Oleh S. Nadarajan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan dana perlindungan sosial yang ditubuhkan sebagai mekanisme simpanan pekerja-pekerja Malaysia, untuk dimanfaatkan oleh mereka selepas bersara. Tujuannya adalah untuk pekerja berdikari daripada segi ekonomi semasa persaraan mereka, dan untuk mengelakkan kesan sosioekonomi yang buruk.
Perlu diakui bahawa dana KWSP adalah milik pencarum, pekerja negara. Berbilion ringgit dana KWSP telah digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang disalah urus selama ini disebabkan pertimbangan politik dan rasuah.
Apabila wabak Covid melanda, kerajaan pada masa itu telah membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan KWSP mereka untuk mengurangkan krisis ekonomi yang serius yang telah memberi kesan ke atas kumpulan B40 dan M40. Daripada mencipta mekanisme untuk menangani masalah itu, kerajaan ketika itu, pada dasarnya mempunyai pencarum yang berada di ambang kemiskinan, untuk menggunakan simpanan mereka sendiri dengan mengeluarkan akaun KWSP mereka.
Ahli-ahli politik yang sama berkelakuan dan masih bertidak seolah-olah mereka memihak kepada rakyat. Mereka bukan sahaja tidak berbuat apa-apa, malah telah menimbulkan isu ekonomi yang serius dalam kalangan rakyat dan juga negara. Apakah yang akan dilakukan oleh individu yang telah mengeluarkan akaun KWSP mereka apabila mereka bersara nanti? Beban akan menimpa keluarga dan negara. Ia umpama situasi menendang tin ke jalan raya.
Terdapat begitu banyak keputusan dasar yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menangani isu ekonomi B40 dan M40, seperti menetapkan gaji sara hidup mandatori, memastikan terdapat hak perlindungan kesatuan sekerja yang mencukupi dan sebaganiya. Bank Negara Malaysia bercakap tentang gaji sara hidup pada tahun 2018, dan tidak melakukan apa-apa mengenainya apabila bank pusat mempunyai begitu banyak sandaran yang boleh digunakan dalam penetapan pengenalan gaji sara hidup untuk semua pekerja di negara ini.
Para pekerja, khususnya komuniti B40 dan M40 di negara ini menderita.
Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, GLC sepatutnya mengikut langkah Kerajaan Negeri Selangor yang membayar gaji tambahan sebulan kepada pekerja mereka untuk membolehkan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih meriah. Sektor swasta kemudian perlu diwajibkan untuk mengambil langkah yang sama.
Ahli-ahli politik harus berhenti berjudi dengan masa depan Malaysia, terutamanya komuniti B40 dan M40.
Nadarajan ialah Timbalan Presiden Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM)