18 Ogos Perhimpunan Solidariti Pesara GLC berhubung isu pencen rendah

Skrin layar laporan media portal mengenai tuntutan UNI-MLC bagi mendapatkan kadar pencen lebih baik pesara GLC.

KENYATAAN: Perhimpunan Solidariti Pesara-pesara Syarikat GLC Pencen Rendah akan diadakan di Putrajaya pada 18 Ogos 2022. Perhimpunan ini akan disertai oleh semua persatuan pesara khususnya dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tujuan perhimpunan ini adalah untuk meluahkan perasaan tidak puas hati berhubung isu pencen rendah yang diterima oleh pesara-pesara GLC yang telah diswastakan lebih dua dekad lalu.

Walaupun memorandum demi memorandum telah dihantar kepada Kerajaan, namun tiada respons daripada Kerajaan mahupun Kementerian Kewangan. Untuk rekod, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) sendiri telah menghantar sebanyak 10 memorandum dalam tempoh 20 tahun yang lalu, mengharapkan tuntutan mereka akan dipenuhi dan diambil kira dalam setiap pembentangan belanjawan. Malangnya tiada penyelesaian yang diharapkan.

Pesara-pesara yang menerima pencen rendah dengan kenaikan 2% setiap tahun masih hidup di bawah paras kemiskinan. Bayaran pencen rendah yang diterima adalah satu daripada masalah sosial dan ekonomi. Terdapat dalam kalangan pesara perkhidmatan GLC yang tidak mencukupi tempoh 25 tahun menerima pencen serendah RM180 sebulan.

Kami telah meletakkan harapan agar Kerajaan akan mengambil peduli dengan tuntutan yang telah dikemukakan selama ini. Kami berharap golongan pesara terbabit akan diberi perhatian demi menjaga kebajikan mereka.

Memandangkan tiada tindakan positif dari pihak Kerajaan selama ini, kami tiada pilihan kecuali mengambil keputusan untuk mengadakan Perhimpunan Solidariti pada 18 Ogos 2022 di Putrajaya agar tuntutan kami ini akan didengar oleh kepimpinan semasa. Kami mahu suara pesara didengar oleh Kerajaan dan diberikan satu penyelesaian demi menaikkan taraf hidup pesara-pesara GLC.

Keadaan menjadi lebih parah dan teruk dengan kenaikan kos sara hidup dan krisis kesihatan pandemik COVID-19. Kami berharap Kerajaan semasa pimpinan
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob akan melihat perkara ini dan akan membawa penyelesaian. Sebab itu, kami memutuskan untuk mengadakan Perhimpunan Solidariti ini.

Dikeluarkan oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal yang merupakan Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC). Beliau merupakan sebahagian daripada Jawatankuasa Bertindak