran – daripada RM277/bulan kepada RM295
    (iii) Elaun NACCS (KLACH/REACH/SPICKS) dinaikkan daripada RM50 kepada RM55 sebelum 6 pagi dan daripada RM36 kepada RM40 selepas 6 pagi, tetapi sebelum 7.30 pagi.
    (iv) Elaun Makan (Meal Allowance) naik RM1 – dari RM15 kepada RM16
    (v) Elaun Kesulitan (Inconvenience Allowance) – 10 malam hingga 1 pagi dinaikkan daripada RM39 kepada RM41
    (vi) Elaun Kesulitan (Inconvenience Allowance) – 1 pagi hingga 6 pagi dinaikkan daripada RM53 kepada RM56

17. Persaraan

  • Umur persaraan masih 60 tahun tetapi kini pekerja boleh bersara selepas mereka tamat umur 60 tahun; berbanding sebelum ini – bersara apabila mula cecah umur 60 tahun.
  • Kemajuan lain ialah kenaikan bayaran insurans perubatan – meningkat daripada RM726 kepada RM850.

18. Insurans Penggajian

  • Polisi Kemalangan Diri meningkat daripada RM150,000 kepada RM170,000 dan
  • Insurans Hayat meningkat daripada RM60,000 kepada RM80,000.
  1. Bantuan Perayaan
  • Satu bulan gaji pokok akan dibayar setiap kali ada musim perayaan
  • Untuk Raya dan Tahun Baharu Cina – pembayaran akan dibuat selewat-lewatnya pada 20 April 2023.
  • Untuk Perayaan yang lain – akan dibayar 1 bulan sebelum perayaan.

19. Pelarasan Gaji
Ahli akan meneriam pelarasan gaji antara 15% hingga 18%, bergantung kepada gred mereka:
a) Financial Enabler I (Bukan Perkeranian) – 18%
b) Financial Enabler II (Kerani) – 15%
c) Financial Enabler III (SG Clerk) – 15%

20. Faedah COLA

  • Faedah menambah COLA sebanyak RM600 kepada gaji pokok dan ia akan memberi ahli-ahli gaji yang lebih tinggi.