Pelaburan asing: Semak semula dasar, lindungi kedaulatan pekerja Malaysia

Piket anjuran Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) pada tahun 2013. NUBE menggesa kerajaan memantau pelabur asing di Malaysia agar mematuhi undang-undang dan dasar tempatan yang selaras dengan matlamat ekonomi dan rancangan pembangunan negara.

Oleh J Solomon

PANDANGAN: Kerajaan Malaysia perlu menyemak semula perjanjian dua hala dengan negara asal pelabur asing untuk melindungi kepentingan kedua-dua pihak sambil menghalang kekayaan Malaysia daripada disedut keluar, sekali gus menjejaskan kedaulatan negara.

Tindakan membawa keluar hasil jualan perniagaan perbankan pengguna Citibank baru-baru ini, selepas beroperasi selama 63 tahun, tanpa berkongsi dengan pihak-pihak berkepentingan, adalah contoh yang berbahaya.

Ini menggambarkan Malaysia tidak mempunyai sistem yang betul untuk mencegah perbuatan menyedut keluar kekayaan Malaysia.

Kerajaan perlu memantau pelabur asing-pelabur asing yang melabur di Malaysia agar mematuhi undang-undang dan dasar tempatan yang selaras dengan matlamat ekonomi dan rancangan pembangunan negara.

Sebagai sebuah institut kewangan adalah penting bagi Citibank untuk bertindak secara bertanggungjawab dan beretika dalam semua urusan kewangan kepada pelanggan, pekerja dan pemegang sahamnya.

Institut kewangan harus menyediakan peluang yang sama kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan mereka.

Bank asing yang beroperasi di negara berbeza tidak seharusnya mendiskriminasi pekerja negara lain berdasarkan agama, bangsa atau jantina.

Sebahagian daripada hasil syarikat secara moral harus diagihkan dalam kalangan pekerjanya secara adil dengan peluang dan pembayaran yang sama.

Maka, adalah penting bagi majikan untuk menyampaikan rancangannya dengan jelas dan adil kepada pekerjanya untuk mendapatkan pemahaman dan sokongan mereka. Ini akan memastikan pihak berkepentingan yang terlibat berada dalam halaman yang sama dan berusaha ke arah matlamat yang sama.

Justeru itu, Kerajaan Malaysia perlu melindungi bahagian saksama hasil jualan perniagaan perbankan pengguna oleh Citibank selepas 63 tahun, kekal berada di negara ini.

Dengan melaksanakan langkah-langkah ini kerajaan Malaysia akan dilihat berusaha untuk menjamin bahawa pelaburan asing memberi manfaat kepada negara secara keseluruhan, termasuk pekerjanya dan bukannya hanya segelintir orang terpilih.

Peranan kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang mampan untuk semua rakyat Malaysia tidak seharusnya hanya terhad dalam ucapan dan dokumen, tetapi perlu direalisasikan.

Pelaburan asing tidak seharusnya semata-mata untuk kepentingan pelabur asing dan segelintir rakyat elit Malaysia manakala B40 dan M40 dikecualikan.

Kami berharap kerajaan semasa meratifikasi kekurangan dan meletakkan ketidakseimbangan kepada situasi menang-menang untuk semua pihak berkepentingan jika tidak, kita akan terus melihat jurang yang semakin melebar antara golongan kaya dan miskin.

Trend tidak sihat sebegini akan menyaksikan pengurangan dan penyusutan secara beransur-ansur kekayaan Malaysia yang akan menyaksikan rakyat miskin bergelut untuk terus hidup manakala golongan kaya pula berlepas ke negara kekayaan baharu mereka.

J Solomon ialah Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan bekas Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)